Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Berkecuali. Show all posts
Showing posts with label Berkecuali. Show all posts

07 October 2022

Betapa Hipokritnya PAS

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum dan Sesudah #PAS berada dalam Kerajaan Malaysia.

#Hipokrit




02 March 2022

Terbukti : Singapura Adalah Proksi USA / Israel

Bhai/DeeDee semua...

Video ini mungkin akan disekat. Video ini mungkin akan dipadamkan. Video ini mungkin akan dikenakan tindakan. Apa pun... gua tetap bertegas mengatakan bahawa Singapura adalah Proksi USA dan Israel.

Tindakan Singapura selama ini menunjukkan sebegitu.

Singapura akan laksanakan sekatan ke atas Russia

#Singapura #Singapore #Proksi #USA #Israel #Economy #Sekatan

03 February 2018

Haram Rosakkan Undi?

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Gua tak tahan nak gelak biler Abdul Hadi Awang bawak kuar ayat Al Quran yang katanya sabit dengan hukum haram merosakkan undi.... Hahaha.... Dulu gua ingat lagi yang Abdul Hadi Awang jugak lah yang mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia adalah Perlembagaan Penjajah... jadi.... ianya sekular... dan Demokrasi itu bukan dari cara Islam untuk mentadbir...

Hahahaha....

La ni... orang yang sama jugak kata Haram rosakkan undi..... Hahahaha

Pada gua simple jer..... Mana boleh Abdul Hadi Awang jatuhkan hukum haram merosakkan undi.... Wei... merosakkan undi itu adalah satu cara untuk pengundi mengambil sikap BERKECUALI....

So.... #UNDIROSAK itu sendiri adalah satu inisiatif BERKECUALI.....

Sama la macam lebai-lebai yang jadi PASU BUNGA kat Parlimen tu.... yang depa kata berkecuali......

So kalu jadi PASU BUNGA tu kira berkecuali..... maka sama la dengan #UNDIROSAK....  oleh itu kalu Abdul Hadi Awang ni kata #UNDIROSAK itu HARAM.... maka.... jadi PASU BUNGA pun kira haram lar..... tak pon lebih Haram dari Haram..... kira macam HARAM JADAH la.....

Hahaha.... HARAM JADAH....

Ader paham ka???

31 August 2012

Bila ATM Mula Berpolitik

Bhai... selama nih ... gua dan ramai lagi cukup respek sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pasai diorang tak berpihak bilamana ianya berkaitan dengan isu politik di Malaysia nih... Malah selama nih mereka mengambil sikap berkecuali... seperti yang sepatutnya....

Memang patut pun Angkatan Tentera Malaysia mengambil sikap berkecuali... sebab sebagai satu cabang perlaksanaan kuasa yang menjadi benteng utama negara... sewajarnya mereka tidak berpihak.. dan mengambil sikap berkecuali..  Ini adalah asas kepada pembentukan mana-mana angkatan tentera .... sebab Tentera adalah dibawah kuasa Yang Dipertuan Agong...

Jadi... Jika Yang Dipertuan Agong tidak boleh berpihak... begitu jugalah Angkatan Tentera Malaysia.... tapi tak tau la pulak sekarang nih Yang Dipertuan Agong sudah mula berpihak...sudah mula tidak berkecuali... sudah nampak condong kepada satu arah caturan politik... Benda macam nih bukan lagi pelik di Malaysia... sebab... dalam banyak kes.... ader pihak telah menggenggam telur ...... (ini metafora)

Bila Angkatan Tentera Malaysia telah mengambil sikap tidak mahu menyertai sambutan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, secara otomatiknya... gua nampak bahawa Angkatan Tentera Malaysia kini telah berpihak.. kini telah tidak lagi berkecuali...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah tidak dapat membezakan antara isu politik dan isu kenegaraan... Malah ATM telah terbawa-bawa sentimen politik dalam urusan negara.... Ini adalah satu perkara dan tindakan yang tidak rasional.. dan ianya amat memalukan...

Bukan sahaja memalukan anggota yang masih berkhidmat, akan tetapi juga bekas anggota yang telah tamat perkhidmatan... Bagi yang masih bersetia dengan slogan ATM iaitu bersetia kepada Raja dan Negara, maka sewajarnya tindakan memulaukan sambutan Kemerdekaan anjuran Kerajaan Negeri Selangor aderlah tidak sopan dan menyalahi tatacara perkhidmatan......

Tindakan ATM mula berpolitik ini perlu dicela.. dan para pegawai atasan ATM disarankan untuk membuat permohonan maaf kepada semua anggota, bekas anggota dan rakyat Malaysia umumnya,.

Sila rujuk di SINI.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1