Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Buddha. Show all posts
Showing posts with label Buddha. Show all posts

10 April 2023

Sebijik Perangai Pervert Lobai

Bhai/DeeDee semua...

Sana-sini perangai camnie ader dikalangan orang alim agama... tak kira la agama apa... sama jer... Yahudi ka... Kristian ka... Islam ka... Buddha ka... Tao ka... Hindu ka.... perangai jijik macam ni kita boleh jumpa...

Bukan salah agama pon... tapi salah manusia itu sendiri... manusia yang diangkat suci oleh pengikut mereka... Bila didedahkan... orang kata kita anti Agama... walhal kita anti manusia hipokrit macam nih la...

Hampeh dan celaka.....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Pemimpin rohani Tibet, Dalai Lama menyatakan rasa kesal selepas perbuatannya mencium bibir dan meminta seorang kanak-kanak menghisap lidahnya tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, Dalai Lama memohon maaf kepada kanak-kanak itu dan keluarganya.

"Tular satu klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki bertanya kepada Yang Mulia Dalai Lama jika dia boleh memeluknya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Yang Mulia ingin memohon maaf kepada budak lelaki itu dan keluarganya, serta ramai rakannya di seluruh dunia, kerana kata-katanya yang melukakan hati.

"Beliau sering mengusik orang yang ditemuinya tanpa rasa bersalah dan suka bermain, walaupun di khalayak ramai dan di hadapan kamera. Dia kesal dengan kejadian itu," kata pejabatnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Dalai Lama terpalit kontroversi selepas tular rakaman video menunjukkan pemimpin rohani Tibet itu mencium seorang kanak-kanak di bibirnya.

Kejadian itu berlaku di hadapan orang ramai ketika kanak-kanak itu tunduk dan memberikan penghormatan kepada pemimpin Buddha itu.

Beberapa saat kemudian pemimpin rohani Tibet itu dilihat menunjukkan mulut dan menjelirkan lidahnya kepada kanak-kanak berkenaan.

"Bolehkah kamu menghisap lidah saya," dia didengar bertanya kepada kanak-kanak itu.

Aksi itu menimbulkan kemarahan dan kecaman daripada netizen dengan pengguna Twitter menyifatkan perbuatan itu sebagai tingkah laku "menyeramkan" dan “menjijikkan”.

22 August 2013

Karut Lagi Marut

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua sedih bila mendapat tahu bangunan surau di Tanjong Sutera Resort yang menjadi kontroversi penyalahgunaan oleh penganut Buddha dari Singapura telah diarahkan dirobohkan.... Aper yang gua kesalkan.... alasan yang diberikan oleh MDKT (Majlis Daerah Kota Tinggi) amatlah dangkal... antara alasan yang diberikan aderlah ianya dibina tanpa kelulusan MDKT....

Kalu inilah alasannyer... kenapa pula YDP MDKT sendiri yang meluluskan pelan pembinaan bangunan surau ini dulunya.... dan kalu beginulah caranya MDKT membuat keputusan.... sure banyak lagi bangunan dalam kawasan pentadbiran MDKT yang mesti dirobohkan juga.... sebab terlalu banyak bangunan dalam kawasan pentadbiran MDKT yang dibina tanpa kelulusan MDKT.... Sepatutnya jika sesebuah bangunan itu selamat dari segi rekabentuk dan kejuruteraan struktur... maka sewajarnya MDKT hanya perlu mengenakan denda dan kompaun kepada pemilik bangunan kerana membina bangunan tanpa kelulusan MDKT...

Inilah masalahnyer biler sesebuah Negeri dikuasai oleh "Penganut Agama Yang Taksub" ..... kerana isu sekecil penyalahgunaan oleh penganut Buddha... maka sebuah surau yang molek boleh digunakan terpaksa dirobohkan.... Malah dicari macam-macam alasan untuk melunakkan perobohan... gila....  agaknyer aaa.. kalu kena kat negeri Kelantan kot.... masak Parti PAS yang dipersalahkan... nih kena kat Johor... maka boleh la kot UMNO dipersalahkan.... hahaha

Kalu betullah cara dan tindakan ini... agak-agaknyer la mesti Hagia Sophia di Turki dulu dah kena beberapa kali dirobohkan... pasai sebelum tue pernah digunakan oleh penganut Kristian,,,, Malah pada masa ianya berfungsi sebagai Masjid... tiada perubahan pon kepada relik-relik yang berada didalam bangunan tersebut walaupun relik tersebut melambangkan Kristianiti... okeh jer... takder masalah

Pening aaa....  Penasihat Agama kepada Kesultanan Johor pon samer pening..... isu penyalahgunaan sekali sahaja oleh penganut Buddha kecoh jadi isu.... kononnya surau itu tidak lagi suci....  walhal ... biler Sultan dan kerabatnya menganjurkan Hari Puja Kubur (Hari Hol).... haram tak bergerak mulut Noh Gadut nih menegur kesesatan Sultan dan para kerabatnyer.... Semua kecut... semua penakut... semua tabrani..... giler aaa.... Noh Gadut lagi takut kat Sultan daripada takut kat Allah Taala..... Oh lupa.... gua lupa.... Sultan nih aderlah "Bayangan Tuhan di muka bumi" ......

Errr.... inilah jadinyer biler hadith Rasulullah s.a.w. dinisbahkan mengikut akal manusia yang taksubkan kepada manusia ..... walhal... hadith tue langsung takder kena mengena dengan Sultan dan Raja yang ader sekarang nih... bodoh betul lar...

Nasib baik lar dalam kes Maznah Yusuf itu hari... anjing yang dibelanya tidak diarahkan dibunuh atas alasan menghina Islam.... kalu tidak nampak sangat la jahil totok puak-puak nih.... hahahaha

Aper nak jadi aaa......  Akai takmo nak guna.....

24 January 2013

Takutnya

Bhai... Di Thailand... Raja Thailand dianggap setaraf Dewa... dan juga maksum dari segala salah laku. Bagi sesetengah rakyat Thailand yang terlalu taksub... Raja Thailand bukan setakat Dewa... Tapi aderlah jelmaan Tuhan di muka bumi.. Dan majoriti rakyat si Thailand beragama Buddha setelah Ayuthia mengalahkan dan menakluk Siam sekitar lapan ratus lima puluh tahun dahulu...

Jadi ... Barangsiapa yang menegur Raja di Thailand dianggap melakukan penghinaan kepada Raja Thailand... Dan hukuman bagi sesiapa yang menghina Raja Thailand ini adalah agak berat. Malah kalu ikut sejarah.. Ada yang mati kerana perkara ini... Semua kerana Kerajaan Thailand telah meletakkan satu undang-undang yang keras berkaitan perkara ini....

Sebabnyer.. Raja Thailand adalah Dewa dan ianya juga adalah bayangan Tuhan di muka bumi...

Hehehe.... Itu yang berlaku di Thailand... Diorang ramai yang kafir dan kuffar... Diorang bukan Islam.... Nasib baik itu cuma berlaku disana... Hahaha

Di Malaysia... Ada sesetengah orang Melayu menganggap Sultan dan Raja adalah bayangan Tuhan di muka bumi... dan dinaikkan title kononnya para Sultan dan Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam. Namun .... ramai dikalangan mereka (kalu tidakpun semuanya) berbuat pelbagai macam perkara yang jauh menyimpang dari dasar Islam... Malah ada Mufti yang sanggup menutup matanya dari melihat kerjabuat kurafat, sesat dan syirik yang dilakukan oleh para Sultan dan Raja termasuklah kerja maksiat... Langsung takmo nak kasi nasihat ker aper... Sebab pentingkan pangkat dan jawatan.... Malah diorang nih lupa kepada siapa yang sebenarnya memberikan rezeki ....

Tapi pada gua... Sesat tetap sesat... Syirik tetap syirik.... Kurafat tetap kurafat... Dan maksiat tetap maksiat... Pergi jahanam la title Ketua Agama berbagai... kalu kerja maksiat, khurafat, syirik dan sesat dibuat... Jadi Ketua Agama patut kelaku ader baik la... tapi ntahla....

Dan adakah kerana kita menegur para Sultan dan Raja-Raja Melayu supaya jangan buat kerja bangang camni boleh menyebabkan kita dihukum seperti mana yang berlaku di Thailand... Jika ia... Maka laknat lah tujuh belas keturunan para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang buat kerja sesat, syirik, kurafat dan maksiat...

Dan jika kerana gua melaknat para pelaku kerja bangang mengalahkan syaitan ini boleh menyebabkan gua kena hukuman macam di Thailand tue... Maka gua pulangkan kepada Allah Taala segalanya... Kerana Allah Taala adalah sebaik-baik pemberi balasan... Itu ajer...

Eeeiiii .... Takutnya.... Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1