Bhai.... bagi sesiapa yang memang rapat dan selalu berada dengan jamaah PAS.... memang tahu bahawa ada pemimpin PAS yang boleh ditegur jika terkhilaf.... tapi.... dalam masa yang sama juga ... ramai pimpinan dalam PAS yang tidak boleh ditegur walaupun terkhilaf...
Budaya tegur menegur ini sebenarnya adalah satu budaya didalam kaum Melayu... tapi... kadangkala .. kerana sikap besar kepala... ego... rasa hebat.. maka ramai yang tidak boleh ditegur...
Persoalannya... boleh atau tidak boleh ditegur mana-mana pemimpin dalam PAS??? Kalu tanya gua... selama gua dah terlibat dengan PAS sejak dari tahun 1985 lagi.... terlalu ramai pimpinan PAS terutamanya yang "kununnya" tinggi ilmu agama mempunyai sikap tidak boleh ditegur...
Bila ditegur.... maka akan terkeluarlah beberapa hadith dan ayat Al Quran untuk menjustifikasikan tindakan mereka.... walaupun hadith dan ayat Al Quran itu dibacakan tanpa mendalami hakikat dan makrifat serta mantiknya ayat tersebut...
Sebagai contoh... dalam banyak perkara.... salah seorang pemimpin PAS yang susah untuk menerima teguran walaupun ianya baik (dari segi politiknya mahupun dari segi sosialnya) adalah Hadi Awang... Telah banyak teguran dibuat... tetapi semuanya seperti mencurahkan air kedaun keladi... malah pernah terjadi Hadi Awang meninggikan suara terhadap orang yang menegurnya.
Sikap sebeginilah yang akhirnya menyebabkan ramai lagi juak-juak pemimpin PAS (yang kuat mengampu dan membodek) sanggup pula lebih sudu dari kuah... bila kita menegur pimpinan... juak-juak inilah yang lebih mengamuk... memarahi orang yang menegur... walaupun mereka sendiri tidak tahu biji butir isu yang sebenarnya...
So... seperti saranan Mohd Asri Zainul Abidin... bahawa jika berterusan sikap tidak boleh ditegur ini berleluasa.. maka mungkin satu masa nanti... Pimpinan PAS akan menjadi seperti Ayatollah... langsung tak boleh ditegur dan dikritik...
Alasan wala', thiqah.... menegur dalam saluran yang betul semuanya menjadi mainan juak-juak dan pimpinan PAS... sedangkan para sahabat Rasulullah S.A.W pun biasa ditegur secara berdepan oleh para rakyat....
Contoh terbaik bagi isu tidak boleh ditegur nampaknya terpancar dari
kenyataan Ketua Penerangan Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang jelas menunjukkan bahawa memang pimpinan PAS tidak boleh ditegur... Apalah tidak boleh Nik Muhammad Zawawi Salleh menerima sahaja komen dan teguran Mohd Asri Zainul Abidin dan berjanji akan berubah sekiranya terdapat melakukan kesilapan sebegini...
Bukankan lebih baik sekiranya Ketua Penerangan Ulama PAS ini mengambil sikap terbuka dan menerima komentar bekas Mufti Perlis ini...
Namun bila keluar kenyataan dari mulut Ketua Penerangan Ulama PAS ini, ianya memperlihatkan sikap langsung tidak mahu menerima komen dan kritik walaupun daripada sesiapa sahaja... sikap sebegini amat gua kesalkan... dan pada gua ... ini melambangkan sikap sebenar pimpinan PAS...
Sudah lebih 25 tahun gua terlibat dengan PAS.. dan gua cukup tau aper sebenarnya sikap ramai pimpinan PAS.... lu orang tak payah la berlakon... gua bukannyer hanya duduk dibangku ahli biasa sahaja... malah pernah duduk dikerusi pimpinan juga..... dan gua cukup tahu...