Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Insaf. Show all posts
Showing posts with label Insaf. Show all posts

15 June 2023

Jururawat Pakai Seksi?

Bhai/DeeDee semua..

Dulu Pramugari depa jadikan sasaran ... hehehe... betul la pakaian pramugari agak menjolok mata sikit... hahaha.... tapi takkan itu sahaja tumpuan para penumpang???

Sekarang... isu Jururawat pulak... wei... dah masuk dalam Hospital tue ... buat cara orang sakit la... atau buat cara melawat orang sakit... mata jangan pi sana sini.... Huhuhu.. jaga mata tue... Islam kan ajar tundukkan pandangan...

By the way... nampak misi @ nurse @ jururawat lawa.... hati ada sikit senang... dan cepat sikit akan sembuh penyakit....

Cuba bawak kalu misi @ nurse @ jururawat rupa macam Hantu Kak Limah... takpon macam Mak Lampir.... hahaha... mau cepat kojol pesakit... Hahahaha ... 

Bukan la gua kata elok la pakai menjolok mata... tak... cuma bila kita sakit atau kita melawat orang sakit tue..... sedar sikit diri la ... mati dan kubur itu sudah dekat... insaflah.... tundukkan pandangan....

Jawatan Apa Pulak Jadi Sasaran Selepas Ini? Guru??? Hehehe...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Islam ajar tundukkan pandangan


03 March 2015

Gua Sudah Insaf

Bhai/DeeDee semua...

Gua sudah insaf la... Hadi Awang memang "terlampau" layak untuk mengekalkan status quo sebagai Presiden PAS seumur hidup bersekali dengan jawatan Mursyidul Am PAS .... Dulu Al Marhum Yusuf Rawa pon pernah menjawat dua-dua jawatan serentak sekali gus... Jadi takder masalah la Hadi Awang nak amik dua jawatan nih...

Gua setuju kalu jawatan Presiden PAS tue tak perlu ader pertandingan aper-aper pon... sebab PAS bukan parti yang berlandaskan demokrasi... PAS aderlah Parti Agama... Parti yang digerakkan oleh geng-geng yang ader ilmu agama... Golongan Ostad walaupun baru seminggu pakai serban atau kopiah putih layak untuk digelarkan ulama... Walaupun baru sebulan pencen dari berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.... walaupun sekadar boleh la baca doa dalam bahasa arab yang dihafal ja (walaupun tak berapa pasti apa isi doa tue)

Balik Mesir, Yaman, Madinah, Syiria, Jordan, Pakistan, India, Bangladesh sebagainya walaupun baru jer habis belajar dah layak dah menganggotai Majlis Syura Ulama....  Sebab diorang bukan pi sana belajar ilmu kejuruteraan, perubatan atau mana-mana lain profession.... sebab diorang sumer pi belajar agama.. diorang jadi Ostad.... dah tentu lagi fakeh dan faseh.... tambah lagi kalo Ostad tue jenis pakai keter mewah ker motor besar ker...

Jadi... kepada mana-mana ahli PAS yang bukan belajar dalam bidang agama... lu orang jangan perasan la lu orang ader tempat dalam PAS... PAS tak perlukan golongan yang tak belajar bab agama... Sebab dalam PAS yang layak jadi pimpinan dan ader tempat cuma gologan berkelulusan agama ja.... yang lain sila keluar...

Kalu lu orang ahli PAS nak mengamalkan demokrasi berpolitik... politik demokrasi.... lupakan sajer la kalu lu duduk dalam PAS.... sebab demokrasi tak ujud dalam PAS.... PAS mengamalkan syura jer... bukan demokrasi... dalam syura PAS kalu lu nak jadi pemimpin lu kena ader background kelulusan agama....  dan dalam syura PAS, siapa yang nak bertanding jawatan Presiden akan dikira menderhaka... dikira pengkhianat... dikira parasit... dikira barua... dikira jebon... dikira syaitan... dikira anjing... dikira babi...

Jadi kalo lu rasa Presiden sudah banyak mengarut... selagi mana lu aderlah ahli PAS... lu kena diam jer... jangan tegur....  sebab Presiden lagi maksum dari Imam solat... kerana kalo Imam solat tersilap ker... atau salah baca ker.... kita masih lagi boleh tegur dan digalakkan tegur... tapi jangan bhai... Presiden jangan ditegur... Presiden maksum...

Kesimpulannyer.... gua sudah insaf... Presiden PAS memang maksum dari melakukan salah dan silap.....

Ader paham ka???

06 August 2013

Harta Dunia Harta Akhirat - KORBAN (Filem Pendek)

Bhai/DeeDee sekalian...

Sebentar tadi wife gua tunjukkan pada gua video nih... Gua dah pernah dengar skrip dier nih dulu.. dan tak sangka diorang jadikan filem pendek la plak... Semoga filem ini menjadi tazkirah kepada semua termasuklah kepada gua sendiri....

Ya Allah Ya Rahman.... ampunkanlah segala dosa gua dan semua pembaca blog gua nih sama ader yang nyata mahupun yang tersembunyi.... biarpun ianya sebanyak pasir-pasir ditempian pantai atau bintang-bintang di langit.... ameen...



Terima kasih Jo Sidek kerana share video nih dalam YouTube. (Jo Sidek adalah yang pelakon yang membawa watak sebagai Ayah dalam filem pendek ini)

08 June 2013

Gua Sudah Insaf

Bhai... Gua sudah insaf... Biler baca statement Zulkifli Nordin nih kat dalam Sinar Harian... Terus gua insaf... Gua takmo dah nak menderhaka kepada Raja Kumar... Gua takmo menderhaka kepada Rajagobal...  Rajagobal memang lar maksum... 

Sesiapa yang menghina dan menderhaka terhadap Rajagobal boleh dikenakan hukuman mandatori... Oleh Mahkamah dan Pendakwaraya Khas seperti yang dicadangkan oleh Zulkifli Nordin... 

Gua sudah insaf... Takmo menderhaka terhadap Rajagobal... Malah gua jugak tidak akan menderhaka kat jiran gua kat kampung iaitu Rajakumari... Takmo dah... Gua sudah insaf....

Hahahaha... Cakap dari orang mabuk over confident 101% lagi mau amik kira ka... Ini Zulkifli Nordin aaaa sudah takder tempat lagi... Komen dier pon dah tak layak diambil kira.... Sebab dier bodoh lagi bangang.... Hahahaha

24 February 2013

Melayu Hutan VS Orang Utan

Bhai.... Aper yang lu tau pasai Melayu Hutan.... hahaha.... Melayu Hutan nih aderlah satu spesis Melayu yang memang tak bercampur... jumud... dan perasan dier aderlah makhluk terbaik berbanding makhluk lain... hahaha... sebab itu la Melayu Hutan nih jadi camnie... hahahaha... sebab Melayu Hutan aderlah spesis terancam.... ntah saper yang mengancam pon tak tau la... tapi spesis Melayu Hutan nih sentiasa rasa terancam.... hahahah

Melayu Hutan nih cuma layak berkawan dengan beruk, kongkang, ungka, lotong, siamang, mawas dan kera.... Melayu Hutan nih tak layak berkawan dengan Orang Utan sebab Orang Utan aderlah Orang.... manakala Melayu Hutan aderlah "XXXXXXXX" ....


Gua tak terkejut kalu masih ader banyak lagi spesis Melayi Hutan nih dalam Malaysia.... Gua rasa aaa.. National Geographic perlu buat kajian dan videokan semua maklumat yang berkaitan dengan Melayu Hutan nih...  sebab yer la... Melayu Hutan nih makin pupus... sebab otak dier yang dikurniakan oleh Allah Taala tidak dimanfaatkan sebaiknya... jadi biasa kalu makhluk yang tak mahu guna otaknya dengan baik.... InsyaAllah Taala.... akan diambil balik otak tue...

Otak Melayu Hutan nih memang patut jadi makanan Zombie Kampung Pisang.... hahaha

Kesian aaa... sebab kat Malaysia nih rupanya masih ader lagi tertinggal spesis Melayu Hutan.... ingatkan dah pupus lama dah... hahaha.... Melayu Hutan.. Melayu Hutan.... biler la nak jadi sama taraf atau atas sikit taraf daripada Orang Utan.... hahaha.... kesian...

Orang Utan lagi orang daripada Melayu Hutan.... hahahaha




SUMBER: BANkami


TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam. Pelakon dan koreografer itu sama seperti umat Islam lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun baru empat tahun memeluk Islam tetapi bagi Corrie, 43, ibadat puasa bukan asing bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini. Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam.

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar. “Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka.“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik.

“Rahim juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang agama Islam,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di kedai miliknya, Just Muffin di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jelas Corrie, dia bukan setakat pernah berpuasa sebelum memeluk Islam, malah takbir Hari Raya yang berkumandang sewaktu zaman remajanya juga banyak meninggalkan kesan kepadanya.

Kata anak keempat daripada 11 adik beradik ini, biarpun dia tidak memahami maksud takbir raya tetapi setiap kali mendengar hatinya menjadi sayu. “Sewaktu tinggal di Kem Sungala, rumah keluarga saya tidak jauh dari masjid. Jadi, setiap kali takbir raya berkumandang di pagi hari, ia boleh didengari dan saya akan terjaga daripada tidur. “Secara tidak langsung, itu antara pendedahan awal yang saya lalui sebelum saya mendalami dan memeluk Islam empat tahun lalu,” ujarnya yang juga merupakan seorang usahawan.

Pada pertemuan di kedai menjual kek muffin, Just Muffin yang diusahakannya sejak Februari lalu itu, Corrie berkata, dia bersyukur kerana hasratnya memeluk Islam mendapat restu keluarganya. Malah, dia yang mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad, 33, pada 21 November 2008, berkata, ibu bapanya turut mempunyai hubungan yang baik dengan orang Melayu.

Paling mengejutkan Corrie apabila ibu bapanya pernah memberitahu bahawa mereka pernah menyerahkan salah seorang adiknya untuk dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu. “Ibu bapa saya pernah menyerahkan seorang adik saya yang ketika itu masih kecil kepada sebuah keluarga Melayu kerana kesempitan hidup. Adik saya itu diberi nama Sharizan Husain. “Selepas sekian lama terpisah, adik lelaki saya yang kini berusia 36 tahun telah dipertemukan semula dengan ibu bapa saya pada Tahun Baru Cina 2009. “Sharizan bukan sahaja menjalani kehidupannya sebagai seorang Islam, malah dia juga tidak boleh berbahasa Cina kerana tinggal dengan ibu bapa angkatnya sejak dari kecil,” ceritanya.

Selain itu, pengalaman hidupnya merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 1980 kerana mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang chef banyak membantunya mengenal agama Islam. Kata pelakon filem KL Gangster ini, dia banyak belajar daripada pengalaman pahit manisnya ketika itu. “Sewaktu berhijrah dari Port Dickson ke Kuala Lumpur, saya hanya berbekalkan wang RM30. Ketika itu, saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bekerja di kelab malam.

“Saya juga menyertai pelbagai pertandingan tarian dan daripada situlah saya memulakan kehidupan sebelum terbabit dalam bidang tarian dan lakonan sehinggalah ke hari ini,” katanya lagi. Selain pernah menjadi koreografer dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dan AF4 serta Mari Menari, Corrie juga pernah berlakon dalam filem Spinning Gasing dan Libas. - SUMBER

08 October 2009

Amaran Dari Langit

Korang perasan tak beberapa amaran dari langit yang sedang atau telah dunia alami dalam masa terdekat nih...???
  1. Gempa bumi
  2. Gunung berapi
  3. Tanah runtuh
  4. Ribut
  5. Taufan
  6. Tsunami
Kalu korang perasan semua nih... gua pasti ini semua peringatan direct dari Tuan yang empunya cakrawala ... Allah S.W.T .... Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, Tuhan yang menjadikan bulan dan matahari, Tuhan yang menjadikan air dan api, Tuhan yang menghidupkan dan juga mematikan .....

Justeru itu.... nie gua nak nasihatkan.... kepada yang jauh diri dari Allah S.W.T , dari hukum-hukumNya, dari ayat-ayatNya, dari perintah-perintahNya dan peringatan yang disampaikan oleh para Rasul dan Nabi .... maka eloklah korang (dan gua gak) kembalilah dengan seberapa segera kepadaNya ...

Sebelum terlambat bhai.... bumi dah nak kiamat dah nih.... tak lama lagi dah nih....

Wahai Tuhanku, janganlah kau timpakan kepadaku dan ahli keluargaku serta semua orang yang beriman dan beramal soleh akan siksa dunia dalam bentuk malapetaka dan bencana. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang memang kami tahu tidak mampu kami selesaikan jika tidak Engkau mengampuniNya.

Ya Allah, janganlah Engkau hinakan hidup kami dengan kematian yang menghinakan. Hidupkanlah kami dengan iman dan amal, dan matikanlah kami dengan iman dan amal.

Ya Allah, sesungguhnya kami selalu menzalimi diri kami sendiri, maka janganlah Engkau siksakan kami atas kezaliman kami ini. Ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memberikan Pengampunan.

Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1