Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Phishing. Show all posts
Showing posts with label Phishing. Show all posts

01 November 2022

Laman SPR Pun Diklasifikasikan Phishing

Bhai/DeeDee semua...

Ini memang lawak... semalam laman web SPR amat susah nak diakses... selalu jem web server nya... Tapi hari ni lain pulak ceritanya... Hahaha... running Windows IIS ker atau Linux Server?? Hahaha

Boleh pulak keluar benda nih.. yang katanya laman SPR diklasifikasikan Phishing... Hahaha

Jenuh aaa... SSL kelaut ka?? Hahaha




16 May 2013

Ancaman Keselamatan Siber

Bhai....  Benda nih memang nampak remeh... memang nampak tak berapa penting... tapi berhati-hatilah biler buat urusan di talian... tambah lagi dalam keadaan banyak emel "phising" yang berlegar di Internet mencari mangsanyer....

Tolong... tolong jangan klik mana-mana link dalam emel yang kononnya dihantar oleh pihak bank.... sebab pihak bank tidak akan menghantar emel kepada lu orang... bank di Malaysia cuma akan hantar aper-aper info hanya melalui surat biasa....

Jadi... berhati-hatilah....  ader paham ka???


KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan negara ke-6 di dunia yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah siber berbentuk serangan malware, iaitu penipuan melalui sesuatu program sama ada komputer atau telefon pintar.

Naib Presiden Penyelidikan CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. (B) Sazali Sukardi berkata menurut laporan Laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013 dalam tempoh tiga bulan tahun ini, selain Malaysia terdapat sembilan lagi negara lain yang berisiko iaitu Hong Kong, Taiwan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mexico, India, Filipina, Thailand, China dan Indonesia.

"Penjenayah siber mencuri melalui kaedah ini mencecah RM331.7 bilion dari seluruh dunia dengan kos purata sebanyak RM593 bagi setiap mangsa berdasarkan Laporan Jenayah Siber Norton 2012," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Collaboration and Cooperation In The Fight Against Cyber Crime" pada persidangan dua hari e-Crime, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jenayah siber di negara ini mencatatkan penurunan iaitu daripada 15,218 kes pada 2011 kepada 9,986 kes pada 2012.

Sazali berkata penurunan itu adalah disebabkan penguatkuasaan efektif yang dilakukan agensi penguatkuasaan kerajaan termasuk CyberSecurity.

Beliau berkata penipuan adalah paling tinggi dilaporkan dalam jenayah siber diikuti cubaan menceroboh, spam, penafian perkhidmatan, pembulian siber, penipuan, kandungan yang berkaitan, kod berniat jahat dan laporan kelemahan seperti fitnah melalui siber.

"Kita juga sedang menghadapi ancaman keselamatan yang lebih banyak oleh organisasi jenayah antarabangsa yang menyalahguna internet untuk pelbagai aktiviti haram iaitu dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan pengubahan wang haram, yang kesemuanya merentasi sempadan," katanya.

Sazali berkata, jenayah siber akan terus berkembang selagi penjenayah boleh mendapat keuntungan kewangan daripada sistem komputer dan keadaan ini akan bertambah buruk disebabkan kecuaian pengguna internet.

Sehubungan itu, katanya, CyberSecurity akan terus menangani jenayah siber bersama agensi penguatkuasaan lain termasuk Digital Malaysia, Dasar Keselamatan Siber Negara (DKSN), Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), Pensijilan dan Penilaian Kriteria Seragam (MyCC), dan Penyelarasan Pengurusan Krisis Siber Negara.

Justeru beliau meminta orang ramai menghubungi CyberSecurity di Pusat Bantuan Cyber999 di talian 03-89926969 untuk menyalurkan maklumat dan membuat laporan awam.

04 May 2013

BONGKAR : Blog Boleh Kena Hack

Bhai... kalu lu nak tau... mudah jer nak takeover blog.... tak kisah la platform mana.... tambah lagi kalu Blogger.Com .... hahaha .... Tapi biasa la.... bagi orang yang bukan dalam bidang security... mesti rasa pelik dan musykil....

Ala.... 10 September 2003 dulu pon Maybank yang katanya punya sistem yang secure (masa tue baru lancarkan M2U) .... kena hacked gak.... hahahaha..... sampai terpaksa upgrade sistem kepada sistem yang pakai TAC..... hahahaha...... lawak kan....

Blogger.Com menggunakan Google Account untuk aksesnya.... dan dengan menggunakan sistem Single Sign On (SSO)... lu orang boleh akses semua perkhidmatan yang menggunakan Google Account sebagai aksesnya... contoh... lu orang boleh akses Google Analytics... Google Adsense.... dan lain-lain.... hahaha

Banyak syarikat IT yang gunakan SSO nih.. dari Microsoft... Yahoo... sampailah kepada Baidu..... hahahaha... Oracle, Cisco dan Juniper pon gun teknik yang samer... hahaha

Anyway.... gua maleh nak tunjuk cara camana nak amik alih blog ... hahahaha... yang itu lu kena tanya orang lain lar...  stakat nih takder sistem yang kebal la bhai.... Twitter dan Facebook sendiri pon pernah kena hack.... hahaha

Khas dari gua....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
CISSP (got accredited as early as 1997)

P/S: Harap jangan la hack gua punya blog aaa.... hahaha... ini blog cari makan dengan menghasut dan membrainwash kapla lu orang...... hahaha... kalu sudah kena hack nanti... camana lu orang nak terhasut oleh gua... dan camana geng-geng Jabatan "E" Bukit Aman nak salorkan maklumat kepada lu orang.... hahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1