Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

07 March 2018

WAKENA

Arakian diceritakan oleh para penglipurlara akan terdapatnya sebuah negera didalam benua Ma’leU yang dipimpin dan dirajai oleh seorang Raja yang tiada tolok bandingnya.

Raja ini khabarnya lebih zuhud dan berhati mulia daripada T’Challa yang memimpin negera WAKANDA yang berada di benua Afrika itu.

Raja ini yang dikenali dengan nama MatK’alima asalnya mentadbir sebuah jajahan dalam negara Ma’leU yang bernama K’tana. Namun kini Raja itu sedang merajai Negara WAKENA.

Namun disebalik wajah zuhud dan suci murni Raja ini, ianya bukan sepertimana T’Challa malah lebih teruk dari itu.

T’Challa yang merajai WAKANDA lebih mementingkan rakyat dan negaranya, malah sanggup berhadapan sendiri dengan penentangnya. Dalam banyak keadaan T’Challa keluar bepergian hanya dengan seorang pengiring yang bersenjata lembing.

Hebatnya MatK’alima pula kalau berpergian akan diiringi oleh lebih lima orang pengiring yang bersenjatakan rifle otomatik. Itu menunjukkan bahawa MatK’alima hebat dan lebih ohsem. MatK’alima pernah dilihat bersingsing lengan dan seluar membantu rakyat yang susah tidak seperti T’Challa yang hanya duduk di singgahsana sahaja.

Jika T’Challa ada pakaian khasnya sewaktu bertugas depan rakyatnya siap dengan topeng harimau kumbang, MatK’alima tidak terkecuali siap berpakaian sunnah dan bersandal sewaktu berlakon dalam urusan depan rakyatnya juga.

Jika di Negara WAKANDA ada bahan utama Vibranium yang digunakan sepenuhnya untuk kebaikan dan kepentingan rokyat dan negara, maka di negeri K’tana yang duduk dalam negara WAKENA pula ada hasil hutan yang cukup bernilai. Tak cukup dengan hasil hutan, ada juga emas hitam yang cukup bernilai yang dikenali sebagai Petro.

Orang luar melihat negara WAKANDA sebagai sebuah negara Afrika yang miskin, begitu juga orang luar melihat negeri K’tana dalam negara WAKENA juga miskin. Namun sebenarnya ianya terlindung dengan perisai perlindungan yang dipasang di sempadan.

Negeri K’tana dilihat oleh orang luar penuh dengan sampah sarap, sistem perparitan yang sekuno pra-sejarah dan pembangunan negeri yang terlalu cacamarba. Tapi semua ini adalah sengaja dibuat oleh pentadbir negeri supaya negeri tidak terlalu maju dan makmur.

Jika WAKANDA ada menghantar perisik mereka keseluruh benua Afrika dan lainnya, begitu juga dengan K’tana (negeri dalam WAKENA). Malah K’tana sengaja tidak mahu membangunkan industri dan peluang pekerjaan hanya semata-mata mahukan perisik K’tana berkerja dan berkhidmat di seluruh negara WAKENA demi untuk mudah menguasai segala sisi politik dan pentadbiran WAKENA.

Jika di WAKENA pemimpin dan rakyat cukup hormat dan sanjung seorang alim bernama Zuri, begitu juga di WAKENA dimana mereka juga cukup hormat dan sanjung M’pti. Tapi seperti mana Zuri yang mentaksubkan rakyat jelata WAKANDA dengan cerita-cerita keperwiraan Black Phanter, M’pti di WAKENA juga banyak membawakan cerita-cerita ketaksuban mutlak kepada B’ngswan. 

Jika Black Phanter kononnya mendapat sokongan dan panduan dari alam roh melalui para Black Phanter yang terdahulu, tidak terkecuali juga B’ngswan yang kononnya terikat dengan janji setia anak bangsa S’ngSpurba yang mengikat atas ketulahan.

Begitulah hebatnya MatK’alima berbanding T’Challa. Kedua-dua mereka tidak berkahwin. T’Challa naik menjadi raja sebab bapanya T’Chaka meninggal dunia, namun hebatnya MatK’alima naik menjadi raja dalam keadaan bapanya M’Petra masih hidup walaupun kurang sihat.

Ibu T’Challa amat berpengaruh, sama seperti ibu MatK’alima. Malah kedua-duanya juga pernah terlibat dalam pentadbiran.

Kalau kita lihat WAKANDA, mereka ada kemderaan moden yang canggih... Seaakan kapal pun ada.... Tapi di WAKENA, mereka ada Kapal peribadi yang cukup canggih sehinggakan siatem pengenalan kapal pun boleh dimatikan dengan sewenang-wenangnya... Kekayaan WAKENA cukup hebat sampai diperkatakan diseluruh dunia.... Ratusan juga sengaja dibiarkan tidak dituntut disana sini... Berbilion nilai matawang WAKENA dilambakkan serata dunia...

Sekian adanya ceritera berkaitam sebuah Negara WAKENA yang dipimpin oleh MatK'alima .... Kalau hendah di riwayatkan mungkin habis dan kering tinta pena dialam sebelah sini. Mungkin juga akan ada yangt terpana melihat kehebatan MatK'alima ...

7 comments:

  1. Cerita ini macam pernah dengar dan sedang berlaku, tapi kat mana eik...

    ReplyDelete
  2. Apa yg hg merepet ni labuuuuu?! Nak cerita biaq la terangggg..syaitann!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga mulut/tangan tu tuan. Hari ini kamu mensyaitankan orang, nanti sanggupkah kamu menanggung dosa itu?

      Delete
  3. Walaupun aku xpaham sepenuhnya, mula aku nampak macam nak cite benda buruk, tapi last cite macam nak puji..

    Ke aku yang xpaham

    ReplyDelete
  4. Sungguh berat penceritaan kali inim sepertinya tiada bersantai akan ia. Siapala geranganya si T'Challa itu.

    ReplyDelete
  5. Oi keling..berambus je balik kampung atuk kau. Boleh la Kena tanam hidup hidup kalau makan lembu. Rasa berani sangat sebut la nama dia betul betul sikit...sebut sekali nama kau. Senang bodyguard dia cari. Berani? Telur simpan dalam peti ais la anjing.....

    ReplyDelete
  6. Aku setuju dengan kisah ini kerana ramai yg terpesona bro. Cover line baik punya. Bulan lepas wa tanya pengiring dia knp xsolat jumaat, diam ja. Xpa la itu dewata jubah capal boleh tolong tanggung dosa.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1