Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 March 2018

Setia Kepada YDP Agong Dan Negara

Bhai/DeeDee semua....

Sejak dari awal AGENSI ditubuhkan sampailah kini, kesetiaan kami hanyalah kepada YDP Agong dan Negara Malaysia... Begitulah sepatutnya juga dengan perkhidmatan keselamatan lain seperti ATM dan PDRM ...

Kami (semua kakitangan dan bekas kakitangan AGENSI) hanya mendaulatkan titah perintah YDP Agong bagi kepentingan Negara Malaysia pada setiap keadaan sejak dari awal penubuhan kami.... Acuan politik kepartian bukanlah sumber arahan tugasan kami.

Dan kami rasa malu bila Angkatan Tentera Malaysia selaku rakan operasi kami nampaknya mempunyai Panglima Angkatan Tentera yang bermain isu politik. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya mendaulatkan YDP Agong dan Negara Malaysia dan bukannya cabang politik... Tindakan Panglima Angkatan Tentera ini sebenarnya boleh dikenakan tindakan menghasut jika ianya diadukan kepada YDP Agong

Nasihat saya (selaku bekas kakitangan AGENSI) kepada Panglima Angkatan Tentera adalah "sila letak jawatan dan bertanding pada PRU14" ..... Jangan khianat kepada perkhidmatan anda dengan cenderung kepada parti politik. 

Walau apa pun parti politik yang menjadi peneraju kepimpinan negara, ianya tidak merubah sistem keselamatan dan kedaulatan negara. Ini kerana semuanya adalah dibawah payung YDP Agong selaku Raja Berpelembagaan yang menjadi tonggak utama negara.



5 comments:

  1. Jk perang meletus aku rasa muka2 dlm gambar tu yg nak cabut dulu..... kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak suku sakat, ipar duai sekali....hilang gelaran panglima...kah kah kah

      Delete
  2. Kes Panglima setia kepada YDPA, Negara, Najib, BN dan Umno. Banyak cabang setia Panglima ni bro. Kalau Israel tangkap bikin tebusan boleh jadi setia pada Israel pula. Macai terbaik dari ladang tentera. Kahkahkah!

    ReplyDelete
  3. bygkn kot2 cina yg memerintah (isu yg umno guna utk menakut2kn org melayu).. dan ketua atm tunduk pd penguasa politiik yg memerintah.. hancur negara.

    kita yakin selagi atm bernaung penuh dibawah YDP Agung... maka institusi ini selamat dn keamanan terpelihara.

    sistem telah ada yg mnjamin keutuhan negara tp jika yg berkuasa langgar sistem itu sendiri maka ia mmbawa kehancuran. pengkhianat lbh bahaya dpd musuh yg nyata itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Terbaik. . .
    isu yg bernas. . .
    (Naarm)

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1