Gua dari dulu lagi cukup berasa pelik bilamana kes-kes disiasat oleh geng sendiri... contohnya kalu kes melibatkan anggota polis, maka yang menyiasat pun adalah anggota polis... Boleh tak kita ada satu jawatankuasa di peringkat Parlimen (atau bebas) yang menyiasat kes-kes terkait agensi penguatkuasaan itu sendiri...
Tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas tiga pegawai kanannya mendapat perhatian Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini.
Menurut Gobind langkah diambil agensi antirasuah itu mendatangkan tanda tanya kerana kes kecurian bukan terletak dalam bidang kuasa SPRM sebaliknya Polis Diraja Malaysia.
"Jadi mengapa SPRM yang buat tangkapan dan penahanan. Ini adalah perkara yang melibatkan pegawai SPRM.
"Adakah SPRM menyiasat SPRM sendiri?" katanya mengulas berkenaan kes terkait MEIO.



