Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Istidraj. Show all posts
Showing posts with label Istidraj. Show all posts

05 May 2021

Bahaya Betullah Berpenyakit NPD

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum akan penyakit ini.... Narcissistic Personality Disorder ... satu penyakit yang rasa diri tu perasan bagoosh dan menjadi tumpuan orang ramai.... aduh... susahnya nak terjemahkan penyakit ini dalam konteks Bahasa Melayu...

Narcissistic personality disorder — one of several types of personality disorders — is a mental condition in which people have an inflated sense of their own importance, a deep need for excessive attention and admiration, troubled relationships, and a lack of empathy for others

Benda nih cukup kronik semenjak dua menjak ni.... tambah lagi dengan adanya media sosial.... memang sebenarnya jelas kelihatan ramai yang terkena penyakit ini lebih-lebih lagi para artis dan selebriti. Malah pihak bangsawan dan kayangan pun ramai yang terkena penyakit ini.

Tindakan mereka yang mengundang kritikan orang dianggap sebagai memberikan pahala percuma kepada mereka. Walhal tindakan ini jelas sangat menyalahi undang-undang dan juga norma-norma tempatan malah semacam double standard la pulak.

Kalu dalam Bahasa Arabnya.... ianya lebih kurang macam Istidraj la... mereka ingat apa yang mereka dapat (kekayaan, kemegahan, kehebatan atau keagungan) itu adalah satu kelebihan dari Allah Taala... walhal ianya adalah murka Allah.

Nauzubillahiminzalik.




18 May 2013

Puas Hati

Bhai.....  Sedikit tazkirah gua nak bagi nih... ader boleh ka??? Hahaha....

Bhai... biler lu ader lebih rejeki....  lu lepak makan kat high class restoran....  skali-skala cuba lu pandang kiri kanan..... tengok-tengok samer orang lain kat luar restoran tue samer ader berpeluang samer macam lu lepak makan kat high class restoran...

Lu kena ingat bhai.... setiap rejeki yang Allah Taala kurniakan kat lu tue... bukanlah milik lu sorang semata-mata.... 2.5% daripadanyer aderlah milik orang yang lu tarak kenal....  selebihnya aderlah untuk lu dan keluarga lu..... dan sebahagian daripada itu pulak aderlah untuk kerja dakwah dan ibadat.... lu jangan ingat kalu lu dapat pendapatan RM10 juta tue.... semua skali milik lu... lu jangan perasan la bhai..... hahaha

Kalu lu tak beringat pasai hak orang lain dalam rejeki lu... ader dua kemungkinan yang Allah Taala akan beri...
  1. Allah Taala akan tarik balik rejeki lu tue....
  2. Allah Taala akan beri lagi banyak kat lu.. tapi kena ingat... kalu Allah Taala kasik lebih banyak tue... tue maknanyer Istidraj..... 
Pada kedua-dua senario.... gua ucapkan padan muka kat lu....

So ingat..... rejeki aderlah milik Allah Taala... Tuhan Semesta Alam..... jadi lu dapat rejeki tue sebagai amanah... lu kena ingat dan bersyukur kepada Allah Taala... lu kena ingat bhai... siapa lu tue.... Jangan bongkak dan jangan riaq...

Yang penting..... hahahaha... Kazim Elias dah takmo nak bagi ceramah dah... pasai katernyer ader orang ugut dier.... hahaha... Nih gua plak lepas nih nak bagi ceramah kat Surau dan Masjid nih..... hahaha... sila lar jemput.... hahahaha ....  ader brani ka jemput gua... dan ader berani ka gua "tunjul"kan diri gua..... hahahaha.... 

P/S : Errr... Kazim Elias tue kena ugut oleh ManjungMari ker... atau dier kena ugut oleh bayangan diri dier sendiri.... hahahahaha (no pun intended)

P/P/S : Sudah la tue Kazim Elias ooi... tak payah la buat citer sensasi.... geli aaa bulu ketiak gua mendengarnyer.... hahaha....  kalu nak lebih sensasi.. lain kali suruh la Nas Ahmad terjah lu dalam MELODI.... hahahaha

17 May 2013

Menyanggah Tulisan Mashitah Ibrahim (Sesi Kedua)

Bhai .... izinkan gua menulis dalam ayat skema skali lagie sebagai menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim.... pohon keizinan semua....

Puan Mashitah Ibrahim.

Tulisan Puan yang termuat di dalam akhbar Sinar Harian (dalam talian) pada hari ini adalah di rujuk. Sekali lagi Puan menampakkan kedangkalan ilmu dan pandangan dalam menghuraikan satu-satu hujah dan pada pandangan saya ianya tidak melambangkan status kelulusan akademik yang Puan miliki.

Untuk pengetahuan Puan, saya tidak melihat berapa ratus helai kertas transkrip akademik yang Puan miliki melainkan saya melihat dari kacamata yang lebih luas lagi. Tidak guna kalau kita ada beratus helaian transkrip akademik dan sijil tetapi pandangan kita terlalu sempit dalam memerhatikan dan menghuraikan keadaan sosial masyarakat Malaysia.

Puan mungkin jarang sekali turun padang berjumpa dengan masyarakat marhaen yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah mungkin juga kaki Puan sudah lama tidak menginjak lecah dan becak kampung dan desa. Puan mungkin juga tidak pernah merasai keperitan hidup dalam negara Malaysia ini.

Puan, masyarakat kampung dan desa memang jarang sekali mengamalkan isu perkauman. Saya tahu Puan dibesarkan dalam lingkungan majoriti masyarakat Melayu dan jarang sekali berinteraksi dengan kaum lain. Saya dibesarkan dalam lingkungan majoriti masyarakat berbangsa Cina dan India malah ramai juga warga Malaysia berbanga Sikh dalam lingkungan 40 buah rumah dari rumah saya. Oleh yang demikian, saya diajar dari kecil bahawa semua 40 buah rumah di kiri dan kanan rumah ayah saya adalah jiran yang ditentukan haknya oleh Allah Taala dalam Al Quran.

Mereka berhak dihormati malah mereka berhak mendapat layanan yang sama rata sebagai jiran. Saya diajar bahawa tidak boleh sama sekali menyakiti hati mereka (biarpun mereka berlainan agama dengan saya) kerana jika saya berbuat demikian, maka sesungguhnya saya mengingkari arahan Allah Taala iaitu berhubungan baik sesama manusia.

Jadi... sebagai orang yang dibesarkan dalam lingkungan masyarakat majmuk, saya tahu semua orang berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia (saya mendalami Perlembagaan Malaysia semasa disekolah rendah dahulu - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris (Mubaligh) St Paul).

Saya ingin tegaskan kepada Puan bahawa sepengetahuan saya, tiadalah isu perkauman (rasisma) dibawa oleh mana-mana penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat sepertimana yang Puan katakan itu. Malah kalaulah saya boleh memuatkan senarai laman blog pro-UMNO (ramai diantara mereka ini adalah kawan-kawan baik saya) yang kuat memutarkan isu perkauman (rasisma), saya pasti akan menyenaraikannya untuk tatapan Puan. Mungkin Puan mendapat salah tanggapan hasil daripada input yang dihidangkan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang penuh putar belit dan fitnah.

Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang akademik, Puan sewajarnya membuka mata dan telinga serta mendapatkan input dari pelbagai sumber tanpa berharap hanya pada Utusan Malaysia dan TV3.

Berkenaan dengan isu kenapa Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU13, saya bertegas mengatakan bahawa Puan memang bukan seorang ahli akademik yang sejati bila mana Puan tidak dapat melihat sesuatu isu itu diluar kotak pemikiran biasa. Analisis Puan sekadar melepaskan "batok" di tangga (batok - adalah sesuatu pencedok yang digunakan untuk mengambil air dari tempayan dikaki tangga rumah Melayu klasik). Puan tidak dapat menghayati apa sebenarnya sebab penolakan keputusan PRU13. Mungkin Puan bukan rakyat Malaysia, jadi Puan mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang rakyat Malaysia mahukan.

Puan mungkin tidak tahu (tidak belajar ilmu sejarah) bahawasanya Malaysia ini digagaskan dahulu dengan beberapa siri demonstrasi jalanan (tidak menggunakan stadium pada masa itu) seperti yang tercatat dalam sejarah. Ini boleh kita lihat di dalam siri demonstrasi jalanan membantah Malayan Union dan lain-lainnya. Jika Puan kurang mahir dalam bidang pensejarahan, sila dapatkan nasihat daripada Khoo Kay Kim (guru sejarah saya dahulu).

Berkenaan dengan tulisan Puan yang mengatakan bahawa masyarakat Malaysia telah menolak Pakatan Rakyat yang membawa slogan "Inikalilah" dan Puan memomokkannya dengan perkataan "Innalillah", saya beranggapan Puan terlalu naif tentang politik. Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang lebih besar daripada Barisan Nasional, akan tetapi disebabkan oleh sistem persempadanan kawasan pilihanraya memperlihatkan ada kerusi yang mempunyai bilangan pengundi yang terlalu ramai (lebih 80 ribu orang) diletakkan sama taraf dengan kerusi yang mempunyai bilangan pengundi yang sedikit (kurang dari 2 ribu orang).

Oleh yang demikian, saya nasihatkan Puan Mashitah Binti Ibrahim supaya pergilah belajar banyak lagi ilmu berkaitan politik, kenegaraan dan kemasyarakatan sebelum Puan menulis lebih banyak berkaitan dengannya didalam akhbar Sinar Harian. Sesungguh Puan memalukan diri Puan sendiri dengan penulisan yang separuh masak.

Akhir kata, tolonglah jangan mengrekrut Tuhan dalam menjustifikasikan pandangan Puan. Sebagai orang akademik yang "kononnya" arif dengan ilmu agama, tentu Puan terlupa akan istilah dan maksud Istidraj. Jika Puan terlupa, saya nasihatkan Puan pergilah mencari guru yang mursyid untuk mendalaminya.

Sekian dari saya,

C++
CipanTapirTenuk

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1