Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jangkitan. Show all posts
Showing posts with label Jangkitan. Show all posts

01 January 2023

Tindakan Bijak Maghribi

Bhai/DeeDee semua...

KP Kesihatan kata tak ada masalah kalu pelancong dari China datang.... Malaysia ada plan untuk kawal... Tak ada masalah kalu Pelancong dari China datang sini....

Gua cuma nak cakap ... "Kepala Hotak Dier" la...

Biler jadi masalah nanti.... macam-macam la cekadak ... PKP la... kuarantin besar-besaran la... sekatan la... Last-last semua bisnes sangkut... kerja tak dapat buat... nak carik makan pun susah... Dier dan kakitangan awam takper la... gaji langsung tak sangkut....

Bangkai la...

Tengok Maghribi... depa pandai plan... tak rugi pun kalu tak terima pelancong dari China... yang penting satu negara selamat.. satu negara ekonomi masih boleh bergerak... Malaysia nih pikir untung sesetengah pihak ja... yang lain pegi mampos...

Bangkai la...


Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Jan berikutan peningkatan kes Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu.

“Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.

Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baru di negara itu.

23 July 2021

Kerajaan Gagal Yang Semakin Gagal

Bhai/DeeDee semua...

Dikala kita semua terkurung... Dikala kita semua tidak dapat berhari raya Qurban... Dikala kita semua tidak dapat menunaikan Solat Jumaat dengan baik dan teraturnya...

Kadar jangkitan Covid-19 makin meningkat.. Gila betul lar...

Ini semua sebab adanya Kerajaan Gagal yang semakin gagal.
Ini semua sebab adanya Perdana Menteri Gagal yang semakin gagal.
Ini semua sebab adanya Menteri Kesihatan Gagal yang semakin gagal.
Ini semua sebab adanya Kabinet Kerajaan Gagal yang semakin gagal.



09 July 2021

Kes positif Covid 19 boleh mencecah hingga 30,000 orang kata Pakar Virologi.

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Pakar Virologi ini. Betul. Kalu kita tak tangani segera wabak Covid-19 ini dengan cara yang lebih tersusun dan proaktif... maka kita berkemungkinan akan mendapat kes positif Covid-19 yang boleh mencecah hingga 30,000 orang sehari.

Dalam keadaan Kerajaan Perikatan Nasional yang ada sekarang nih... dengan arahan dan SOP yang hancai bancai... yang ad-hoc... yang tak ketahuan punca... memang akan masak lar.... Lagi kronik ader la..

Kena cepat diperbetulkan... kena cepat diambil tindakan... kasik ejast balik Kerajaan dan agensi yang berkaitan... yang mana lemau... yang mana lembam ... kita humbankan mereka... karut ja tinggalkan depa lead ini negara...

Ekonomi jangan cakap la... dah musnah habis...nak recovery maybe amik masa sampai 10 tahun kot.... kalu dengan Kerajaan "Alpha" yang ader la nih... Hampeh from the core.

#WabakCovid19 #JangkitanBaru #PusatPemberianVaksin

08 July 2021

Lebih 38,000 kes baru, doktor Indonesia tentukan siapa 'terus hidup'

Bhai/DeeDee semua...

Kes meningkat naik. Makin tinggi di Indonesia. Tambah pulak ader varian baru virus Covid-19. Ramai yang mati... ramai yang terjangkiti..

Kita di Malaysia pun hari ini naik kes ke 8868 ... banyak tue.. takkan nak tunggu naik ke 15000 kes sehari baru nak beringat... huhuhu

#VaksinCovid19 #PusatPemberianVaksin #Nyawa

22 January 2021

Larikan Mayat Dari Hospital?

Bhai/DeeDee semua...

Kegilaan dah jadi memuncak dah nih.... Benda yang kita tak pernah dengar ... benda yang kita tak pernah lihat... benda yang tak pernah kita ketahui berlaku dalam Malaysia dah jadi dah... 

Adoilah...

Nih ader kes larikan mayat dari hospital.... Ini semua gara-gara kes Covid-19 le nih... bayangkan... patient under investigation (PUI) untuk Covid-19 yang didapati meninggal telah dibawa lari balik kerumah oleh ahli keluarganya...

Bayangkan kalu berlaku jangkitan... bayangkan kalu berlaku penularan.... Bahaya betul lar...


Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di Lahad Datu, yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan (PUI) di Hospital Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata empat beradik terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas pihak hospital menerima seorang pesakit lelaki berumur 58 tahun yang tidak sedarkan diri dan mempunyai sejarah rawatan 'acute left ischemic potine infract’ di Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum ini.

"Pesakit kemudian diasingkan di khemah zon PUI dan diberi pertolongan cemas pernafasan selama 30 minit oleh pegawai perubatan, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya. Petugas perubatan telah menerangkan prosedur operasi standard pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 kepada pihak waris, termasuk saringan Covid-19 bagi mengelak risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan di Lahad Datu hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek bagaimanapun enggan meninggalkan mayat bapa mereka di hospital, dan seterusnya bertindak menolak pengusung jenazah keluar daripada khemah zon PUI, untuk membawa balik jenazah ke kediaman mereka di Kampung Panji Laut.

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya mengesan kesemua suspek dengan bantuan Unit Forensik Hospital Lahad Datu dan mayat turut ditemui di ruang tamu rumah," katanya dan menambah semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana kesalahan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya.

Katanya polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa.



16 January 2021

Risiko Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua...

20 hb Januari adalah hari dimana pembukaan semua operasi sekolah di Malaysia bagi negeri-negeri yang diletakkan dibawah PKPB dan PKPP ... Ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Radzi Jidin...

Apa yang merisaukan... adalah kesan risiko di sekolah akibat Covid-19

Kita semua sedia maklum, kebanyakan kes-kes jangkitan Covid-19 berlaku akibat dari kes Cuti-Cuti Malaysia (pada hujung tahun 2020) dan juga cuti Krismas.... Jangkamasa virus bertindak dalam badan adalah selama 14 hari.. dah ini telah menunjukkan bahawa ianya memang berlaku dengan merebaknya pada dua cuti yang dinyatakan tadi...

So...

Semasa pembukaan sekolah ni... macam mana kita nak kawal jangkitan virus yang mungkin masih lagi belum menunjukkan simptom dalam perumah (host)...bayangkanlah... berapa ramai murid-murid yang telah bercuti disamping bercampur gaul dengan orang lain yang mungkin telah dijangkiti wabak ini..

Dan bila bercampur ini.... mungkin akan berlaku lebih banyak impak yang kritikal... dan merebaknya lagi virus ini ..... risiko tetap ader... dan ianya agak payah untuk dikawal dan dikenalpasti...

Aper pun... pada gua tindakan Kementerian Pendidikan membuka kembali operasi sekolah dalam keadaan wabak makin meningkat ini adalah satu tindakan tidak wajar dan tidak bertanggungjawab... Ianya boleh menyebabkan berlakunya kluster yang baru... kluster sekolah....

Gua tetap berharap agar Kementerian Pendidikan menangguh sedikit masa (sekitar sebulan) sebelum membuka kembali persekolahan secara biasa.... dalam keadaan sekarang... kita patut teruskan persekolahan dari rumah (school from home) demi untuk keselamatan anak-anak kita.



08 January 2021

Apa Plan KPM Untuk Peperiksaan SPM/STPM 2020?

Bhai/DeeDee semua...

Pening... dengan kadar jangkitan kes harian Covid-19 yang naik mencanak nih... agaknya apa plan KPM untuk peperiksaan SPM/STPM 2020 ... apa plak plan?

Kalu dengan SOP sedia ada... agaknya 400 ribu pelajar kena la dikuarantin... diletakan dalam premis sekolah... atau kawalan terhad.... sama dengan semua guru pengawas... sebab risiko jangkitan tersebar agak besar...

Takkan la nak gi mari gi mari hari-hari ke sekolah... yang menambahkan risiko terdedah dengan jangkitan??

Payah kalu jadi jangkitan... bukan sajer satu sekolah kena block... maybe kertas soalan pon nak kena tukar... dan tak adil la bagi sekolah-sekolah yang tak kena jangkitan.... memang susah nak handle...

Soalan... logistik satu hal... birokrasi satu hal... proses legal satu hal... dokumentasi pulak satu hal...

Masak aaa...

Betul cakap ADUN Bukit Gasing nih ... persoalan yang dier bawak....



01 January 2021

2021 - Malaysia Zombie Land

Bhai/DeeDee semua....

Satu perkara yang kita tak boleh nak nafikan adalah betapa teruknya sistem politik dan siasah di Malaysia nih. Ini semua kerana ketaksuban kita warga Malaysia sama ada terhadap jalur politik yang kita pilih atau terhadap kaum/bangsa/agama yang kita memang dilahirkan sebegitu.



Malah ketaksuban terhadap kaum bangsawan juga adalah sebahagian dari masalah.

Jadi... bila gua bagi tajuk 2021 - Malaysia Zombie Land... ini bukan bermaksud rakyat Malaysia telah terkena dengan gangguan penyakit Zombie (menjadi mayat hidup) atau penyakit Covid-19 ... akan tetapi Zombie memang tak mengikut akal fikiran yang waras... Zombie akan ikut apa yang telah diprogramkan dalam sistem dier..

Inilah maksud gua...

Kalu ketaksuban terhadap jalur politik... maka apa sahaja yang dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.

Kalu ketaksuban terhadap kaum/bangsa/agama .... maka apa sahaja yang diprogramkan dan dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.. Malah dalam banyak keadaan... yang selain dari jalur ini dianggap sesat, kafir dan lekeh.

Itu belum lagi kalu ketaksuban terhadap para dewa dan dewi kayangan... memang susah nak dinasihatkan dan dibentuk... dan ini memang antara yang paling teruk... segala apa yang dibuat oleh dewa dan dewi dianggap bayangan Tuhan di muka bumi.... dan tidak boleh langsung dipertikaikan....

Memang bangang... tapi itulah.... 

Dan memang itulah Malaysia waima tahun 2020 atau 2021 dan seterusnya... susah nak berubah dah... dah kronik... 

Cuma satu ja yang gua harapkan.... 25 tahun lagi harapnya yang celaka semua nih dapat di MUZIUM kan.

Aamin Ya Rabb.





Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1