Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

02 November 2020

Surat Untuk Polis (VIRAL)

Yang di hormati Polis.


Sebenarnya saya pun tak tahu nak tuju surat ini kepada polis yang berjawatan apa sama ada jawatan tertinggi polis atau pun kerani di balai polis.

Sebagai rakyat Malaysia saya menyanjung tinggi polis yang telah bersama-sama menjadi “Barisan Hadapan” kepada rakyat Malaysia bersama-sama dengan pasukan-pasukan “Barisan Hadapan” yang lain bukan saja semasa Covid 19 melanda Negara ini malah pada setiap masa polis sentiasa menjadi pasukan barisan hadapan untuk keamanan Negara kita.

Cumanya apabila saya membaca berita 20 orang remaja telah di denda sebanyak RM1,000.00 seorang kerana tidak mematuhi SOP saya rasa satu ketidakadilan telah berlaku di antara rakyat biasa dengan pemimpin kerajaan bertaraf menteri.

Encik Polis tentu sedia maklum beberapa keping gambar menteri Pas bernama Khairuddin di tularkan tidak memakai penutup muka sebagai mematuhi SOP di tempat awam di mana gambar-gambar tersebut bukalan pada satu masa dan tempat yang sama jika di lihat pada bajunya yang berbeza-beza antara semua gambar-gambar tersebut.

Ini memberi maksud menteri Pas bernama Khairuddin tersebut telah melanggar SOP secara berulang-ulang kali tapi tidak ada satu pun saman di keluarkan terhadapnya oleh polis yang setiap hari di umumkan oleh menteri Kanan Keselamatan Dato Ismail Sabri bahawa polis telah mengeluarkan beratus-ratus sama terhadap orang ramai atas kesalahan yang sama. 

Saya tidak bermaksud nak salahkan pihak polis di atas surat-surat saman kesalahan SOP yang di keluarkan terhadap orang ramai tetapi saya cuma nak bertanya pada polis kenapa menteri Pas bernama Khairuddin tersebut tidak turut sama di denda sebagai mana polis mendenda orang ramai?

Mustahillah polis tak tahu walaupun polis tidak melihat gambar-gambar yang di tularkan tersebut tapi bukankah bersama mengiringi seorang menteri setiap masa adalah sekurang-kurangnya seorang anggota polis.

Saya menyokong kerja keras polis dalam menangani penularan wabak covid 19 yang melanda Negara kita tapi saya juga berharap polis perlu bertindak adil terhadap semua orang yang melanggar SOP tanpa mengenal siapa saja sebagaimana virus Covid 19 ini yang tidak mengenal siapa saja sama ada orang itu menteri, ketua polis atau pun rakyat biasa.

Lagi pun apalah sangat RM1,000.00 pada menteri yang kaya raya itu kalau nak di bandingkan dengan remaja berumur 17-20 tahun yang tak pasti di manalah mereka hendak cari duit untuk membayar saman RM1,000.00 tersebut.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis di atas jasa yang telah di curahkan bersama-sama pasukan “Barisan Hadapan” yang lain, Semoga polis akan di kenang sebagai penyelamat kepada Negara kita ini dalam berhadapan dengan musibah Covid 19.

credit : Rosly Yusuf @ Abu Nawas

5 comments:

  1. harapkan balasan Allah pada manusia yang sombong ni

    ReplyDelete
  2. Jangan haraplah puak2 tadah hujan dengan kopiah ni nak mengaku salah dan taubat. Esok akan adalah "ulamak besar dunia" akan mempertahankan sang menteri angkuh ni. Depa ni pegang kunci syurga dengan nombor siri keahlian parti, ko ingat dia nak mengaku buat salah langgar syariat dan hukum? Darjat depa lebih tinggi dari sahabat r.a wei!

    Nick.

    ReplyDelete
  3. Orang Pas boleh nampak virus covid kot. Bila nampak baru dia cepat2 pakai mask. Alahai....

    ReplyDelete
  4. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.
    Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.
    Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    kat dunya boleh putar sana sini
    di hari pembalasan ynag dijanjikan oleh Allah
    tau la nasib masing masing

    ramai teripu ngan dunya yang sementara
    di akhirat nanti semua kekal abadi

    kalau duk dalam neraka tak mati mati walau disiksa ngan amat keras

    Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin.

    (Yaitu) orang-orang yang mendustakan Al Kitab (Al Qur'an) dan wahyu yang dibawa oleh rasul-rasul Kami yang telah Kami utus.
    Kelak mereka akan mengetahui,
    ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,
    ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api,




    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1