Ada 4 Lebuhraya yang kalu dibangunkan di Semenanjung Malaysia pastinya akan menguntungkan dan menjadi pemangkin ekonomi dan industri di Malaysia.
Pertamanya adalah Lebuhraya Pesisir Pantai Timur (dari Johor Bahru - Kota Tinggi - Mersing - Kuala Rompin - Endau - Nenasi - Pekan - Kuantan). Lebuhraya ini kenudiannya akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Keduanya adalah Lebuhraya Jalinan Selatan (Melaka - Seganat - Gemas - Muadzam Shah - Kuantan). Lebuhraya ini juga akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) serta disokong dengan satu Expressway Muadzam Shah - Pekan.
Ketiganya adalah Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) (Kg Gemuruh - Manir - Batu Rakit - Penarik - Tok Bali - Pasir Puteh - Kubang Kerian - Kota Bharu - Tumpat - Pengkalan Kubur). Jalinan jalan sokongan ke lokasi lain perlu dipertingkatkan.
Keempatnya adalah Lebuhraya Jalinan Dalam (Permaisuri - Setiu - Machang- Tanah Merah - Jeli - Pangkalan Hulu - Jeniang - Sungai Petani). Ianya akan bersambung dengan Leburaya Utara Selatan di Sungai Petani
Beberapa jalan sokongan seperti EkspresWay Arau ke Pengkalan Hulu boleh dirancang dan dibangunkan. Begitu juga EkspressWay Pangkalan Hulu ke Gua Musang serta EkpressWay Gua Musang je Jeli.
Semua EkspressWay ini wajar memanfaatkan dua lorong + 1 lorong kecemasan bagi setiap hala siap kemudahan Hentian Sebelah dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R)
Maybe juga boleh diadakan satu ExpressWay yang menghubungkan Pengkalan Kubur ke Padang Besar dan Wang Kelian Ini bagi melengkapkan jalinan lebuhraya dan ekspressway yang ada di Semenanjung Malaysia.
Dengan adanya semua ini.. maka pastilag ekonomi dan industri akan berkembang pesat di Pantai Timur sejajar dengan adanya beberapa pelabuhan yang dapat kita manfaatkan dan bangunkan.
Seperti contoh: (termasuk cadangan pelabuhan dan jetty baharu)
- Pelabuhan Pengerang (Oil & Gas, Petrokimia)
- Jetty Kota Tinggi (Perikanan)
- Jetty Mersing (Perikanan)
- Pelabuhan Kuala Rompin (Pembalakan & Perikanan)
- Pelabuhan Tanjung Agas (Petrokimia)
- Pelabuhan Kuantan (Industri & Kontena dan Petrokimia)
- Pelabuhan Kemaman (Oil & Gas)
- Pelabuhan Kuala Terengganu (Industri, Kontena dan Perikanan)
- Jetty Besut (Perikanan)
- Pelabuhan Tok Bali (Industri, Kontena, Petrokimia, Pembalakan & Perikanan)
Kalu negara ini tidak membazir benda-benda mengarut, pastinya mudah sahaja kita nak bangunkan semua ini sama ada dari dana Kerajaan sendiri atau pun kerjasama dengan swasta secara PFI.
Bezanya sama ada hendak atau tidak sahaja. Kalu kekal nak bermain politik, sampai kesudah Malaysia macam ni la.. Politik menekan dan politik geng… Payah nak berubah. Yang duduk berkeliling dengan kepimpinan dan penguasa bukan nak bagi idea bagoosh tapi lebih kepada menantikan habuan tulang belulang. Bangkai semua tue.
Huhuhu.