Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Dungun. Show all posts
Showing posts with label Dungun. Show all posts

06 October 2013

Mana Pergi Bekas YB Dungun?

Bhai/DeeDee sekalian...

Citer kat bawah nih sedih aaa.... Penat la pakcik dan makcik nih dok sokong UMNO/BN selama nih... tapi langsung tak dapat bantuan dan sokongan pon dari geng-geng UMNO/BN .... Nak harap dapat bantuan dari PAS Dungun... bukannyer PAS Dungun ader duit banyak... Lagipun Satipul Bahri tue baru je menang PRU13 dan jadi YB..... elaun YB pon tak sempat kutip banyak lagi...

Patutnyer bekas YB Dungun dari UMNO/BN la yang layan diorang punya masalah nih...


DUNGUN – Akibat kesempitan hidup, seorang isteri terpaksa menjual bot gentian kaca milik suami untuk mendapatkan wang agar anak dapat meneruskan persekolahan. Zaimah Abdullah, 53, berkata, sejak suaminya, Mohd Zam Ismail, 56, diserang strok mereka hilang tempat bergantung.

"Suami tidak lagi dapat ke laut menangkap ikan dan kami hilang punca pendapatan.

“Kami perlukan duit untuk buat belanja, nak tanggung kos perubatan suami yang sakit dan anak sekolah lagi," katanya.

Kata Zaimah, lima anaknya sudah berumah tangga dan hanya dua lagi yang masih bersekolah.

Dua anaknya iaitu Asyaratul Akmal, 19, bersekolah di tingkatan enam Sekolah Menengah Sultan Omar dan seorang lagi Mohd Shawalaudin, 17, di tingkatan lima sekolah sama.

"Duit hasil jual bot tempoh hari sudah habis buat belanja berubat suami," katanya.

Sehubungan itu, dia merayu pihak tertentu membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Kata Zaimah, suaminya sebelum ini ada membuat caruman insurans melalui koperasi nelayan dan menjadi ahli sejak 10 tahun lalu.

Setelah Mat Zam terlantar sakit, Zaimah melaporkan kes itu kepada pejabat koperasi di bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun bagi mendapatkan bantuan.

Namun setelah hampir setahun berlalu, dia kecewa kerana masih tidak mendapat maklum balas mengenai permohonannya itu.

Kejadian menimpa Mat Zam berlaku kira-kira jam 11 pagi Oktober tahun lalu ketika nelayan tradisional itu keluar menangkap ikan di tengah laut.

Katanya, ketika sedang menarik pukat atas bot, Mat Zam tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri sebelum mendapat bantuan daripada seorang rakannya yang turut berada di atas bot berkenaan lalu membawanya ke darat.

Sebaik sampai di daratan, Mat Zam dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Hospital Dungun selama tiga hari untuk rawatan lanjut.

Kes Mat Zam kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan dia terpaksa ditahan di wad sekali lagi selama 18 hari sebelum dibenarkan pulang.

"Selepas keluar daripada wad, suami lumpuh separuh badan termasuk bahagian tangan menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan," katanya.

27 December 2012

Betul Ke?

Bhai..... SPRM nih betul ke? Betul ker nak siasat... bila mau siasat... berapa lama nak ambil masa siasat...  biler plak hasil siasatan akan kuar... biler plak tindakan hasil dari siasatan... atau... sekadar simpan jer dalam fail... hahaha...

Benda macam nih bukan sekali dua la bhai... dah berpuluh tahun... dan lama dah.... semua orang tau.... SPRM jer yang tak tau atau buat tak tau.... hahaha....  Boleh baca citer dier kat SINI dan SINI ...


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1