Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label EPU. Show all posts
Showing posts with label EPU. Show all posts

17 September 2009

Tak Macam Nak Raya

Gua dah tak macam nak raya dah rasanyer .... Kompeni tempat gua kerja nieh (industri Minyak dan Gas) di Kemaman nih diberitakan akan bungkus (winding-up) seawal pertengahan bulan 10 nih... minggu lepas management dah bagi tau...

Gaji bulan nieh dibayar pada 28 haribulan .... seminggu lepas raya.... huhuhuhu ... sedih nih... macam mana nak balik raya ... modal nak balik pon takder...

Lepas raya pulak tue .. kemungkinan besar dah takder kerja... jadi ... kalu korang la ... ader lagie ker rasa nak raya kali cam nie? Gua cuma layan anak-anak dan bini jer.... diorang rasa seronok nak raya... gua dah tak ader hati dah... tak macam nak raya rasanyer...

Frust betul la... tapi gua tak sampai hati nak kasi tau bini ngan anak-anak... tak sanggup la.. tak sanggup tengok depa nangis ... kalu depa nangis... gua lagilah lebih nak nangis nih... penat oo... takkan nak cari kerja lagie nih.. sijil gua ntah kat mana gua letakkan... tak tau la... tak larat la nak pi interview sana sini dan menaruh harapan tinggi....

Tapi takper.. dimana ader bumi Allah S.W.T ... disitu ader rezeki... InsyaAllah... tak dapat kerja baru.. gua start berniaga ... dengan modal yang ader sikit (mungkin ader pampasan nanti) .. boleh la kot buat modal berniaga....

Lagi satu... gua tak sampai hati nak benarkan laman blog nie ader iklan selain dari iklan yang gua pasang sendiri tue.. tapi kalu ekonomi dah makin tenat... maybe gua akan bukak ruangan untuk letak iklan kat sini... gua kalu boleh tak nak ceramuk kan blog nih dengan iklan... Iklan FBOT EA tue pon produk gua punya sendiri... kalu ader yang teringin denganm FBOT EA tue ... tolong beli la... hehehe.. at least ader gak sikit modal kat gua...

So ... kalu la ditakdirkan gua terpaksa buat ruangan iklan untuk disewa... gua akan buat poll dulu ... buat soalselidik dulu... kalu ok baru gua buat...

12 September 2009

Ekonomi Yang Semakin Teruk

Pergh...

Sapa kata ekonomi Malaysia dah mulai pulih... yang bagitau ekonomi dah pulih tue .. dier ader tak pi round 1Malaysia untuk buat kajian...

Wei... ekonomi makin merudum la... Tak percaya... maih gua bagitau sikit...

Biasanyer kalu ekonomi jatuh pun syarikat berkaitan Minyak dan Gas terjejas gak tapi tak berapa banyak la.. tapi kali nih.... banyak gak syarikat berkaitan Minyak dan Gas (Oil & Gas) pun terkena tempias dengan hebat...

Kalu lu peratikan banyak gak syarikat dalam bidang nie yang terpaksa membuat "downsizing" dan jugak "shutdown" ... Shutdown tue normal la.. tapi kalu dah terlampau lama shutdown dan operasi plant berjalan dengan "skeleton crew" ... itu petanda ader masalah tue..

Malah ader syarikat yang memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja diorang sempena cuti Hari Raya Aidilfitri terus selama seminggu setengah... tanpa perlu isi borang cuti.. plant pun tutup.. cuma berjalan secara "skeleton crew" jer dalam kurang dari 10 orang untuk jaga plant dan pressure vessel supaya tak meletop... itu jer...

Syarikat tempat gua kerja pun dah menunjukkan simptom yang sama.... gua dapat cuti hari raya paling panjang.... seminggu setengah dan.. gaji bulan nieh bos kata cuma boleh dibayar pada hujung bulan... no duit gaji raya atau bonus raya... .... whoa... pening oooo... duit nak raya takder... tak tau camana nak buat modal kos minyak dan tol nak balik kampung nih...

Gua kesian gak tengok staf kat syarikat gua kerja nie... ader 300 orang... semua Melayu... kesian diorang... bini diorang kebanyakannya suri rumah... la nie overtime dah kena hold... gaji pulak tunggu hujung bulan... kesian diorang... camana nak raya... Gua al least bini punya gaji ader gak skit... boleh cover skit...

Sapa kata ekonomi Malaysia tak tenat .. memang tenat la oooiii.... errr... ader kerja kosong tak kat mana-mana .. gua nak apply la..

09 September 2009

Nilai Sebenar Ringgit Malaysia

Okeh... gua nak bagi lu orang semua terkejut...

Lu tau dak RM1 yang lu ada tue sebenarnya bernilai cuma RM0.02 jer... kira macam tak ader nilai langsung... dua sen la bhai...

Okeh... ini rasional yang gua nak bagi...

Lu orang tau kan duit kita sepatutnya disandarkan dengan nilai rizab emas yang Bank Negara Malaysia (BNM) ader ... ikut logiknyer la... dan ikut apa yang diberitahu kepada kita sejak dulu...

Sekarang nie.. nilai rizab emas Bank Negara Malaysia (BNM) cuma 12 tan lebih sahaja... iaitu lebih kurang USD$0.4 bilion (RM1 Bilion) jer ... kita ambik kiraan mudah..

Okeh... ini yang mengejutkan gua nak citer...

Nilaian wang yang berada dalam pusingan matawang di Malaysia (circulation) pula adalah pada nilai RM50,212,892,013 (RM50 bilion) ...

Oleh itu.... hahahaha...

RM50 bilion ini kita bahagikan kepada nilaian RM1 bilion rizab emas yang akhirnya kita akan dapat nilaian RM1 = RM0.02 jer (kiraan mudah pada perpuluhan yang ringkas).

So... kesimpulannya.... hahahaha... duit Malaysia (RM) nih takder harga la bhai.... hahahaha... macam mana la kita boleh terkena macam nih...

Dulu rizab emas negara ader sekitar 72 tan ... la nie dah tinggal 12 tan jer.... mana pergi yang lain... sapa jual... duit jual tue pi mana...... senyap jer ka.... ingat orang 1Malaysia tka boleh nak tau ka.... nie sapa punya kerja nih....

Semak : Statistik Kewangan BNM
Semak : Kerja Gila Main Dengan Rizab Emas

Bergerak Dalam Senyap

Nampaknya inisiatif untuk menggabungkan ketiga-tiga entiti GLC yang berkait rapat dengan masyarakat desa kini sedang giat dijalankan, disebalik beberapa kemelut yang kecoh digembar-gemburkan didalam media utama.

Felda, Felcra dan Risda kini khabarnya telah mencapai satu kata sepakat untuk meneruskan penggabungan ala Synergy Drive hasil cadangan Najib Razak (yang pastinya didesak oleh adiknya Nazir Razak).

Penggabungan ketiga-tiga entiti GLC ini akan menyebabkan keseluruhan aset yang berkait rapat dengan perladangan akan digabungkan yang mana boleh menyebabkan ada pihak yang akan untung besar dalam penggabungan ini. Ada pihak pula yang akan menanggung kerugian yang agak besar.

Dijangkakan penggabungan ini akan menyebabkan kesemua aset yang ada akan diletakkan dibawah Felda yang dikuasai sepenuhnya oleh proksi UMNO/BN yang kemudiannya disyaki akan digabungkan pula dengan Synergy Drive (Sime Darby) bagi membentuk satu konglomerat perladangan yang bernilai puluhan bilion ringgit.

Penggabungan ini nampaknya tenggelam dibawah radar bagi seluruh Malaysia kerana isu-isu picisan lain yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya TV3.

Gua berpendapat bahawa gabungan entiti ini akan menimbulkan beberapa masalah besar dimasa akan datang seperti yang biasa berlaku dalam mana-mana gabungan yang lain dimana masalah pengurusan akan menjadi lebih mencabar. Tindakan pihak-pihak yang berkepentingan didalam penggabungan tersebut pastinya akan menyebabkan pemilikan saham dalam gabungan itu akan jatuh ketangan pihak lain.

Setakat maklumat yang gua dapati.... usaha penggabungan ini telah mencapat status lebih dari 60% dan dijangka penggabungan ini akan lengkap dan termeterai seawal pertengahan tahun 2010. Maklumat yang sama juga mengunjurkan bahawa akan ada satu lagi inisiatif untuk menggabungkan entiti Felda, Felcra dan Risda ini didalam Synergy Drive (Sime Darby) dalam tempoh kurang dari 6 bulan selepas Felda, Felcra dan Risda bergabung.

Pihak-pihak yang berkepentingan khabarnya amat mengalu-alukan penggabungan ini kerana nilai saham yang pasti boleh dijanakan mencecah nilaian bilion ringgit. Pihak asing juga amat menunggu-nunggu peluang mereka untuk meratah saham yang sama melalui proksi mereka sebaik penggabungan berjaya dilakukan dan saham diapungkan di Bursa.

Apa yang pasti, tindakan menggabungkan entiti GLC sebenarnya lebih memusnahkan dari menaiktarafkan entiti tersebut. Gua berharap agar pemilik saham minoriti dalam Felda, Felcra dan Risda (iaitu peneroka dan pekebun kecil) agar menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menyekat penggabungan ini kerana jika tidak ianya akan menyebabkan pemilik saham minoriti akan dianiaya.

01 September 2009

Kena Tipu Hidup-Hidup

Hahahaha...

UMNO/BN kalu tak menipu memang tak sah... hahahaha...

Kali nih.... 1Malaysia sudah kena tipu hidup-hidup... RON95 yang dicanangkan bagus untuk kenderaan 1Malaysia rupanya bukan berharga RM1.75 seliter seperti yang diwarwarkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia yang Menterinya (Rais Yatim) yang ader PhD tak laku tue.... hahahaha..

Sebol ader point kan isu nie kat blog dier... hahaha .... Dier kata Kementerian Penerangan siap tulis dalam website bahawa harga petrol RON95 akan dijual pada harga RM1.75 pada 1 September 2009... KPDNHEP yang umumkan benda nie dulu.... pada 14 Mei 2009 .... hahahaha...

Jadinyer..... sekarang nie harga petrol RON95 dijual 1Malaysia pada harga RM1.80 iaitu lebih RM0.05 daripada harga yang sepatutnya KPDNHEP dan Kementerian Penerangan hebohkan tue...

Menteri yang sama... Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera yang promokan harga nie patutnya pada harga RM1.75 ... hehehehe... Nak cerita nih... kat Bera ... masih ramai lagi yang tak dapat bekalan air bersih dan elektrik sejak sebelum merdeka .... Apa citer Ahli Parlimen nie... ader buat kerja tak..... Itu hari TV3 ader bawak cerita orang kampung di Bera nih... hahahaha

So.... Apa tindakan kita biler kena tipu.... takkan nak diamkan jer... orang dah pijak kepala dan tipu hidup-hidup pon kita boleh biarkan ker..... hahahaha...

Inilah 1Malaysia .... Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.... hahahaha.... tipu jer lebih... wei... tipu-tipu nieh boleh bawak batai posa tau dak....

06 August 2009

Saman Rugi

Saman ... jangan tak saman... RM10 juta bhai... banyak tue...

err... yang best tue cuma 20 pekedai jer yang buat laporan polis untuk tujuan saman tue... maknanyer pekedai yang 20 tue sehari untung dier dalam setengah juta RM satu kedai... kalau 30 hari dier berniaga... boleh dapat 15 juta... maknanyer dalam setahun boleh dapat 182.5 juta RM tue...

Banyak tue... satu kedai boleh dapat RM182.5 juta nilai perniagaan... errr... berapa dier kena bayar LHDN ... cukai dier berapa aaa.. gua tak pandai nak kira cukai perniagaan.. tapi katakanlah cukai dikenakan 5% dari nilai perniagaan .. maknanyer .. cukai sahaja sekitar RM9 juta...

RM9 juta hasil dari kutipan cukai... banyak tue... err... bhai... tokei kedai... boleh kasi publish tak lu punya penyata cukai kat LHDN... rakyat nak tengok... takper.. kalu taknak publish sekarang... nanti masa lu tuntut saman kat Mahkamah... jangan lupa yer.. bawak sekali dokumen tue.., kalu tidak susah la nak menang saman tue nanti...

Kalu lu tipu penyata cukai... lu tentu tau berapa denda yang lu kena dengan LHDN nanti... silap-silap lu boleh kedalam... hahahaha.

Tapi takper... gua seronok gak sebab ader ramai peniaga kat Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kaya... yang bisnes dier boleh dapat sekita RM182.5 juta setahun... banyak tue... kalu kumpul 20 peniaga... boleh cecah RM3.65 billion ... hehehehe... itu baru 20 peniaga.... boleh saing dengan Petronas tue....

Macamana GLC tak sepandai peniaga-peniaga kat Jalan Tuanku Abdul Rahman nie... GLC selalu rugi...bisnes pon tak cecah RM365 juta.... GLC kena belajar ngan peniaga kat Jalan Tuanku Abdul Rahman nih... hehehe ... Gua rasa la semua pengurus GLC kat Malaysia nie kena pi amik kursus belajar ngan peniaga nie....

Bayangkan.... seorang peniaga boleh dapat RM182.5 juta setahun... kalu kita ader 10 ribu peniaga... berapa banyak tue kita punya KDNK .... hehehe .... errr... sori... ini termasuk penjaja sekali... hahaha... jual jambu potong pon boleh rugi setengah juta sehari... hahahaha ... sejuta rupiah kot... hahahahaha

Baca Sini : Peniaga dan Penjaja tuntut saman rugi RM20 juta

27 July 2009

Ekonomi Malaysia Belum Merudum Sepenuhnya

Hahahaha..

Kalu dah Pakar Ekonomi Negara kata bahawa 1Malaysia belum mengalami keadaan ekonomi pada paras yang paling rendah .... apa maknanyer tue... hahahaha

Maknanya... kalu sekarang nie kita tengok ramai yang dah tergolek dog pasai keadaan ekonomi yang teruk... kita sewajarnya bersedia untuk yang lebih teruk lagi dimasa terdekat nih... hahahaha...

Kalu sekarang boleh beli nasik lemak RM1 ... lepas nieh jangan terkezut bila harga nasik lemak dah jadi RM1.50 ... hehehe.. itu maknanyer ekonomi makin lembab... kalu sekarang nie banyak syarikat dan kilang yang dah bungkus... nanti jangan terkejut kalau kat Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur lagi banyak kilang yang mampus tak bernisan..

Tunggu dan lihat... eerrr... Najib Razak kata ekonomi dah makin stabil... nie aper punya cerita nih... kalu nak bodohkan diri sendiri takper la... ini nak cuba bodohkan 1Malaysia..... mangkuk ker aper...

Baca Sini : Ekonomi Malaysia belum merudum sepenuhnya

09 July 2009

Urusniaga Haram

Hahaha...

Sejak biler plak Malaysia bukan jadi tempat sesuai untuk buat urusniaga haram peringkat antarabangsa? Dulu anak Pak Lah pernah jadikan Malaysia tempat urusniaga haram antarabangsa melibatkan isu teknologi nuklear... teknologi yang diharamkan diekspot ke negara-negara tertentu..

La nie kita terlibat pulak dengan isu Korea Utara... err... dengar khabar ader bank tempatan terlibat memudahcarakan urusan kewangan berkaitan dengan pemindahan dan penjualan teknologi berkaitan nuklear.... Ini cerita teknologi yang boleh buat senjata nuklear...

Bank yang terlibat tue... dengar khabar milik UMNO/BN ... hahahaha... tengok tue... UMNO/BN la yang terlibat.. bukan Pakatan Rakyat.. bukan PAS... bukan DAP .... bukan PKR ... tapi UMNO la bhai... UMNO jugak yang menjadi dalang benda-benda haram nih.. hahaha

Kantoi... kantoi....

So... macam mana nak kasi cover cerita nieh... orang kat hulu besut pon dah tahu... inikan pulak orang kat Cyberjaya.. hahahaha... mana nak cover nih...

So lepas nie kalau Malaysia kena sekatan ekonomi dek kerana mangkuk-mangkuk nie punya hal (UMNO/BN) .... rasanyer mau la kena pelangkong UMNO/BN nih... alamat boleh kalah teruk pada PRU13 nie...

Kengkawan semua... inilah peluru yang boleh korang gunakan di PRK Manek Urai... kalu nak belasah UMNO/BN .. nie la caranyer... bagitau semua para bakal pengundi kat sana... Bank milik UMNO/BN terlibat dengan urusniaga haram yang melibatkan penjualan teknologi senjata nuklear yang boleh menyebabkan Malaysia dikenakan sekatan ekonomi macam Libya, Iran, Iraq dan sebagainya...

Baca Sini : Bank Tempatan terlibat dengan urusniaga haram senjata nuklear

04 July 2009

Haram Jadah Punya Syarikat Insuran

Sapa agaknya pemilik syarikat Insuran kat Malaysia nie... adakah ianya milik orang Pakatan Rakyat? Jika ianya milik orang PR.. patutnya diorang akan rasa malu atas perbuatan diorang..

Syarikat Insuran adalah penipu.. Syarikat Insuran adalah penyamun.. Syarikat Insuran adalah perompak ... Syarikat Insuran adalah pemeras ugut...

Kalu lu tak ambik Insuran kenderaan motor... lu tak boleh renew cukai jalan... kalu lu tak renew cukai jalan... lu boleh kena saman.. lesen kena gantung... silap-silap.. kalu terlibat kemalangan.. lu boleh kena penjara... teruk beb..

Tapi kalu lu ambik insuran kenderaan motor... ader kemalangan.. lu claim... hampeh jer yang akan dapat.. dia akan cover cuma 70% dari nilai semasa kenderaan lu (bukan 70% dari nilai yang lu bayar coverage itu hari)... itu pun bergantung dengan "auditor insuran" tue punya kepala... kalau boleh syarikat insuran tidak akan bayar sesen pon kat lu... macam-macam putar belit dier...

La nie.. kalau kereta/motor yang lebih dari 10 tahun ader bangsat punya syarikat insuran tidak akan nak cover insuran... diorang akan tolak.. macam-macam alasan yang diberikan..... bangsat punya syarikat Insuran.... SC dan Bank Negara pon tak boleh nak control benda nie... punya la beasr kepala syarikat insuran nih..

Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) bukan tak tau... tapi sengaja buat tak tau... Gua rasa apa kata kita semua rakyat Malaysia boikot tak nak bayar insuran am nih... kita bantah... kasi bungkus semua syarikat insuran yang besar kepala nih.... kasi ader akai skit..

Gua dari dulu lagi memang asik maki jer (berbakul-bakul) terhadap industri insuran nih... semuanya penipu, penyamun, perompak dan pemeras ugut.... dari industri Insuran Takaful sampailah Insuran konvensional... semua macam setan.... tak boleh percaya...

Baca Sini : Kereta Tua Tidak Dapat Diinsurankan

Pelabur Sudah Lari

Hahahaha...

Apa nak jadi ngan Najib Razak... bukan setakat orang kat dalam malaysia jer yang tak percaya kat dier... Malah orang luar negara pun tak percaya... hahaha...

Bukan setakan budak-budak... tapi bapak budak... bukan setakat peniaga pasar malam... tapi konglomerat asing... hahaha... kantoi la macam nie.. Kata ekonomi dah ok ... absi tue apa semua nie..

Adakah semua ini mainan ketua editor media cetak milik UMNO/BN secara sengaja ataupun secara tidak sengaja.. kalau sengaja.. sila lah pecat jer ketua editor tue... ketua editor yang macam nie bukan nak memperbaikkan keadaan... tapi kasi taruh garam atas luka... hahaha..

Najib Razak... apa lagi tunggu .. kasi pecat semua ketua editor nih... buat malu lu jer... tak boleh pakai punya ketua editor... tak boleh diharap... harap kan pagar... pagar makan padi... hahahaha

Itu lah.. kalau dah biasa buat fitnah... mesti kalau sehari tak dapat buat rasa macam pelik.... hahaha .... so... apa tunggu lagie... caa aliff but ... hahaha

Baca Sini : Ekonomi Goyah, Pelaburan Kurang

26 June 2009

RM3 Bilion Royalti Petroleum Untuk Terengganu

Banyak tue....

Patut la Idris Jusoh ngan geng-geng dier mengamuk sakan.. siap nak bergocoh dengan Ahmad Said dan geng-geng dier... Hishamuddin auw-auw pulak konon nak jadi orang tengah... aper hal nak jadi orang tengah...

Duit sebanyak tue... mana boleh kasi Ahmad Said handle... dier mana pandai handle... Idris Jusoh jer yang pandai... sebab tue la macam-macam projek "bodoh" yang dapat kita tengok masa Idris Jusoh jadi MB kat Terengganu dulu,... habis kering "linchin" (kata orang kedah) disapu dek Patrick Abdullah Badawi ..... hehehe

RM3 bilion tue banyak tue.. kalu buat joli katak... ambik masa lima enam bulan la... hehehe.... tapi kalau ikut faraid... rasanyer dalam 3 hari jer boleh selesai... hahahaha..

Ahmad Said.... gua nasihatkan kat lu.... itu jambatan kat Bukit Kuang, Kemaman tue lu kan dah janji nak buat 6 lorong (janji masa kempen pilihanraya hari tue).... so apa lagi mau tunggu.. duit dah ader tue.. mintak la payment cepat... boleh kasi setel itu jambatan.... teruk ooo.. hari-hari jem dalam 1 kilometer la... penat la... ingatkan kat kawasan luar bandar tak kena jem macam kat Shah Alam atau KL.. tapi kena gak...

Baik lu cepat mulakan buat jambatan tue... baru la naik nama lu kat Kemaman nih.. kalu tidak... abis ler disonglap oleh Idris Jusoh duit royalti tue buat repair jambatan kat Besut...

Lagi satu.. itu jalan nak pi KSB (Kemaman Supply Base) tue kena kasi lebarkan... baru ler kurang eksiden.. pas tue simpang nak masuk Perwaja dan KSB tue... lampu tak nyala la... pastue tanda arah tak clear... oh yer.. jangan lupa.. Kawasan Industri Teluk Kalong tue.. nampak tak macam kawasan industri... jalan berlubang... lampu jalan tak ader... centralised foodcourt pon takder... harapkan gerai haram tepi jalan jer...

Ini penting nih... Kawasan Industri Telok Kalong tue (ini kawasan industri Minyak dan Gas)... Streamyx pon cam sial.. harap kat ADSL jer... SDSL tak support pasai jauh dari exchange Telekom..... line telefon pun tergantung guna kabel overhead... Fiber Optic tak cover la kat sini... pastue.. WiMAX pon tak support... Pi suruh P1 WiMAX pasang access point kat sana.... gunakanlah power yang lu (Ahmad Said) ader sebagai Menteri Besar Terengganu....

Kalu kawasan industri Minyak dan Gas pon nampak cam terbiar... macamana la pelabur nak mari melabur... Lu tau dak ker.. kat sini banyak syarikat besar... Halliburton, Schlumberger, Scomi, Aldwich, Tanjong, PfcE, Perwaja, Alam Maritim, Dayang, UMW, Seca Dyme, Exxon, Chevron dan lain-lain lagie....

Kesian la kat sini... duit royalti minyak tue banyak tue... kasi la skit...

Selain itu, RM6.2 bilion lagi diberi dalam bentuk pembayaran royalti kepada kerajaan negeri Terengganu (RM3 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) dan Sabah (RM900 juta).


Baca Sini : Petronas Catat Hasil RM264.2 juta

25 June 2009

Keuntungan Susut

Susut.... macam mana boleh susut?

Takkan pasai harga minyak rendah pon boleh keuntungan susut.... Apa makna nih... berapa sebenarnya margin keuntungan bisnes? 10%, 20%, 30% atau 60%...

Macam mana agihan perbelanjaan dalam syarikat... ader yang terlebih bayar ker... atau kena pow dek orang tertentu... Macamana pulak dengan perbelanjaan luar jangka hasil dari "salah tadbir urus"....

Bonus kakitangan dan pengurusan atasan macamana pulak... piramid betul atau piramid terbalik... konsep macamana bayar... lumpsum atau berperingkat... kecairan modal macam mana... simpanan dan aset pula macamana..

Pengagihan dana mengikut anak syarikat macam mana pulak...

Rakyat nak tau semua tue... jangan didiamkan.... rugi (keuntungan susut) heboh satu dunia... tapi masa untung (keuntungan meningkat)... senyap sunyi.... camana nih...

Baca Sini : Keuntungan Susut RM89 Bilion

24 June 2009

Aper Ader Hal

Bukit Koman.... hahaha... koman betul la bukit tue...

Okeh... gua nak cerita sekit nih... Lu orang tau dak satu cara melombong emas adalah dengan menggunakan racun sianida (cynide)..... bahaya tuh... kalu lu ader tengok cerita JAWS III, tentu lu tau... Hero dier bunuh JAWS guna peluru yang dipasangkan sianida (cynide) pada hujung dier...

Bahaya bhai... racun tue..

Baru-baru nie Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menolak permohonan penduduk Kampung Bukit Koman untuk membatalkan keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meluluskan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek perlombongan emas di kawasan itu

Tapi... sebenarnya racun nie bahaya oooo.. camana pulak mahkamah boleh putuskan bahawa EIA tidak silap.... betul-betul gua pelik.. Kes dah sampai hukum Mahkamah... baru la Biro Pengaduan Awam (BPN) nak bertindak... bodoh ker apa... hukuman dah diputuskan..

Patutnya BPA bertindak sebelum Mahkamah berikan keputusan... tapi tidak... Iyerla.. kawasan Bukit Koman tue takder menteri, timbalan menteri dan sebagainya yang tinggal berdekatan.. jadi risiko kena macam-maacm bahaya takder kena kat depa...

Cuba kalau yang terkojol nanti anak menteri ker.. anak timbalan menteri ker... ataupun anak ketua UMNO kawasan atau bahagian... setakat UMNO cawangan ... aper ader hal...

Baca Sini : BPA akan bertindak

Shopping Sakan Nampak?

Aih... banyak betul duit diorang nak shopping nih... hebat nampak... bukan sikit tau... cuma RM50 juta jer.. hahaha..

Duit sapa?.... sebut betul-betul... duit rakyat..... duit seluruh rakyat Malaysia...
Sapa joli?... Khazanah....
Berapa banyak?... Lima puluh (50) juta saja.....
Kalu rugi?... Rakyat tanggung... lembaga pengarah khazanah lepas bebas...
Kalu nazak?... Duit KWSP, KWAP dan Tabung Haji kan ader.... hahahaha boleh bail-out..

Sesuai ka melabur masa nih? hahaha.. itu kena tanya EPU dan Najib Razak... depa kata ekonomi Malaysia tidak terjejas... ekonomi ader asas kukuh... boleh bertahan... rezab banyak...

Bodoh lagi membangangkan depa nih....

Baca Sini : Khazanah, Boustead bina KidZania

21 June 2009

Angkut Pakai Forklift

Hahaha...

Idea baik nih... dalam kegawatan ekonomi yang teruk nie... idea rompak mesin ATM guna forklift memang menarik.... boleh diterima pakai... hahaha..

Apa ker bodohnya pakai forklift... tue orang lain rompak bank guna Internet Banking jer... guna phishing website... dapatkan username dan password.. serta TAC... gua keylogger tools.. pastue rembat melalui Internet Banking... hahahaha....

Wei... sapa kata ekonomi Malaysia makin baik? Ketua Pengarah EPU? Menteri Kewangan? ... semua nie kayu jer... wei.. ekonomi makim teruk... bulan sembilan nih... (September)... ader ramai kawan-kawan kita yang kat GLC akan kena buang kerja... VSS, MSS dan macam-macam istilah lagie...

Masa tue kita boleh tengok banyak lagi insiden rompakan, curi dan jenayah lain... pasai apa... orang semua dah sempit, takder duit... Polis pulak dok kacau Pakatan Rakyat... ceramah tak boleh.. Pilihanraya Kecil boleh nampak ramai polis daripada orang kampung... hahaha...

Apa nak jadi la...

Baca Sini : Perompak gagal angkut ATM dengan forklift

15 June 2009

Duit berbilion disonglap bukan isu penting

Hahaha... Tu la gua dah cakap... Pandikar Amin Mulia nie memang kayu... buta dan tuli pulak tue... belajar mengira pun tak pandai... sebab masa dia takder PPSMI ... hahaha... pasai tue la dia tak boleh beza wang kecil dan wang besar... 

Wang disonglap berbilion dalam isu PKFZ di Klang pon pada dia bukan perkara yang penting... bukan isu berkepentingan rakyat.... Sebab tue la dier tolak usul Kit Siang kat Parlimen tadi... 

Sebab Pandikar Amin Mulia cuma boleh kira duit seposen dua posen dan paling banyak pon lima ratus ringgit jer... hahahaha.... dapat speaker kayu... bukan jenama BOSE atau MANEX ... hahaha 

Lu Percaya Tak?

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, jumlah pekerja diberhentikan di negeri Perak hanya 651 orang dan 568 daripadanya sudah berjaya mendapatkan pekerjaan semula.

"Jika dikaji semula, jumlah pekerja yang diberhentikan tidak membimbangkan kerana hanya 36 orang lagi masih berusaha untuk kembali mendapatkan pekerjaan," katanya. - Berita Harian Online...

Errr.... gua tak percaya la...

Takkan sikit sangat macam tue... awat.. betul ker kemelesetan ekonomi takder berlaku kat Perak... macam mana pulak boleh dengar beratus ribu kena buang kerja 1 Malaysia? Pelik gak...

Mana dier dapat statistik nie... tangkap muat jer ka...

Abis tue yang kena buang kerja tahun lepas dan tahun nie datang ramai-ramai dari mana.... Melaka? Perlis? Kelantan? Pahang? Sabah? ...... errr... macam tak percaya jer statistik yang mangkuk nie bagi...

14 June 2009

Baru Nak Tersedar?

Woi...

Dah lebih 50 tahun dah BN memerintah Malaysia... 50 tahun bhai... bukan sekejap... dah lama nih... Tapi baru la nie Najib Razak (a.k.a PM Malaysia) nak tersedar bahawa ramai orang miskin dan susah kat negara nie...

Yer la.. Najib Razak mana pernah hidup susah... tak pernah bersekolah berkaki ayam..

Patutnya dah lama ader usaha untuk membantu golongan susah dan miskin .. tapi... duit peruntukan JKM banyak disonglap oleh JKKK .... Elok ler tue dah sedar.. tapi kalau setakat sedar jer tanpa apa-apa usaha... baik tak payah sedar langsung...

Baca Sini : Rakyat miskin lebih dibela

10 June 2009

F&NCC Shah Alam Pun Kantul

Apa korang ingat syarikat kecik jer yang akan tumpor... Bhai.... yang besor pon boleh tergolek dog la... lagi besor lagi senang tersembam.... tegholap kaki tangan..

Nie mana dier mangkuk yang kata ekonomi Malaysia makin pulih... Mana dier Menteri Kewangan, Timbalan Menteri Kewangan.... mana EPU.... korang buta ker tuli?

Dah ekonomi sesak pon korang dok labun kat orang kampung yang ekonomi tengah baguih... korang nak bodo kan saper... beruk mat yeh .... tak payah lebong la woi...

Rentikanlah tipu orang kampung... nanti malu kalau kena temuramah ngan Al Jazeera ker... CNBC ker...

Baca Sini : 60 pekerja kilang F&NCC Shah Alam tertekan ditawar VSS

Model Baru Ekonomi?

Boleh percaya ker.... hahahaha...

PUTRAJAYA: Model ekonomi baru yang sedang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) akan melonjakkan kedudukan Malaysia daripada status pendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi, kata Ketua Pengarah EPU, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Beliau berkata, negara ini sudah berada pada status pendapatan per kapita di bawah AS10,000 sejak sekian lama berbanding negara lain seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Sampai masanya bagi Malaysia untuk berusaha mencapai tahap pendapatan yang tinggi dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Hahaha... lawak la ..... status pendapatan sederhana konon.. masih tak ngaku yang status pendapatan sebenarnya menciput... sapa yang sederhana...

EPU buat kajian berdasarkan senario mana? Kajiselidik tue sapa buat... cula berasaskan golongan mana?

Wei.. masih ader orang yang makan sipu babi la bangang ooi... tue dalam Bersamamu TV3 ader tunjuk... EPU buta ka? ataupun pekak? nak tipu orang kampung pun tengok-tengok la.. orang kampung dah pakai Internet la...

Lain kali.... kajiselidik tue biar "third party" yang buat... biar telus... cula kena tepat... nie tidak... ikut muat jer...

Baca sini : Model baru ekonomi lonjak pendapatan per kapita

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1