Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Geng 08. Show all posts
Showing posts with label Geng 08. Show all posts

22 August 2013

Geng 08 Lagi

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha.....baru sekarang kecoh pasai isu gengster nih.... Geng 08 dah lama ader kat Malaysia nih... cukup ramai keahlian dier.... Hahaha.... cuma ader dua puak dalam Geng 08 nih..... satu puak memang gengster abis.... memang kaki jenayah...

Manakala....

Satu lagi puak Geng 08 aderlah dari orang baik-baik... cuma IC diorang nih jer yang ader 08 sebagai kodnya.... hahaha.... orang yang lahir di Negeri Perak Darul Ridzuan.... hahahaha


SHAH ALAM - Polis Selangor memberkas tiga lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Padang Jawa, Klang selepas kejadian tembakan di Subang Perdana dan Lebuhraya Koridor Guthrie dekat sini, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata polis turut merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta beberapa butir peluru hidup daripada mereka.

"Ketiga-tiga suspek adalah individu dikehendaki oleh IPD Klang Selatan dan seorang darinya mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan samun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 26 dan 27 tahun dan berasal dari Klang dan Shah Alam itu akan ditahan reman esok, katanya.

Menceritakan detik sehingga membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek, Thaiveegan berkata sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah restoran di Subang Perdana kira-kira 2.30 pagi.

Hasil maklumat awal, polis tidak menolak kemungkinan mereka ke situ untuk melakukan samun ke atas restoran berkenaan, katanya dan menurutnya suspek memecut laju kereta sambil melepaskan dua das tembakan ke arah kereta peronda polis selepas diarahkan keluar untuk pemeriksaan.

"Kereta peronda polis terus mengejar suspek dari Subang Perdana sehingga ke Lebuhraya Koridor Guthrie dan ketika itu juga, suspek melepaskan tembakan (ke arah kereta peronda) namun tidak mengena.

"Ekoran kejadian tembakan itu, kita terpaksa meminta bantuan dari pasukan peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

Thaiveegan berkata sebaik tiba di Seksyen 20, Shah Alam, suspek sekali lagi melepaskan dua lagi das tembakan ke arah polis sebelum memasuki kawasan Padang Jawa dan kemudiannya Taman Sentosa di Klang sebelum terbabas dan melanggar sebuah Toyota Hilux serta penghadang jalan.

"Kenderaan rosak dan tidak boleh bergerak menyebabkan ketiga-tiga suspek akhirnya keluar dari kereta dan melarikan diri.

"Namun, dengan bantuan polis dari IPD Klang, seorang daripada mereka dapat ditahan manakala suspek kedua yang menyembunyikan diri dalam longkang berhampiran diberkas sejam kemudian manakala suspek ketiga diberkas kira-kira 9.15 pagi ini dalam kawasan kebun kelapa sawit di kawasan sama," kata Thaiveegan. - Bernama

16 February 2013

Geng 08

Bhai... Gua mengaku... Kat blog nih... hari nih... gua nak buat pengakuan... Kepada semua pembaca blog nih.... gua sudah 12 tahun mendapat gelaran Ayahanda... Tambah lagi gua termasuk dalam Geng 08 .... Ramai ooo ahli Geng 08 nih... kalu tak silap maklumat gua... ader lebih dari 5 juta keahlian dalam Geng 08 nih....

Samy Vellu pon khabarnya ahli Geng 08 gak.... lu jangan plak tak tahu.... Samy Vellu tue jugak aderlah Ayahanda dalam Geng 08.. Awie walaupun dier jadi Ayahanda PEKIDA... dier tetap anggota Geng 08.... Keahlian dier tak pernah berubah.... walaupun Geng 08 tak caj apa-apa yuran keahlian.... semuanya percuma....

Blogger MSK dan Manjung Mari pon kalu tak silap gua jugak berpangkat Ayahanda dalam Geng 08.... ramai ooooo ... memang ramai... Ooops... Lupa pulak... Zambry Kadeer dan Nizar Jamaluddin pon ahli dalam Geng 08 dan berpangkat Ayahanda...

Hahaha.... Kalu lu orang nak tahu lebih lanjut tentang Geng 08 nih.... lu orang boleh tanya dengan Ketua Pengarah JPN .... diorang tau lebih lanjut pasai nih...hahaha.....

Okeh la... nih gua bagi jawapan dier... hahaha..... Geng 08 walaupun sinonim dengan nama sebuah kongsi gelap (Kongsi Gelap Geng 08) yang bertapak di Lembah Kelang... terutamanya di Bandar Klang....

Tapi ianya hanyalah sekadar nombor siri pada kad pengenalan warga Malaysia yang dilahirkan di negeri Perak Darul Ridzuan.... hahaha... jangan mare....

Hahahaha..... No pun intended to Geng 08 .... hahahaha.... sori maaa... hahaha


GEORGETOWN (18/01/2012): Ketua kumpulan kongsi gelap dikenali Geng 08 yang sangat dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan pemerasan, mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis dalam kebun durian di Paya Terubong, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi, suspek dikenali sebagai Ah Jin, 52, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Ketua Siasatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata sebelum itu anggota polis mengesan suspek memandu kereta di Jalan Kampung Melayu selepas menerima maklumat awam.

Berikutan itu, polis mengekori kereta suspek sehingga lampu isyarat Flet Green Garden. Bagaimanapun, suspek bertindak memecut keretanya menuju Paya Terubong apabila menyedari dia diekori.

Apabila tiba di sebuah pondok menjual durian, suspek melanggar kenderaan polis dan cuba melarikan diri ke dalam kebun durian selepas memberhentikan keretanya.

“Ketika lari dia melepaskan tembakan ke arah polis. Anggota polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan mengenai suspek. Dia mati di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan aktif melakukan pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. Polis turut menemui sepucuk pistol .38 bersama suspek.

02 October 2012

Bila Kongsi Gelap Menguasai DAP

Bhai... isu yang gua nak bawa la nih.. agak berat... memang berat.. gua dah pikir berkali-kali... aderkah patut gua bawak naik... tambah pulak dalam keadaan pilihanraya umum ke 13 yang akan dijalankan dalam masa yang amat dekat nih.... tapi demi untuk masa depan Malaysia yang lebih berkat... gua terpaksa gak citer benda nih...

Ader member bagitau... kalu gua dedahkan benda macam nih... maybe gua boleh terbunuh... itupon kalu diorang dapat tau saper gua... hahaha... Alhamdulillah... sehingga hari nih.. kengkawan gua yang ramai duduk kat dalam Cawangan E di Bukit Aman selalu jaga keselamatan gua... Alhamdulillah... moga selamanya lu orang boleh jaga gua... Walaupun gua tau.. sebaik-baik pelindung adalah Allah Taala.... tapi  manusia aderlah sebagai pelaksana pelindungan dari Allah...

Okeh la.... lu nak tau dak... isu Kongsi Gelap nih dah agak lama... bukan sahaja ianya menguasai kegiatan underground (bawah tanah)... tapi kongsi gelap ini jugalah yang menguasai pasukan keselamatan didalam Malaysia... Malah parti politik pon tidak terkecuali... gua takmo nak citer pasai kongsi gelap Geng 08 atau kongsi gelap $ sign (dollar sign) .... tapi gua nak citer kongsi gelap yang dah masuk menguasai dalam DAP.... wei.. saper kata dalam MIC takder kongsi gelap... itu lain masa gua citer...

Seingat gua la... geng-geng kongsi gelap nih memula masuk menyerap dalam parti politik sekitar tahun 70'an... masa tue agen-agen kongsi gelap nih masuk dalam parti secara senyap.. tidak nampak kerja buat mereka... tapi... dari masa ke semasa... makin ramai yang masuk... malah dalam satu kes yang gua tau di Selangor... Kongsi gelap menguasai tiga cawangan DAP dan satu bahagian MCA... hebat... dari anggota kecik.. sampailah kepada ketua bahagian dan ketua cawangan... semuanya terpalit dengan kongsi gelap...

Baru-baru nih... ader member passkan maklumat kat gua ... dier kata jangan ingat kat Selangor jer ader kongsi gelap dah masuk dalam DAP dan MCA... malah kat Perak pon ader kongsi gelap yang menguasai parti DAP.... pergh... biar betul... lepas dapat maklumat camnie... gua pon kontek la kengkawan gua yang satu batch ngan gua dulu yang kini berkhidmat di D7 Bukit Aman....

So.. gua mintakkan pengesahan... diorang gelak jer kat gua... diorang kata... takkan la lu tak tau... lu dulu lagi banyak informer dari kitorang.... macam siot jer... takper.. dua minggu lagi gua pi Bukit Aman lu orang tau la... panas buntut nanti... hahaha..... So.. gua pon tanya dua member gua kat E1... aper citer nih... betul ker ader elemen kongsi gelap dalam DAP Perak.... diorang pon samer gak... gelak nak mampus.... diorang cakap... wei.. takkan E3 tak tau.... macam haram jer diorang gelak kat gua.... pundek la wei...

Hahaha... takper... takper... tapi rasanyer gua dah dapat agak jawapannyer... hahaha... jawapannyer ader dalam gelak-gelak diorang tue.. jawapan dier memang dah lama ader.. dan aper yang gua syak dan dari citer kengkawan gua yang mola-mola bawak citer tue... gua jamin ini yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak... DAP sudah dikuasai oleh kongsi gelap....

Kongsi gelap yang banyak terlibat dengan macam-macam jenayah... loteri haram, along, bunuh, culik, wang perlindungan dan macam-macam lagi....  ntah la.. aper nak jadi la...

Fuhh... "Ya Allah.... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Memberi Perlindungan, maka lindungkanlah gua .... ameen"

Sementara tue... lu orang baca kat sini dulu...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1