Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Samy Vellu. Show all posts
Showing posts with label Samy Vellu. Show all posts

11 September 2022

Strategi Terbaik Untuk Menang PRU15

Bhai/DeeDee semua...

Gua amat bersetuju tentang perkara ini.... Tawaran dari Anwar Ibrahim sendiri yang jika Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU15, maka PH akan melaksanakan siasatan dan audit forensik bagi kes Maika Holdings, MEID dan Mitra ...

Ketiga-tiga institusi ini adalah berkait rapat dengan Kaum India... 

Bayangkan dah lama Kaum India diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu yang telah mengaut keuntungan besar atas Maika Holdings, MEID dan Mitra ini... terutama dari puak-puak MIC dan PPP..

Sure kalu tawaran ini diwarwarkan secara menyeluruh kepada semua kaum India... gua percaya sebahagian besar undi dari Kaum India akan berpihak kepada Pakatan Harapan... tambah lagi undi dari golongan muda yang dah terbuka minda mereka dan melihat sendiri bagaimana mereka ketinggalan dari arus perdana hanya kerana tindakan songlap yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dari kalangan kaum mereka sendiri...

Patutnya ... ader juga tawaran dari Pakatan Harapan untuk siasat dan audit forensik MARA, FELDA, FELCRA dan RISDA serta beberapa lagi kes lama termasuk kes terkait MCA .... terutama sekali kes FOREX dan PERWAJA... Kita nak tengok macam mana bersilatnya beberapa ekor mangkuk ayun yang ader dalam Malaysia nih..



16 December 2013

Bekas CEO Maybank Memang Gred B

Bhai/DeeDee sekalian...

Lu orang nak tau dak aper makna Gred B yang si Zamihan Ostad KDN yang ader title Dr tue dok canangkan kepada Zahid Hamidi......... Cuba lu orang agak-agak..... Hahahaha

Gred B tue bermakna.... Gred Bangang.....

Lu tak percaya ker.... Hahahaha... cuba lu tengok statement para Menteri-Menteri yang ader dalam Kabinet... takder satu pon statement jenis Gred A.... Kalo ader pon boleh kira dengan jari.... sebab statement jenis Gred A nih biasanyer menongkah arus.... Hahaha... Ala ... macam yang kadang-kadang Khairy Jamaluddin dan dulunya Saifuddin Abdullah slalu buat...

Cuba tengok statement Hassan Malek ..... harga ayam naik, beli daging.... tariff elektrik naik... pakai pelita ..... Hahahaha... Itu gua belum amik kira statement Adnan Mansor (Fraud) tue.... ataupon Ahmad Maslan..... Hahaha

Satu masa dulu... yang pegang title Raja Gred B (bertahap Sultan lagie tue) cuma Samy Vellu jer..... Hahaha... la nih biler Samy Vellu sudah takder dalam senarai Menteri.... penyakit Gred B tue dah menjangkit kat orang lain plak....

Korang jangan lupa... penyakit Gred B nih pon ader jangkit kat machai-machai UMNO.... sampaikan keluar statement....kalu tak stuju dengan Kerajaan... sila berambus keluar dari Malaysia ....

Hahaha... Machai-Machai UMNO/BN nih dah berapa kali diingatkan... kalu tak stuju dengan hukum dan undang-undang Allah Taala... sila la berambus keluar dari Bumi nih.... hahaha .... Same goes to para Sultan dan Raja yang takmo nak jalankan hukum dan undang-undang Allah Taala... sila berambus keluar dari ini dunia yer... sila pi cari dunia lain....


So... berbalik kiter kepada statement bekas CEO Maybank yang memang Menteri Gred B tue... iaitu kalu takmo nak bayar tol, sila guna jalan lain....  Aper ker bangangnyer statement tue... Boleh tak para bekas guru kepada Abdul Wahid Omar nih ramai-ramai jumpa dier dan ketuk sekeh kapla dier sekali sorang.... Hahaha...

Abdul Wahid Omar nih dulu mesti satu universiti dengan Ahmad Maslan tue... Hahaha... pasai tue la bangang dan bergred B.... hahaha ...

Buat malu Maybank lar.......

22 August 2013

Geng 08 Lagi

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha.....baru sekarang kecoh pasai isu gengster nih.... Geng 08 dah lama ader kat Malaysia nih... cukup ramai keahlian dier.... Hahaha.... cuma ader dua puak dalam Geng 08 nih..... satu puak memang gengster abis.... memang kaki jenayah...

Manakala....

Satu lagi puak Geng 08 aderlah dari orang baik-baik... cuma IC diorang nih jer yang ader 08 sebagai kodnya.... hahaha.... orang yang lahir di Negeri Perak Darul Ridzuan.... hahahaha


SHAH ALAM - Polis Selangor memberkas tiga lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Padang Jawa, Klang selepas kejadian tembakan di Subang Perdana dan Lebuhraya Koridor Guthrie dekat sini, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata polis turut merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta beberapa butir peluru hidup daripada mereka.

"Ketiga-tiga suspek adalah individu dikehendaki oleh IPD Klang Selatan dan seorang darinya mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan samun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 26 dan 27 tahun dan berasal dari Klang dan Shah Alam itu akan ditahan reman esok, katanya.

Menceritakan detik sehingga membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek, Thaiveegan berkata sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah restoran di Subang Perdana kira-kira 2.30 pagi.

Hasil maklumat awal, polis tidak menolak kemungkinan mereka ke situ untuk melakukan samun ke atas restoran berkenaan, katanya dan menurutnya suspek memecut laju kereta sambil melepaskan dua das tembakan ke arah kereta peronda polis selepas diarahkan keluar untuk pemeriksaan.

"Kereta peronda polis terus mengejar suspek dari Subang Perdana sehingga ke Lebuhraya Koridor Guthrie dan ketika itu juga, suspek melepaskan tembakan (ke arah kereta peronda) namun tidak mengena.

"Ekoran kejadian tembakan itu, kita terpaksa meminta bantuan dari pasukan peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

Thaiveegan berkata sebaik tiba di Seksyen 20, Shah Alam, suspek sekali lagi melepaskan dua lagi das tembakan ke arah polis sebelum memasuki kawasan Padang Jawa dan kemudiannya Taman Sentosa di Klang sebelum terbabas dan melanggar sebuah Toyota Hilux serta penghadang jalan.

"Kenderaan rosak dan tidak boleh bergerak menyebabkan ketiga-tiga suspek akhirnya keluar dari kereta dan melarikan diri.

"Namun, dengan bantuan polis dari IPD Klang, seorang daripada mereka dapat ditahan manakala suspek kedua yang menyembunyikan diri dalam longkang berhampiran diberkas sejam kemudian manakala suspek ketiga diberkas kira-kira 9.15 pagi ini dalam kawasan kebun kelapa sawit di kawasan sama," kata Thaiveegan. - Bernama

15 May 2013

Mandur Baru Kaum India - KIMMA Merajuk

Bhai... something yang lawak tentang Najib.... nih gua tak tau dier kan kena kan saper aaa.... maybe Najib Razak nak menghina MIC kot.... atau maybe Najib Razak nak kenakan PPP..... hahahaha..... Tapi yang paling gua pasti... Najib Razak nak kena kan  S. Nallakaruppan..... hahahahaha.... terbaek.... memang terbaek... sampaikan Parpukari pon tak terkata aper.... hahahaha.... samer kaum kan.... hahahaa

Sorang lagi yang terkena gua rasa..... aderlah Ketua Putera UMNO.... hahaha... saper nama "India" tue aaa... gua lupa lar... hahahaha.... sampaikan KIMMA boleh merajuk.... hahaha.... mau dapat kerusi dan jawatan kalu ..... buat demonstrasi jalanan la wei.... hahahaha...

Kalu KIMMA dah marah... PRESMA mesti akan samer marah.... hahahaha... Mahathir Mphamed lagi lar marah.... kaum dier sekor pon takder dalam Kabinet Dapur Najib Razak nih.... hahahaha...


Mandur Baru Kaum India - KIMMA Merajuk

Pelantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, yang bertegas bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf.

"Tahniah kepada Waytha sebagai mandur India terbaru! Samy Vellu baru," kata Uthayakumar dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Uthayakumar berkata, adiknya itu telah dipecat oleh majlis tertinggi Hindraf pada 25 April kerana mengkhianati tuntutan 18 perkara Hindraf dan kerana menyertai BN.

Beliau mendakwa Waytha (berbaju oren) telah beralih oleh agenda peribadinya dan mendakwa adiknya itu adalah seorang oportunis politik. Uthayakumar berkata beliau adalah pemimpin Hindraf yang sah bukan Waythamoorthy, yang hanya mengambil alih gerakan itu semasa beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau menegaskan bahawa perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007 diadakan di bawah arahannya dan bukan Waythamoorthy. Ekoran itu, kata Uthayakumar, beliau akan terus menerajui Hindraf dan 'perang terhadap BN'.

Kimma juga kecewa

Waythamoorthy pulang ke tanahair pada 1 Ogos tahun lalu selepas hidup dalam buangan, dan aktif mengetuai satu kumpulan dalam Hindraf. Kemuncak aktiviti beliau ialah menandatangani memorandum persefahaman antara BN dan kumpulan Hindraf yang diketuainya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Kimma Muhamad Johan juga mempersoalkan pelantikan Waythamoorthy kerana Hindraf pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum ini.

"Beliau merupakan seorang yang telah huru-harakan negara dan telah memburukkan imej Malaysia di luar negara," katanya di laman Facebooknya.

Muhamad berkata Kimma telah bersama BN selama ini dan "akan sentiasa kekal bersama BN, akan tetapi segala usaha kami dikuburkan".

"Adakah demonstrasi jalanan sahaja merupakan cara bagi Kimma untuk diiktiraf?" soalnya.

23 December 2012

Alamak... Dah Mampus...

Bhai.... Lu tau kan itu Lim Keng Yaik dah mampus dah... Alamak.... dah mampus... tak sempat nak dakwa dier kat mahkamah atas tuduhan rasuah... Wei... Mangkuk tue pon spesen gak dengan Mahathir Mohammed... Samer gak ngan Ling Liong Sik.... Terpalit dengan banyak kes rasuah dan salahguna kuasa...

Nih biler dah mampus... Nak bicarakan pon tabley.... Harap Mahathir Mohammed lambat lagi la mampus... Sebab nanti ader chan la kiter seret mamak sekor nih ke Mahkamah... bicarakan dier dalam kes rasuah berbagai... Bab salahguna kuasa tue rasanyer mau bertimbun penuh meja...

Itu pon kalu kiter dapat bersihkan dan teluskan institusi kehakiman di Malaysia... Kiter bersihkan dulu Peguam Negara... Dan seluruh kakitangan Jabatan Peguam Negara... Kat sini berlambak manusia yang tak takut kat Allah Taala... Sebab tue la diorang berani cover up semua kes rasuah dan salahguna kuasa...

Tapi .... Kalu Mahathir Mohammed mampus awal... Tak berapa nak syok la... Mesti anak dier si Mirzan tue akan amik tindakan bunuh diri macam masa dulu... Kan dulu dier nih pernah cuba nak bunuh diri...

Satu jer yang gua nampak... Terbaik kiter kena kekalkan dan sokong Najib Razak... Sebab kalu Najib Razak masih ada... Muhyiddin Yassin tabley nak bergerak... Kalu Najib Razak jatuh... Mahathir Mohammed akan berkuasa semula... Dan dier akan gunakan proksi dier si Muhyiddin Yassin tue...

Si Muhyiddin Yassin nih pon banyak gak kes rasuah dan salahguna kuasa dalam tangan dier... Tunggu masa jer nak kena dedahkan.. Tapi aaaa... Kalu SPRM masih tak bersih... Samapi kesudah la takkan dapat dibawak bicara kes macam nih....

So... Mahathir Mohammed jangan mampus dulu... Sebab kalu mampus... Kurang sejam mesti Mirzan akan bunuh diri punya.... Hahaha..... Mesti Mirzan akan makan banyak ubat tidur atau dier terjun dari KLCC.... Hahaha... Taknak la mampus cara camnie .... Terbaek nak mampus kalu aderlah masa bicara... Mati bunuh diri masa kena bicara.... Hahaha....

25 May 2010

Lawak La Krisis MIC Nih

Memang la lawak... betul-betul lawak la krisis MIC nih... lebih lawak dari rancangan Raja Lawak Astro... hahaha... V. Mugilan memang sohih dibacking oleh UMNO.. dah lama dah... sama gak ngan P. Kamalanathan... takkan la orang ramai tak tahu..

Cuba perhatikan balik kempen P094 di Hulu Selangor hari tue... sapa yang dok berkempen bagai nak rak... saper yang abis modal bantu P. Kamalanathan ...semua tue UMNO la... Mola-mola diorang nak letak V. Mugilan... tapi Samy Vellu tak nak terima calon lain selain G. Palanivel...

Ader la bergaduh skit... at last.. P. Kamalanathan yang dipilih...

Ini... timbul plak Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)... saper yang punya idea... saper yang punya sokongan.. saper yang punya modal nih.. hehehe... sure la datang dari UMNO...

Yang jadi batu api dan kasi cucuk sana sini dalam kes MCA pon UMNO jugak... hahaha.. la nih .. MIC pulak jadi mangsa UMNO... dulu pernah PPP menjadi mangsa UMNO... hahaha

Cover walau macam mana sekalipun .. lama-lama kantoi gak.. hahaha...

06 May 2010

Sudah Dapat Ka Duit Selebihnya

Woi tuan tuan puan puan orang kampung..... Felda Sg Buaya... sudah dapat ka duit selebihnya??? sudah dapat ka duit balance??? Takat dapat RM1000 dan kertas kosong tulis RM49000 ... aper ker jadahnyer...

Patut yang lagi RM49000 tue dah dapat tunaikan dah.... nih gua dengar citer... senyap jer... duit tak ader lagi.... belum boleh tunaikan....

Hahaha... sekali sudah ke tipu lagi... patut dapat RM490000 ... tapi.. yang dapat cuma RM49000..... itupon kertas kosong jer... hahahaha.... haramjadah betul... senang kena tipu... siapa yang kena... Orang Melayu gak yang kena tipu....

Orang Cina kat RASA .. plak untung..... dapat dah cash kan cek bernilai RM3 juta tuh... hahaha .... kan untung camtue... ini tidak... pakat kena tipu jer la orang Sg Buaya...

Kalu nak dapat balance nyer.... hahaha... senang jer... doa kasi mati cepat itu P. Kamalanthan...... baru ader PRK lagi sekali... hahaha... errr.. dah nak masuk 2 minggu dah nih... tapi tak nampak pon bayang P. Kamalanathan nak sewa mana-mana rumah kat Hulu Selangor nih....

Dier dah pindah masuk senyap-senyap ker... cuba korang cek kat mana-mana Felda... dier sure takkan lepak kat estet punya.. pasai dier terlebih Melayu dari orang Melayu di Felda... hahaha....

Atau... dier pon sudah kong kali kong... tak mau pindah ke Hulu Selangor.... setakat bukak opis jer .. hahahaha... pindah.. sori la bhai... haram dier nih akan pindah punya...

Tapi... apa-apa pun.... gua saspek la kat orang Sg Buaya (Crocodile River).... sebab mudah sangat kena tipu... hahaha... orang Melayu... bagi kertas jamban pastu tulis RM49000 pon diorang sure percaya punya... tapi kertas tandas tue takder value... sama macam Samy Vellu... suda tada value... hahahaha...

Yabedabedu... senang aaaa.. nak tipu Melayu nih.... hahahaha

13 September 2009

Tahniah Samy

Sori aaa... gua dah lambat nak ucapkan tahniah kat Samy Vellu...

Kalau la Samy takder dah.. sure tak best dunia politik Malaysia... macam ader yang kurang jer.. hehehe...

Apa-apa pun team Samy gak yang menang.. bagus la cam tue... Samy memang jujur biler kata yang MIC kalah bukan pasai Samy Vellu tapi pasai BN ... yer betul BN memang orang dah tak suka...

Kesian kat MIC dan Samy Vellu .... jadi mangsa...

Oh yer.. lupa nak ucapkan tahniah gak kat Che Det pasai akhirnya ader gak akhbar Tamil (satu bangsa dengannya) yang nak temuramah Che Det pasai MIC ... hahaha... tahniah la... Che Det buat temuramah tue dalam bahasa apa.... Bahasa Tamil ker? atau Malayalam? ... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1