Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label MiloSuam. Show all posts
Showing posts with label MiloSuam. Show all posts

02 May 2013

Kami Semua MiloSuam

Bhai.... Nampak gayanyer... SPR akan cuba sedaya upaya mereka untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) by hook or by crook.... semua cara dah dibuatnyer... dan inilah Pilihanraya Umum paling "bangsat" dalam sejarah Malaysia..... Penipuan demi penipuan dibuat dan direkacipta semata-mata untuk memberikan kemenangan kepada BN.......

Gelombang ABCD (Asal Bukan Cap Dacing) memang menerujakan.... disana sini rakyat marhaen bersedia untuk menolak Barisan Nasional.... yang yang bodoh dan bangang sahaja yang masih kekal bermentalitikan Cap Dacing..... walaupun dikala sistem imperial ditukar dengan sistem metrik .....

Semalam seorang blogger pro-rakyat telah ditahan atas kesalahan  mendedahkan "cakap berbelit" pengerusi SPR ....siap dengan fakta dan bukti.... tetapi hanya dengan dua laporan polis (satu daripada laporan polis tersebut dibuat sendiri oleh polis) ... berdesup tindakan diambil untuk menahan blogger tersebut (MiloSuam).... yang lagi lawak tue... siap dikatakan MiloSuam ingin lari keluar negara dengan menaiki kapal terbang.... walhal penangkapan berlaku di Tesco Setia Alam....

Jadi.... kepada semua blogger, facebooker, twitterer .... sila gerakkan usaha supaya massa amik tahu dan amik berat tentang kepincangan dan salahlaku SPR dalam PRU13 nih.... contoh paling utama salahlaku SPR aderlah dengan mengarahkan PBT untuk menurunkan bendera dan lambang parti yang tidak bertanding dalam PRU13 ... yang nampak sangat tidak adil dan berat sebelah...

Bila ader bendera PAS atau DAP yang diturunkan... atas alasan kawasan itu hanya PKR sahaja bertanding... walhal... bercambah bendera UMNO tercacak merata tempat... sedangkan UMNO tidak bertanding,.... hanya BN sahaja bertanding.... maka sepatutnya bendera UMNO juga dicabutkan..

Gua ...  seperti biasa.... akan bertindak mendedahkan lagi banyak salahlaku dan penipuan terancang SPR dalam memenangkan BN pada PRU13 nih... dan gua takkan berganjak atas perkara nih....

Sorang blogger kedalam... tidak bermakna terputusnya pendedahan salahlaku dan penipuan terancang SPR,......  Kami semua MiloSuam...

KAMI SEMUA MILOSUAM....

SOLIDARITI UNTUK MILOSUAM


MiloSuam Ditahan: Sori Aaa.... Unsangkarable

Bhai.... sori aaa... unsangkarable la... gua tak sangka PDRM akan buat kerja macam nih.... sampaikan blogger MiloSuam ditahan..... pelik sungguh... yang lagi best tue... kengkawan gua yang ramai kat Jabatan "E" Bukit Aman pon tak sangka benda nih akan dibuat oleh pihak-pihak tertentu dalam PDRM....

Bukan aper... tindakan PDRM menahan blogger MiloSuam memang akan menyebabkan PDRM mendapat persepsi bahawa ianya berada dibawah telunjuk BN... sungguh... dalam pada beberapa pegawai atasan dalam PDRM cuba untuk mengurangkan persepsi PDRM aderlah barua BN.... ader plak pegawai yang menyusahkan lagi... aper daa

Pening aaa.... semua orang kat Jabatan "E" tahu yang tindakan menahan blogger secara "berpilih-pilih" aderlah satu tindakan yang tidak wajar... tapi nak buat camana... ader tangan yang lagi besar dibelakang semua ini.... Cakap-cakap di Bukit Aman menunjukkan bahawa tindakan ini sebenarnya sengaja dibuat oleh beberapa orang sebagai mensabotaj BN.... tapi yer la... kiter sumer bukan tau pon isi hati orang... kan.. kan ... kan...

Gua percaya.... penahanan berpilih terpilih ini memang akan menyebabkan BN lagi teruk situasinya.... jika blogger yang mengeluarkan bahan lucah dibenarkan bermaharaja lela ..... tanpa dikenakan tindakan.... secara otomatik... reputasi dan persepsi rakyat terhadap PDRM dan BN lagi merudum...

Aper-aper pon jangan riso... InsyaAllah blogger MiloSuam tidak akan diapa-apakan semasa dalam tahanan di Bukit Aman.... sebab ader banyak mata (kengkawan gua) di dalam Jabatan "E" Bukit Aman yang akan memantau perkara nih... harap bersabar jer la....

P/S : Untuk makluman... sila jangan tulis apa-apa komen pada blog MiloSuam untuk beberapa hari nih bagi mengelakkan lu orang kena "trace" .... hehehe.....

P/S/S : Untuk kengkawan BOND gua nih.... jangan la main kasar camnie... nanti lu orang jugak yang susah... "mann-mann" sudah la.... Oh yer... kes PapaGomo siarkan gambar sulit dalam KapalSelam yang termaktub dalam OSA tue biler nak siasat... dan biler lak PapaGomo nih nak ditahan dan didakwa menyebarkan bahan yang dilarang dibawah Akta Rahsia Rasmi.....???? .... PDRM... PDRM....

Pasai 2 laporan polis (satu daripadanya dibuat sendiri oleh polis dan satu lagi oleh SPR) boleh kena tangkap.... tapi berpuluh laporan polis (satu pon takder dibuat oleh polis) terhadap PapaGomo.. takder kena tangkap... hebat....  sepanjang gua terlibat dalam agensi .... hanya beberapa tahun terakhir nih jer yang gua dengar polis sendiri yang buat laporan polis... mintak polis siasat..... lawak siot....... hahaha.... sendiri suruh sendiri siasat.... hahaha

(artikel nih ditulis sesampainya gua dirumah pukul 3.30 pagi) - selepas gua publish Voter Sentiment Ratio (VSR) untuk 1 May 2013

Bodohnyer blogger UBN...  MiloSuam ditahan di Tesco Setia Alam... takkan la nak naik kapalterbang pi luar negara  cuma perlu naik di Tesco Setia Alam..... Hahaha....  kalu bodo... diam-diam jer la.... hahaha .... Setia Alam dengan Sepang berapa jauh la bhai.... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1