Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Saspek. Show all posts
Showing posts with label Saspek. Show all posts

22 September 2024

Susah Ooo Mau Siasat

Bhai/DeeDee semua...

Ingat senang ka mau siasat kes pukul OKU ... susah oooo.... Lagi susah dari kes 1MDB ... Hahaha... 

Payah aaa..

Manyak Langsi Ooo


14 January 2021

Macam Mana Boleh Lantik Pedofilia

Bhai/DeeDeeSemua

Nampaknya punya lah takder pilihan sampaikan tertuduh @ saspek Pedofilia (yang dilepaskan tanpa dibebaskan) dilantik menganggotai Jawatankuasa Parlimen berkaitan Wanita, Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial (PSC)...

Teruk betul lah siapa yang mengusulkan dan melantik ini...

Mamat Pedofilia (Shahidan Kassim) nih tak lagi terbukti tidak bersalah.. cuma sekadar mangsa kes tidak mahu meneruskan dan disoal berkaitan kes ini... Mangsa yang trauma ini pastinya terlalu trauma ataupun telah diugut...

Dalam banyak kes diseluruh dunia.... biasanya mangsa Pedofilia akan diugut sama ada oleh ahli keluarga mangsa sendiri (demi untuk menjaga nama baik keluarga) atau diugut oleh saspek kes yang biasanya sama ada dikalangan keluarga mangsa sendiri ataupun orang lain yang mempunyai kuasa atau wang ringgit.

Banyak kes macam nih susah nak diselesaikan... sebab ugutan yang dilakukan terhadap mangsa...


Apa pun... tindakan melantik Shahidan Kassim menganggotai Jawatankuasa Parlimen berkaitan Wanita, Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial (PSC) adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar sama sekali. Bagaimana seorang saspek pedofilia boleh dipilih dan dilantik amatlah tidak bertepatan. Nak kata Shahidan Kassim telah insaf tak diketahui lah pulak.

Ader paham ka?


Muka-muka yang melawan pregoratif Raja Perlis




05 August 2013

Suspek Penculik Aisyah Dicari

Bhai/DeeDee sekalian...

Mintak tolong cari dan bantu untuk kesan dimana suspek ini berada. Dipercayai suspek ini telah menculik adik Aisyah di Jusco Rawang.....

Mohon bantuan semua.... #FindAisyah ....

UPDATE : 1.43 PM (Isnin) : Adik Aisyah telah dijumpai dengan selamat. Sekarang dalam kawalan PDRM. Terima kasih semua..



Hilang di Rawang Selangor ... Jumpa di Teluk Kumbar Pulau Pinang ... Gila betul lar...

31 July 2013

Hitman @ Pembunuh Upahan

Bhai/DeeDee sekalian...

Hitman @ Pembunuh Upahan juga aderlah manusia... dan sebagai manusia.. walaupun mempunyai hati batu (keras hati @ hati kering)... namun ianya tidak lari daripada kelemahan dan masalah peribadi.... Dulu... sekitar tahun 90'an... pihak Jabatan E di Bukit Aman ader dapat menahan seorang hitman @ pembunuh upahan...


Dier nih terkantoi biler mana dier tertinggal jejaknyer disebuah hotel cap ayam berhampiran dengan tempat kejadian pembunuhan dilakukan.... Sesi soalsiasat 72 secara berterusan dibuat disana.... Gua ingat lagi.... saspek nih dalam lingkungan umur 30'an jer... berbadan tak la besar mana.... takder tatoo pon... malah masa dier ditahan selepas dier buat kerja haram tue... dier hanya memakai pakaian pekerja pejabat jer... takder plak yang pelik..

Rambut tersisir rapi dengan minyak rambut yang tak la banyak mana... pakai cermin mata lagie.... Hahaha... kalu sekali imbas... lu mesti tarak sangka mamat tue kerjayanyer sebagai hitman @ pembunuh upahan... hahaha....

Masa kena soalsiasat selama 72 jam takder henti tue... masuk keluar ramai IO (Investigation Officer) samer ader yang jenis garang giler... samseng giler ... sampailah kepada yang jenis baik dan bersopan... sajer nak test mentaliti mamat nih... nak tau saper yang upah dier...dan nak tau siapa lagi sasaran dier selama nih...

Gua masa tue dalam proses belajar.....belajar menyoalsiasat.... errr... jadi agensi gua pi hantar kitorang (lima enam orang ke Jabatan E Bukit Aman) untuk belajar... hahaha

Hasilnyer... setelah 72 jam disoalsiasat dalam bilik berhawa dingin (paling sejuk) dengan air-cond dan kipas dipasang pada kelajuan tinggi... dan duduk atas kerusi besi panjang yang berat tue... dengan hanya berseluar dalam tanpa pakaian.... dengan kakinya direndam dalam bekas berisi air batu..... kepala otak saspek akhirnya "crack" jugak... akhirnya dier mengalah....  dan habis semua benda dier cerita.... siapa funder dier... siapa yang sponsor... siapa yang upah... macam mana dier terima duit.... siapa sasaran dier.... dimana dier dilatih.... dan macam-macam lagie... hahahah

Seingat gua masa tue saspek tak kena belasah pon... cuma dipsycokan secara mentaliti... hahaha.... tak dibagi tido walaupun sekejap... diberi air mimun dengan air ais yang sejuk.... diberi makan roti jer... itupon kalu dier nak bekerja sama memberikan maklumat.. kalo tidak lambat la dier dapat makan.... hahaha

Lepas dapat maklumat semua tue.... pergh... berterabur anggota Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat round satu KL... kumpul dan tahan ramai orang.... itu belum masuk lagi puak-puak Cawangan Khas yang keluar macam kelkatu cari saspek yang ader dalam senarai.... Hahaha....  Dengan kerjasama dari Agensi gua masa tue.... dapat la ditahan kepala besar disebalik semua tue... dan VVIP yang sponsor kes bunuh yang disiasat tue.... VVIP tue connection politik dier tahap tinggi ooo.... ader pangkat dan gelaran dari Sultan lagie....  siap pakai bodyguard.... tapi mencicit bodyguard dier lari biler diserbu oleh UTK.... hahahaha... lawak siot... walhal sekor-sekor bodyguard tue semua ader senjata api haram.....

Kesimpulannyer... once satu saspek hitmn @ pembunuh upahan dapat dikenalpasti.... hehehe... semuannya akan kena siasat.... jiran kampung dier... awek dier... mak bapak dier... even anak atau bini serta rakan sekolah.... hahahaha.....

Cuma dalam kes yang banyak sekarang nih.... hitman @ pembunuh upahan ramainya bukan warga Malaysia.... banyak datang dari negara asing... dari Thailand... Vietnam... Indonesia.... Philipines... malah ader hitman @ pembunuh upahan yang Kaukasian... dari Eropah.... pening aaa Malaysia nih.... Oh yer lupa... ader kes itu hari hitman @pembunuh upahan dari Arab dan Afrika.... pergh... majmuknya Malaysia nih..... Hahaha...

Berkaitan :

17 June 2013

Adakah Ini Juga Salah Anwar Ibrahim?

Bhai.... gua ader sedikit pelik bila macam berita camnie.... errr.... abang angkat.... Anggota Polis... mak tak bagi buat laporan.... tarik balik laporan asal.... errr....  banyak yang pelik aaa..... adakah ini juga salah Anwar Ibrahim? (no pun intended)....

Banyak persoalan disini... kenapa mak mangsa tak bagi teruskan isu... adakah mak mangsa takut dengan suspek.... atau......

Mmm...... something wrong somewhere.... hehehe


Remaja dakwa diliwat abang angkat

SUNGAI PETANI - Seorang remaja belasan tahun mendakwa dirinya diliwat oleh abang angkatnya dalam satu kejadian dekat Sungai Petani lebih kurang jam 6 pagi Jumaat lalu.

Suspek, lewat 20-an dikatakan bertindak menolak mangsa dalam keadaan tertiarap sebelum meliwatnya di mana kejadian berlaku di rumah suspek apabila mangsa menumpang tidur di rumah abang angkatnya.

Mangsa yang juga merupakan pelajar sekolah tahfiz bagaimanapun bertindak menarik balik laporan polis yang dibuat olehnya pada hari sama laporan dibuat.

Ini dikatakan atas faktor nasihat ibu mangsa supaya tidak memanjangkan kes tersebut memandangkan suspek dipercayai seorang anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan perubatan daripada doktor yang merawat mangsa sama ada berlaku kes itu atau sebaliknya.

Namun katanya, siasatan sedang dijalankan kemungkinan sama ada laporan pertama dibuat mangsa adalah palsu.

“Kita sedang siasat perkara itu (laporan palsu). Jika ada kes (liwat) kita akan siasat dan bawa pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1