Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

30 January 2015

Tak Tau Pi Tanya La...

Bhai/DeeDee semua...

Ini aper Suhaizan mengarut nih... Kalo tak tau motif dan tujuan pelukis tue pi la jumpa dan tanya sendiri... Tak payah la bagi komen macam bangang... Hahaha.. Cukup-cukup la machai-machai kaki ampu yang bersepah dalam UMNO, JATI, PERKASA dan ISMA.... jangan la tambah korum... Aper daa...



Kalo lukis gambar dari belakang tabley.. Lain kali semua jurufoto tabley amik la gambar dari belakang atau sisi... Salah tue... Kena semua amik dari depan... Maknanya.. Setiap kali abis aper-aper upacara.. Semua kamera / video kena kasik semak ngan PDRM... kalo ader yang terambil gambar dari belakang atau dari sisi... kenakam hukuman.. Tangkap dan dakwa...

Ader plak machai mengaitkan isu nih sebagai penghinaan kepada Melayu dan Islam.... Lagi la lawak siot... Biler masa aaa ianya menghina Islam dan Melayu... Melayu dan Islam tak kena hina la.... Kalo Sultan / Raja / Agong minum arak atau main judi atau main betina baru la patut ianya menghina Melayu dan Islam...

Aper daaa... Sampai dah tak tau beza dah antara aper itu Islam dan Melayu.... Bangang ker aper nih...



Satu lagi..... Dalam Sejarah Islam... Selama 1400 tahun lebih.... Mana pernah ader Ketua Agama.... Khalifah bukan Ketua Agama... Muhammad Ibni Abdullah tue pon bukan Ketua Agama tetapi dier Rasul Allah...  Melayu Malaysia ja memandai-mandai ader Ketua Agama Islam... Kalo Ketua Agama Islam dan keturunan dier betul boleh jadi contoh kehebatan Islamnya takper la jugak.... Nih banyak Ketua Agama dan keturunan dier kaki maksiat... Kaki zina... Kaki judi... Kaki arak ... Lagi mau sanjung dan angkat jadi Ketua Agama...

Agak-Agak la wei...

Islam tak perlukan Ketua Agama..... Kristian atau Yahudi mungkin la patut ader Ketua Agama....... Cukuplah Muhammad Ibni Abdullah itu sebagai Rasul Allah yang terakhir.... Jangan memandai-mandai nak buat kategori dan kasta dalam Islam...

By the way.... Lain la kalo mamat tue lukis gambar Agong dan Permaisuri dari belakang tak pakai baju... Kalu itu barulah dikira menghina.... Aper ke bdodh dan bangangnya la machai-machai kaki ampu nih... Geng Sarban pon boleh terpengaruh samer ka?

Lagi satu.... Sembah hanya pada Allah Taala... Muhammad Ibni Abdullah yang Rasul Allah tue pon tabley dan tak layak disembah.... Rasul Allah tue.... Ini kan pulak kaki maksiat lu orang mau sembah... Siap sampai ader yang sembah dalam keadaan ruku' dan sujud lagi... Bangang... Mana boleh sembah makhluk..... Syirik la wei... Sesat kesyirikan wei... Dosa besar yang Allah Taala tak ampunkan... Sila baca dan rujuk buku Hadi Awang bertajuk "Beriman Kepada Allah".



P/S : thanks buat Pok Dee sebab cover blog nih semasa ketiadaan gua.... Hahaha.. Lain taun gua belanja... Hahaa

TAMBAHAN : ini gambar yang kecoh kepoh tue...


29 January 2015

Razak Baginda Sebenarnya Tidak Keruan

Kah Kah Kah.

Ada pula pembunuhan biasa guna bahan letupan plastik C4. Itu baru perbunuhan biasa. Agak-agak kalau pembunuhan luar biasa guna cara apa? Bom Fosforus kah? Plutonium kah? menggunakan Bom Hidrogen kah? Atau menggunakan Bom Neutron? 

Hebat Malaysia. Pembunuhan biasa guna C4. Kalau ada pembunuhan menggunakan pisau atau parang, itu mungkin akan diklasifikasikan sebagai pembunuhan main-main sahaja kalau ikut pandangan Razak Baginda. Bagaimana pula kes pembunuhan Sosilawati? Apa kategorinya?

Kah Kah Kah.

Bagaimana pula kes Mona Fandey yang melakukan pembunuhan dengan cara kerat 18 bahagian. Adakah ini hanya pembunuhan skala anak-anak? Huh. Nampaknya Razak Baginda sudah semakin sewel. Terserlah sisi sebenar Razak Baginda yang tertekan hidupnya selama lebih 10 tahun ini. Tidak perlulah Razak Baginda berlakon. Lenggok badan pun orang boleh kenal.

Kah Kah Kah.

Kalau Razak Baginda dulu disabitkan bersalah, adakah dia akan mengatakan bahawa pembunuhan ini adalah pembunuhan biasa? 

Kah Kah Kah.

Kepada Razak Baginda. Jangan risau berkenaan kes ini. Ianya pasti akan menghantui anda sampai anda meninggal dunia. Orang ramai akan tetap ingatkan anda tentang kes ini. Dan pastinya tidur anda tidak akan lena sampai anda meninggal dunia.

Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu.

28 January 2015

Suka Kita Lah

Kah Kah Kah.

Suka kita lah mahu sokong atau tidak. Kita bukan tidak ada akal fikiran. Kita bukan angguk-angguk geleng-geleng "wa ampu sana wa ampu sini". Allah Taala beri kita akal fikiran, jadi kita kena gunakan ditempat yang sepatutnya. Pemimpin mahu masuk lubang tahi tak mungkin kita juga akan ikut sama. 

Kah Kah Kah.

Memang arahan macam ini nampak sangat kebodohan dan kebebalan tahap mengampu. Jangan guna agama untuk menjustifikasikan kenyataan bodoh diri sendiri. Jangan seret Allah Taala dalam kebodohan diri sendiri.

Kah Kah Kah.


Jangan ingat kami semua ahli biasa PAS bodoh macam pimpinan PAS yang gila kuasa. Kalau pimpinan PAS nak jadi bodoh, sila jadi bodoh sendiri-sendiri. Jangan babitkan orang lain.

Kah Kah Kah.

Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

25 January 2015

Tidak Perlu Pilihanraya

Kah Kah Kah.

Kalau mengikut idea Hadi Awang, Malaysia tidak perlukan Pilihanraya. Jika ada pilihanraya tentulah akan ada pergaduhan yang memungkinkan darurat. Berkemungkinan apabila ada pilihanraya akan menjadi penyebab rusuhan ala 13 Mei.

Kah Kah Kah.

Otak Hadi Awang amatlah bergeliga. Selepas ini tidak perlu Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil. Cukup sahaja dibuat lantikan ikut suka kepala otak pimpinan parti sahaja untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen. Sama seperti lantikan suka-suka tanpa merit bagi Ahli Majlis Bandaraya / Perbandaran yang sekarang ini digunapakai oleh orang politik.

Gila. Semakin lama dalam politik makin bertambah gila idea Hadi Awang.

Agaknya inilah saranan terbaik Hadi Awang sebenarnya kepada perwakilan Muktamar PAS pada Jun 2015. Tidak perlu ada pengundian dan pemilihan. Cukup sekadar semua lantik kekal ikut suka kepala pimpinan. Hadi Awang tidak perlu dicabar dalam pemilihan Muktamar nanti. Jika Hadi Awang dicabar pemilihannya, mungkin akan berlaku rusuhan ala 13 Mei dalam PAS.

Kah Kah Kah.

Dulu Hadi Awang takfirkan UMNO. Tapi kini tampaknya Hadi Awang sudah tarik balik takfir itu dalam senyap tanpa sedar. Memang kelakar.

Kah Kah Kah.

TAMBAHAN : Sebelum Hadi Awang mahu komen macam-macam, sila pastikan diri hadir dalam setiap Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat. Kalau asyik selalu ponteng, macam mana boleh dapat penerangan yang jelas dari parti gabungan. Dulu agaknya sewaktu bersekolah, berkemungkinan Hadi Awang selalu ponteng?

Pok Dee,
Tanjung Jara, Dungun, Terengganu

23 January 2015

Wat Hepeng To PAS Ganti UMNO?

Kah Kah Kah.

Patutlah slogan PAS Ganti UMNO sudah tidak digunapakai sebab PAS Terengganu sudah menjelma lebih UMNO dari UMNO. Kalau bab melabelkan dan maki hamun, semuanya PAS Terengganu yang boleh bolot. Malah PAS Terengganulah yang sentiasa perasan mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat Melayu di Terengganu.

Kah Kah Kah.

Mimpilah sampai kebulan, Terengganu tidak akan PAS berjaya pegang kembali kuasa negeri. Pesuruhjaya Negeri pun sombong dan perasan bagus. Perasan yang dia adalah Ahli Luar Biasa. Pandang sebelah mata pada ahli-ahli PAS peringkat bawahan yang semuanya dilabelkan tidak penting. Walhal untuk menjadi pemimpin pandai pula mahukan sokongan akar umbi. Itulah Istidraj yang Allah Taala berikan kepada Satiful Bahri ( PJ PAS Terengganu) yang sombong dan angkuh dengan jawatan yang dia sedang sandang.

Himpunan Harapan Semua sepatutnya menjadi Himpunan Mengharap Sangat Ada Sokongan.

Kah Kah Kah.



Pok Dee
Dungun, Terengganu

P/S : Admin C++ diberitakan "kurang sihat".  Harap doakan dia. Sementara itu biar Pok Dee kendalikan laman blog ini.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1