Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

06 April 2011

SPRM Diarahkan Berpindah

SPRM khabarnya telah diarahkan memindahkan semua pejabat dan ibupejabatnya kepada bangunan banglo setingkat demi untuk memastikan semua tahanan atau saksi yang sedang disiasat tidak mengalami nasib yang sama dengan dua orang yang mati terjatuh dari bangunan SPRM.

Kejadian yang berlaku hari ini telah mengejutkan banyak pihak apabila seorang tahanan/saksi telah dijumpai mati akibat dari terjatuh dari bangunan pejabat SPRM. Mangsa dikenali sebagai Ahmad Sarbani Mohamed berusia 56 tahun.

Khabarnya demi untuk mengelakkan imej SPRM daripada teruk tercalar... ada pihak di Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua pejabat SPRM dipindahkan dengan kadar segera. Ini untuk mengelakkan kejadian jatuh dari bangunan berlaku dimasa akan datang...

Jika selepas dipindahkan kepada pejabat setingkat pun masih ader berlaku kematian akibat dari jatuh dari bangunan SPRM... maka sewajarnya semua urusan SPRM selepas ini akan dilakukan ditengah padang...

Ada pihak berpendapat bahawa terdapatnya jin yang begitu ganas dan pemarah di semua bangunan SPRM yang mana jin inilah yang bertindak menghumban semua tahanan/saksi keluar dari bangunan SPRM dan jatuh ketanah.

Kemungkinan juga jin ini sebenarnya dibela oleh pegawai atasan SPRM ataupun oleh pihak ketiga yang berkepentingan. Diharapkan supaya Uncle Seekers dapat menjejaki dan menghalau semua jin-jin ini dari mendiami semua bangunan SPRM diseluruh Malaysia.

Kejadian terbaru ini mengingatkan gua kepada kes Rumie Azzan Malie yang mati jatuh daripada bangunan Jabatan Alam Sekitar Sarawak satu masa dulu... dan jugak kes Teoh Beng Hock dibangunan Plaza Masalam dimana pejabat SPRM bertempat.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1