Aper yang gua nak citerkan ni adalah satu benda yang akan menjadi panas dalam masa sebulan dua lagi ni.... dan memang akan jadi panas biler rakyat mula dapat cerita ni.... Dan ianya memang akan menyebabkan ader pihak yang akan goyah.... dan berkemungkinan perkara ini akan dibatalkan setelah dari pendedahan ini....
Untuk pengetahuan lu orang semua.... INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) ader 6 kampus yang terletak di Selangor (Bukit Kiara), Kedah (Sg Petani), Terengganu (Kemaman), Johor (Kluang). Sabah (Tuaran) dan Sarawak (Kota Samarahan). Lokasi semua kampus ini memang strategik dan tanahnya bernilai tinggi pada harga komersial.
Gua dimaklumkan bahawa ada pihak tertentu telah mencadangkan supaya 3 kampus INTAN digugurkan dari menjadi aset Kerajaan Malaysia dan ianya akan diletakkan dibawah inisiatif penswastaan. Ianya dijangka akan diubah statusnya pada bulan Mac 2018. Kakitangan INTAN di 3 kampus ini akan diberikan pilihan sama ada meletak jawatan atau kekal dalam perkhidmatan (yang akan diserapkan secara lantikan kontrak selama 2 tahun) dalam pentadbiran baharu.
Tiga kampus INTAN yang telah dikenalpasti akan diubah statusnya adalah;
- INTAN INTURA (Kampus Wilayah Utara - Sg Petani Kedah)
- INTAN INTIM (Kampus Wilayah Timur - Kemaman Terengganu)
- INTAN IKWAS (Kampus Wilayah Selatan - Kluang Johor)
Persoalannya....
Ketiga-tiga kampus INTAN ini terletak di lokasi bernilai komersial dengan keluasan tanah setiap satu kampus adalah lebih dari 10 hektar. Dan program penswastaan ini khabarnya akan melibatkan keseluruhan aset boleh alih dan tidak boleh alih.... Dan ini akan menyebabkan pemindahan milikan aset tanah yang bernilai jutaan ringgit.
Siapakah atau pihak manakah yang akan membuat untung besar dalam program penswastaan ini dengan kos pemilikan pada kadar paling nominal? Sebab kalau sekadar hendak buka pusat Institut Latihan tidak perlulah kepada kawasan yang seluas ini bagi setiap kampus
Ini belum lagi dikira prasarana infrastruktur yang telah siap dibangunkan sama ada dari segi kemudahan penginapan, latihan mahupun utiliti. Gua difahamkan pembekalan komputer dan peralatan pejabat di INTAN masih dalam kontrak tender yang sepatutnya akan tamat dalam masa dua tahun lagi. Bagaimana kontrak tender pembekalan ini akan diuruskan. Tidakkah sepatutnya pihak yang membekalkan diberikan taklimat lebih awal?
Alasan yang JPA serta MAMPU berikan bagi menjustifikasikan urusan penukaran status ini adalah atas sebab ada 368 ILA (Institut Latihan Awam) di Malaysia yang dikendalikan sendiri oleh pelbagai Agensi Kerajaan yang menyebabkan pertindihan kemudahan latihan yang agak ketara. Jabatan Penjara ada ILA mereka sendiri, Jabatan Bomba ada ILA mereka sendiri, APMM pun ada ILA mereka sendiri, PDRM pun ada..... RISDA, FELCRA, FELDA dan segala macam mak nenek semua ader ILA mereka sendiri....
Tambahan lagi yuran kursus di INTAN bagi kakitangan awam hanyalah sekadar RM30 bagi setiap kursus yang perlu dibayar sendiri oleh peserta kursus. (yang mana ianya akan dibayar kembali setelah urusan tuntutan oleh kakitangan awam dibuat di jabatan mereka sendiri). Nilai yuran ini dikhabarkan tidak pernah disemak sejak lebih 15 tahun dahulu.
Oleh itu....
Siapakah yang akan untung? Pihak manakah yang akan buat duit besar? Semua kos ini akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia secara umumnya... Bulan Mac hanya tinggal beberapa hari sahaja....
Hehehe ...... masyuk....
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???