Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ku Li. Show all posts
Showing posts with label Ku Li. Show all posts

20 August 2023

Akhirnya ...

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya ada juga suara yang meminta agak semua kepimpinan dalam UMNO bertanggung jawab atas kekalahan memalukan pada PRN2023 ... Hahaha

Mahukah UMNO Berubah?


"Kamu tak boleh salahkan seorang. Saya tidak bela Zahid atau sesiapa. 

"Kita hanya bercakap tentang menang dan kalah. Dan kepimpinan secara keseluruhan perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini," kata Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li. 

Ku Li berkata sekiranya Umno tidak berhati-hati, ia mungkin akan menyebabkan kehancuran kepada parti itu.

Tetapi.... yang kelakarnya.... pihak PH pulak yang terlebih membekap kepimpinan UMNO... hahaha... lawak siot..

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

02 November 2022

Cukup Cukuplah

Bhai/DeeDee semua...



Selama 48 tahun Razaleigh Hamzah menjadi Ahli Parlimen Gua Musang.... Satu masa yang cukup lama... Dengan berstatus seorang Anak Raja (Kerabat) .... Razaleigh Hamzah mendapat sokongan padu dari para pengundi terutamanya dari Orang Asli / Orang Asal..

Namun... selama 48 tahun itu juga tiada pembangunan yang mampan dapat dilihat di Gua Musang. Bandar Gua Musang macam itu lah jugak.. Ada orang kata memang ader la pembangunan kat situ... tapi pada gua itu semua sekadar pembangunan biasa-biasa jer oleh swasta...

48 Tahun... terceruk macam tu la jugak Gua Musang... Nak kata Ahli Parlimennya takder jawatan utama di peringkat pusat... macam lawak... sebab Razaleigh Hamzah nih pernah jadi Menteri Kanan.. menjawat jawatan Menteri Kewangan agak lama... patut boleh ja Gua Musang dibangunkan...

Keperluan dan pembangunan untuk Orang Asli / Orang Asal pun tetap takder... masih terpinggir lagi OA nih... walhal undi terbanyak datangnya dari OA nih la... Yer la... OA cukup hormat dengan golongan Kerabat dan Raja nih...

Tapi....

Tapi itu dulu... sekarang OA dah bukak mata... OA dah nampak... OA dah tau menuntut hak mereka... Hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia... Hak mereka yang lagi bagoosh dari hak-hak Orang Melayu ....Hak-hak Orang Asal...

Dan gua harap... mereka (OA) ini akan menggunakan kuasa undi mereka untuk melakukan perubahan... Cukup cukuplah OA nih dipermainkan.. Cukup cukuplah OA ini dinafikan pembangunan .... Cukup cukuplah OA ini dijadikan bola... ditendang kesana kemari... dijadikan batu loncatan...

OA perlu bertindak... jangan berikan undi anda pada calon yang tak perform... dah 48 tahun dah... cukup cukup lah... ini kali buat lah pengajaran kepada Razaleigh Hamzah..., kasi buang dia nih daripada arena politik negara....

23 August 2021

Mimpi Lah Ku Li

Bhai/DeeDee semua...

Kalu tengok daripada jadual aturan sidang Parlimen yang akan dibuka pada 6 September nih,... memang takder cara la nak ader sesi Undi Percaya bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri... Memang takder dalam senarai...

Malah Speaker pun tak mention benda ini...

Undi Percaya nih sekadar cadangan dan saranan dari YDP Agong ja... tak semestinya Perdana Menteri akan buat dalam Parlimen... dan ianya bukan sesuatu perkara yang mendesak mengikut Aturan Mesyuarat..

So.. nak buat atau tidak nih adalah prerogatif Perdana Menteri....  suka dier la... Hahaha...



25 December 2020

Kerakyatan Melayu?

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak besar biler baca citer tentang Razaleigh Hamzah nih yang dok bercakap pasai "Kerakyatan Melayu" .... Hahaha... wei... tak payah sembang la nak bagi cadangan yang konon macam cadangan baru... 

Selama nih pon Orang Melayu tetap mengkastakan kaum lain... tetap pandang rendah pada kaum lain... Pada orang Melayu... yang Melayu ja yang memang orang Melayu ... dan Melayu memang patut Islam

Tak percaya ka??

Tue... India Muslim.... depa panggil Mamak... mana ader orang Melayu panggil India Muslim itu sebagai Melayu...

Tue... Cina Muslim.... depa panggil Mualaf.... mana ader orang Melayu panggil Cina Muslin itu sebagai Melayu...

Takkan adernyer... Pada Orang Melayu... Jawa, Bugis, Karinchi, Bawean, Sunda, Aceh, Pattani, Solo, Batu Bara, Kampar, Minangkabau, Riau dan sebagainya hanyalah Melayu... Even orang Asal pon Orang Melayu tak declare sebagai Melayu...

Punya la berlagaknya orang Melayu nih... nih pulak Razaleigh Hamzah nak bagi cadangan nih... Gila ka apa?? Mau mati ka?? Ker memang sudah nyanyok... hahahaha

Patut la pun mangkuk nih terbuang dalam PN.... hahahaha .. level kain buruk ja dalam parti... hahaha... sama macam Mustapha Mohamed.... hahaha




18 December 2020

Punyalah Takut Dan Cuak

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Tengku Razaleigh (MP Gua Musang) memang memberikan masalah kepada UMNO... tapi disebabkan takut kehilangan sokongan dari Ahli Parlimen tersebut... dan jugak orang-orang yang kuat menyokongnya.... maka UMNO nampaknya takkan amik tindakan untuk merujuk Tengku Razaleigh ke Jawatankuasa Disiplin UMNO...

Ini menunjukkan bahawasanya UMNO sebenarnya agak goyah walaupun kelihatan pada pandangan umum akan kuat dalam Perikatan Nasional.


Setahu gua la.... terlalu banyak permintaan dari kepala-kepala besar dalam UMNO yang mahukan mendapat lebih kuasa dan jawatan... tapi BERSATU yang dikepalai oleh Muhyiddin Yassin memang tak akan bagi...

Ini sebenarnya mengancam kesepakatan dalam Perikatan Nasional... Tambah lagi dengan perangai PAS yang masih merasakan merekalah "king maker" yang amat berkuasa dan berwibawa.

Aper pon.... Ini semua akan teruji tak lama lagi biler usaha-usaha pembahagian kerusi parlimen yang akan mula dibincangkan dalam setahun dua nih.... Ini akan jadi perang besar... Ini akan jadi satu titik tolak sama ada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional akan kekal lama atau tidak...

Sebab .... semua Parti yang terlibat tetap berebut lokasi kerusi yang sama.... Yang untung nanti adalah MCA dan MIC ....  Mereka tetap akan dapat kerusi yang tak perlu berebut pun.... Hahahaha

29 August 2014

Kalaulah PR Menang PRU13 Dulu ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... tembelang dan perangai pimpinan PAS dapat kiter tengok la nih masa kes MB Selangor.... Hahaha... terbaek.... Hahaha

Cuba la kalu PR menang PRU13 dulu sampai boleh kuasai 1Malaysia.... Agak-agakyer la... berapa lama baru Malaysia nih akan ader Perdana Menteri aaa... agak-agaknyer la... ader berapa banyak nama yang PAS akan usulkan.....

Masa sebelum nak final PRU13 dulu ... PAS ader cadangkan Ku Li sebagai calon PM kalu PR menang... tapi lu ingat pimpinan PAS nak kasik jalan ka kat Ku Li kalu betul-betul menang PRU13... Hahaha... sori aaa... gua rasa aaa ngan Ku Li pon akan kena main gak.... Hahaha

Silap-silap.... ader chan kiter tengok kerajaan campuran @ perpaduan antara BN dan PAS bagi nak cukupkan korum selepas PRU13 kalu PAS menang banyak kerusi Parlimen itu hari....

Hahahaha.... lawak siot....

Saper kata Yahudi la paling kuat menipu dan mungkir janji...... Hahaha... saper kata.... Hahahaha

Ini bukan Janji Di Tepati... tapi sohih "Janji Di Capati"  ..... Hahahaha

P/S: Sekadar nak tanya Cikgu Pa ..... dah clear ka citer spenda putih tue?? alibi cukup kuat dan kukuh ka? bukan tuduh atau fitnah aaa... sekadar bertanya.... Hahahaha ... kalu betul ngaku betul.... biasa la kiter manusia mesti ader salah silap... kiter bukan maksum.... hahaha ... Lembaga Disiplin tak siasat dan buat keputusan ka??

22 July 2013

Menyanggah Penulisan Abdullah Ahmad

Bhai/DeeDee sekalian.... sori... artikel ini terpaksa gua tulis dalam Bahasa Malaysia piawai... sori berbanyak kali.. Ianya ditulis sebagai menyanggah penulisan Ahmad Awang yang diterbitkan di Sinar Harian......

Seperti yang semua sedia maklum, Abdullah Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO. Walaupun era beliau telah pudar dalam lipatan sejarah, namun atas dasar beliau merasakan dirinya masih releven dalam percaturan politik, maka ramailah yang taksub dan menelan bulat-bulat penulisan beliau. Saya banyak juga membaca penulisan beliau selama ini dan nampaknya Abdullah Ahmad masih tidak boleh lari jauh daripada paksi UMNO.

Abdullah Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas) pada pandangan peribadi saya sudah tidak relevan dalam suasana politik pasca melenia (pasca 2000). Ini kerana pandangan yang diterbitkan dalam hampir semua penulisannya tidaklah lari daripada mengampu kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tanpa dapat menyelami kehendak sebenar pengundi dan akar umbi rakyat marhaen yang terlibat.

Umum sedia maklum bahawa kemerosotan teruk UMNO/BN pada PRU13 bukanlah disebabkan kerana Pakatan Rakyat menjadi kuat akan tetapi ianya disebabkan kerana UMNO/BN sudah dilihat tidak releven kesinambungan politiknya serta hala tujunya yang kini nampak jelas dibelenggu rasuah, salahguna kuasa, pentadbiran pincang dan tidak menyelami realpolitik pasca melenia (pasca 2000)

Sebagai contoh, saya ingin mengupas dan menyanggah penulisan Abdullah Ahmad berkaitan dengan isu Pasca PRK Kuala Besut. Apabila membaca penulisan seperti dibawah ini

"Kemenangan BN Rabu malam depan bukan sahaja telah dijangka – kecualilah ALLAH SWT mentakdirkan sebaliknya – tegas 'a successful businessman' kelahiran Kampung Raja, “is a foregone conclusion”"

Memperlihatkan bahawa Abdullah Ahmad yang mengaku sebagai seorang penganalisis politik telah bersikap condong ke satu arah tanpa asas yang kukuh. Umum mengetahui bahawa dalam mana-mana pilihanraya, tiada satupun kepastian yang nyata melainkan setelah pengumuman keputusan oleh SPR, melainkan sememangnya diketahui walau macam-mana sekalipun keputusan pengundian, BN tetap akan menang. Adalah tidak wajar seorang penganalisis politik veteran yang "kononnya" bersikap bebas menjadi semacam mengugut dan mencabar "divine power" untuk mengubah keputusan mana-mana pilihanraya.

Saya melihat terdapatnya kecenderungan Abdullah Ahmad (yang masih lagi ahli UMNO) bersikap cuba melakukan gerakan sabotaj kepada Pakatan Rakyat dengan cara memuji-muji PAS yang "kononnya" akan lebih berjaya jika berjalan sendirian dalam PRU14. Umum sedia maklum bahawa cara sabotaj ini hanyalah mainan para "machai dan balachi" dan bukanlah sepatutnya dimainkan dan dimomokkan oleh seorang ahli politik (penganalisis politik) veteran.

"Kata ramai orang Pas, akan lebih berjaya bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam. Tetapi kalau Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang “di prop-up” oleh DAP dan PKR demi 'electoral strategy' mereka maka Pas, parti yang lebih tua dan lebih teruji, akan pada akhirnya rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13."

Tindakan Abdullah Ahmad memperkecilkan malah menghina Dr Ahmed Morsi dalam artikelnya memperlihatkan sikap sebenar Abdullah Ahmad dalam perjuangan Islam dan kenegaraan Islam. Sikap memperkecilkan tanpa melihat dari konteks yang lebih global dari segi geopolitikal menjadikan Abdullah Ahmad seorang yang kosong ilmu politiknya. Saya tidak terkejut jika mendapati bahawa Abdullah Ahmad  tidak tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku di Mesir serta bagaimana berlakunya insiden rampakan kuasa secara ketenteraan.

"jangan seperti Dr Mursi cuba melakukannya di Mesir mengemukakan isu-isu walaupun diminati dan mustahak dari segi ideologi tetapi juga yang dianggap 'divisive'. Prioriti 'Political' Islam, sebelum matlamatnya dilaksana, adalah untuk membawa perpaduan, kemakmuran, stabiliti negara dan rakyat terlebih dahulu."

Pada pandangan peribadi saya, Abdullah Ahmad sebenarnya kurang pengetahuan tentang pengaruh kuasa minyak dan gas serta Israel dalam isu Mesir. Seperti yang saya katakan, mungkin pembacaan dan pengetahuan Abdullah Ahmad hanya apa sahaja yang terhidang di media barat seperti CNN atau melalui Al Jazeera dan Al Arabiya serta kupasan cetek oleh media arus perdana di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Malay Mail dan sebagainya.

Maaf kata, tahap pengetahuan yang cetek inilah yang membuatkan Abdullah Ahmad menulis seperti ayam tanpa kepala dalam penulisannya di Sinar Harian. Sebagai seorang penganalisis politik veteran, sewajarnya Abdullah Ahmad menolak apa sahaja taktik dan teknik merasuah para pengundi di PRK N1 Kuala Besut. Tapi dari penulisannya, saya dapati Abdullah Ahmad semacam bersetuju dengan elemen rasuah "kononnya" atas kepentingan para penduduk dan pengundi di Kuala Besut.

Walau siapa pun kita, selagi mana kita mengaku sebagai seorang Islam yang mukmin, sewajarnya kita sentiasa menolak rasuah dan mempertahankan integriti. Namun sepertimana para pembaca blog ini tahu, saya pernah mengatakan bahawa di Malaysia, memang ramai orang Islam, tetapi terlalu ramai yang bukan mukmin.

Abdullah Ahmad adalah seorang ahli politik veteran, akan tetapi kupasannya terhadap politik (termasuk geopilitik) nampak tidak lebih daripada Ahiruddin Attan sahaja. Tidak mungkin seorang ahli politik veteran boleh berfikiran separuh matang seperti seorang editor media cetak yang terhutang budi atas pangkat gelaran yang diterima. Mustahil sungguh. Sewajarnya seorang yang veteran seperti ini mungkin boleh berfikiran lebih jauh seperti Hishamuddin Rais kalu pun tidak seperti Razaleigh Hamzah.

Kepada Abdullah Ahmad, jika anda atau sesiapa yang rapat dengan anda membaca penulisan saya ini, sila faham bahawa saya sama sekali tidak mengiktiraf mana-mana gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia. Oleh yang demikian, cukuplah saya memanggil anda dengan nama Abdullah Ahmad sahaja kerana inilah nama yang nantinya akan dipanggil oleh Allah Taala.

10 January 2013

UMNO/BN Teramat Risau

Bhai... lu ader dengar tak citer tentang Nik Aziz yang khabarnya akan bertanding di kerusi Parlimen... Hahaha..  ader hati orang tua tue nak bertanding kerusi Parlimen... hahaha... hebat... itu macam la pemimpin yang hebat.... aper salahnyer kalu Nik Aziz bertanding kerusi Parlimen... aper yang lu orang kepohkan..

Mahathir Mohamed pon masih lagi akan bertanding kerusi Parlimen... nama dier ader dalam senarai calon Muhyiddin Yassin dan jugak Najib Razak... dalam dua-dua senarai pon nama dier ader... maner gua tau... hahaha... ader la sumber gua... hahahah

Jadi... kalu sebab alasan umur... gua rasa tak releven... kalu nak kata tahap kesihatan... Mahathir Mohamed pon bukannyer sihat lagi... uzur gak... cuma pasai dier slalu cycle dier punya darah.... tue yang nampak ader sikit muda... tapi... Mahathir ader pakai battery support.... Nik Aziz takder.... hahaha

Ku Li pon dah tua gak... tapi masih lagi bertanding di PRU.... aper masalahnyer....

Atau... sebenarnya UMNO/BN dah teramat risau... manalah tahu... kalu Pakatan Rakyat menang majoriti undi nanti.... kot-kot Nik Aziz naik jadi PM... mana la tau kan... kalu Nik Aziz naik jadi PM... rasanyer ramai yang akan menjilat ludah dan menelan muntah mereka...

Malah tak mustahil Hassan Ali dan Ibrahim Ali akan menyembah melutut depan Nik Aziz memohon maaf atas tindakan mereka selama nih.... Tentang Nasharuddin Mat Isa.... gua rasa aaa... masa tue mesti dier akan melobi untuk satu jawatan... at least jawatan Timbalan Menteri ker aper ker... hahaha... macam la Pakatan Rakyat akan bagi muka kat diorang nih....hahahaha



14 December 2012

Ku Li Tidak Tercalon PRU13?

Bhai... Biaq betul nih... Dari sumber yang gua dapat... Ku Li khabarnya tidak dicalonkan pada PRU13 nih.. Alasan yang mungkin diberi adalah untuk memberi peluang kepada muka baru...

Ader orang diperingkat bahagian Gua Musang yang tak suka Ku Li jadi calon... Pasai Ku Li tak selari dengan pemikiran mereka... Malah pada diorang NGO yang Ku Li asaskan tue (Angkatan Amanah Merdeka) semacam menggugat diorang...

Soalan yang gua nak tanya nih... Kalu Ku Li tak jadi calon PRU13. Aderkah akan ader sabotaj besar nanti? Ntah la... Kiter tunggu dan lihat.

17 October 2012

Ada Apa Dengan Royalti?

Bhai... ader orang citer kat gua... buat aper la dok amik tau pasai R... pasai royalti... pasai NGO yang dok pongpang-pongpang hari-hari citer dan bagi input kat rakyat Kelantan pasai Royalti Petroleum...

Diorang cakap.. kalu betul la R nih bagoosh... kalu betul la Royalti nih menguntungkan negeri.. tentu rakyat negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak pon akan teruja dan bawak isu Royalti nih kat negeri diorang...

Bhai... ini gua nak bagitau lu... betul... dari satu segi ... isu Royalti di Kelantan tue memang hanya untuk orang Kelantan... orang lain tak perlu amik tau.... memang betul... tapi betul dari satu segi jer lar...

Orang negeri Perlis .. Negeri Sembilan.... Melaka .... tak perlu pon amik pot pasai Royalti... orang Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor pon tak perlu gak amik pot... hahaha...

Tapi..... Tapi jika ditakdirkan oleh Allah Taala, ader la jumpa minyak dan gas kat negeri-negeri yang lain nih.... agak-agaknyer... kerajaan negeri-negeri nih seperti Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Kedah, Johor, Perlis dan Negeri Sembilan tak mau ker nak amik duit royalti nih???

Takkan takmo nak amik bahagian dier... kan dah sign perjanjian pada tahun 1974...... hehehehe... kata la jumpa gak minyak dan gas nih lebih dari 3 batu nautika dari perairan negeri-negeri nih.... hahaha... takkan takmo nak rebut kot....

Bhai.... Allah Taala kalu nak bagi dan uji tue... senang-senang jer.... sekelip mata jer....  Dan gua memang mendoakan supaya negeri-negeri lain nih pon sama dapat jumpa minyak dan gas pada perairan lebih dari 3 batu nautika (ikut paras air surut) ... masa tue baru kiter dapat tengok... ader akai tak rakyat Malaysia yang kondem pasai NGO R nih..... hahahaha

Masa tue kita akan dapat tengok ramai yang akan berlakon jadi hero.... hahahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1