Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Analisis. Show all posts
Showing posts with label Analisis. Show all posts

13 August 2023

Analisis Gua Tentang Keputusan PRN2023 Bersandarkan Voter Sentiment Ratio (VSR)

Bhai/DeeDee semua...

Okeh... ini analisa singkat apa yang gua nak citer tentang Voter Sentiment Ratio (#VSR) bagi #PRN2023.

Pada petang 11 Ogos 2023, gua ader publish data VSR bagi 10 Ogos 2023 (untuk data pukul 11 Malam). Dan data itu ada gua publishkan dalam post sebelum ini. Manakala gua memang taknak keluarkan data VSR bagi 11 Ogos 2023 (pukul 8 Malam) seperti yang biasa gua akan publish. Data itu memang ada dan gua memang takkan publish.

Dan ramai dok pertikaikan data VSR tue. Takper la. Biasa dah tue.

Jadi pada pukul 11 Malam tadi (12 Ogos 2023), gua dah dapat data final dari #Agensi dan gua tallykan dengan data #SPR. Dan akhirnya dibawah ini juga gua publishkan data yang dah diproses ini.

Kesimpulannya.... Kalu #PMX masih taknak sedar lagi, tunggulah impak yang lebih besar pada PRU16. Ini menunjukkan pengundi agak kurang menyokong PMX.

Brace for the impact.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 


Post Boleh Dibaca Disini


02 November 2022

Jangan Silap Percaturan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 2nd November 2022

Bhai/DeeDee semua..

Semalam berlangsungnya dua pengumuman penting berkenaan calon pilihanraya bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Kedua-dua pengumuman ini amat dinantikan oleh rakyat yang prihatin politik. Ianya dilihat sebagai satu wadah untuk rakyat mengetahui apa yang akan dihidangkan kepada pengundi membuat pilihan pada PRU15.

Tetapi...

Bagi pengundi muda (terutamanya yang baru didaftarkan sebagai pengundi secara AVR) nampaknya ramai yang tidak mengambil peduli siapa calon-calon yang akan ada dalam senarai kertas undi pada PRU15 itu nanti. Pada mereka tiada signifikan nama-nama itu semua.

Apa yang pengundi muda nampak adalah siapa yang benar-benar memberikan bantuan kepada mereka. Kebanyakan pengundi muda ini terdedah dengan 3 parti gabungan. Ya betul.. 5 tahun adalah satu masa yang ada pada mereka untuk melihat siapa yang akan mereka undi. 

Katakan mereka sekarang ini berumur 20 tahun, tentunya pada PRU14, mereka masih berada di Tingkatan 3. Apa yang mereka tahu pada masa itu tentang politik.

Kalau mereka berumur 18 tahun dan layak mengundi pada PRU15, tentunya pada PRU14 dahulu mereka sekadar berada di Tingkatan 1. Apa yang mereka tahu tentang politik sebelum PRU14..

Dan senarai pengundi muda bawah 21 tahun ini adalah sebanyak 1,141,749 orang pengundi baru. Ianya adalah sekitar 5.4% dari jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi pada PRU15 ini.

Dari satu segi, PAS dilihat berjaya menanamkan kesedaran politik dikalangan pengundi muda kerana imej dan propaganda Islamik yang mereka bawa. Tidak dinafikan jika kita melihat dari jumlah pengundi muda bawah 21 tahun ini kebanyakannya pro kepada model Islamik (dalam konteks pengundi berbangsa Melayu).

Bagi pengundi muda bukan berbangsa Melayu, mereka dilihat lebih kecenderungan kepada parti-parti yang membawa wacana baru seperti MUDA. Masalahnya setakat hari ini tiada satu parti saingan kepada MUDA. Kalau nak dikirakan elemen pemuda dalam PH, PN dan BN... ianya dilihat gagal untuk mendekati nurani dan hasrat pengundi muda. 

Pada pengundi muda (bawah 21) tahun, mereka menganggap 3 gabungan parti utama (PH, PN, BN) sebagai Dinasor. Namun perkara ini masih dipandang enteng oleh 3 gabungan parti ini.

Menjelang tarikh pengundian nanti, gua akan hidangkan beberapa lagi analisis dan data tentang kesan dari Undi 18 nih. Harap bersabar.



20 May 2021

Ini Sohih Lawak.

Bhai/DeeDee semua

Gua kalu ader mana-mana laporan analisis berkaitan dengan sentimen pengundi, politik dan rakyat... mesti gua akan amik cakna... Sebab banyak laporan macam nih biasanya sekadar syok sendiri ja... nak bagi up pihak-pihak tertentu ja... Hahaha ... tambah lagi kalu ader yang bayar... hahaha

Macam yang dibuat analisisnya oleh O2Malaysia ... Hahaha

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan itu, yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri.

Ini semua lawak ja bhai... Hahaha...

1. Website yang tersenarai kononnya sebagai website O2Malaysia (www.o2malaysia.com) tidak ujud dan beroperasi.
2. Domain name yang digunakan sebagai e-mel server (o2research.co) juga tidak ujud dan beroperasi.
3. Nombor telefon yang disertakan juga bukan milikan nama yang dipamerkan.

Jadi dua ini pun dah cukup nak bagi lawak pada analisis yang diberikan.

Hahaha... lawak siot..





08 May 2018

GE14 / PRU14 Voter Sentiment Ratio (VSR) - Daily - 8 May 2018 (2 PM)

Bhai/DeeDee semua....

Susah hati dibuatnya dengan VSR pada pukul 2 PM tadi.... gua susah hati.... Sentimen dah okeh... tapi pasai undi spoiler yang akan sebabkan BN boleh menang dengan bergaya... Kena pastikan kempen kuat sikit tolak spoiler.... huhuhu...

Adoyailah...

UPDATE : Kemungkinan talian INTERNET di Langkawi akan di throttlekan (dislowkan) pada gateway dan backbone supaya AMANAT Pakatan Harapan melalui Facebook (FB) malam ini gagal... So sediakan option-option lain.... Harap maklum....


11 June 2013

Yang Tersurat Dan Yang Tersirat

Bhai dan DeeDee sekalian... gua sebenarnya dalam meeting nih... sibuk meeting pagi nih... nih masa senggang ... gua pi lari keluar dari bilik meeting dan post benda nih....

Gua takmo nak citer panjang... tapi gua cuma nak bagi hint tentang artikel yang bakal gua terbitkan petang nanti...

Ianya berkaitan dengan yang tersurat dan yang tersirat.... Hahahaha...

Jeng.. jeng... jeng.... gua nak citer tentang aper aaa..... hahaha.... adakah tentang isu Lahad Datu? Adakah tentang isu politik macam haram kat Malaysia nih? Atau...... gua nak citer pasai dewa dan dewi....

Hahahaha.... nantikan kupasan InsyaAllah selepas Zohor nanti.... hahahaha....

Babai...

10 May 2013

Pasca PRU13 (Satu Analisis)

Bhai.... sekali lagi gua terpaksa untuk menulis dalam ayat skema SPM dan STPM.... hahaha... hampeh betul lar... hahaha... ini bagi memudahkan sesiapa yang nak buat assignment .... hahaha okeh...

PRU13 adalah merupakan satu pertembungan kuasa poitik yang berlingkar dari golongan tua dan golongan muda. Golongan tua seakan sudah mangli dengan keselesaan pentadbiran kerajaan yang sedia ada walaupun mereka tahu budaya rasuah dan salahguna kuasa amatlah meruncing serta sukar dibendung. Ini kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa ini bukan sahaja melibatkan pegawai kecil tetapi ianya juga melibatkan pucuk pimpinan negara.

Bagi golongan muda, mereka melihat bahawa sudah sampai masanya semua ini diubah jika ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berjaya dan boleh bersaing diperingkat global. Dalam usaha mendepani masa depan yang agak sengit persaingannya, Malaysia perlulah membuang budaya rasuah, ugut dan salahguna kuasa.

Peratusan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi juga telah meningkat dengan banyaknya semenjak letusan akademik di Malaysia bermula pada tahun 1970'an. Masyarakat di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi sebuah masyarakat yang moden dan berdaya saing. Isu berkaitan dengan perkauman seakan cuba dilupakan demi untuk memastikan bahawa konsep "Anak Bangsa Malaysia" diterima dan digunapakai.

Pada kemuncak kempen PRU13, ujud beberapa gerakan yang cuba mencetuskan sentimen perkauman yang agak kritikal disana sini yang diusahakan oleh UMNO sama ada secara terus mahupun melalui unit siber yang mereka miliki. Gerakan menghasut isu perkauman ini tidak dapat bergerak jauh kerana disekat oleh satu gelombang anak-anak muda berbilang kaum yang sama-sama menunjukkan kecenderungan untuk menghapuskan isu perkauman.

Pihak keselamatan terutamanya PDRM seakan membiarkan sahaja isu perkauman ini dicanang dan disuarakan oleh UMNO tanpa ada sekatan mahupun halangan. Ianya telah menimbulkan persoalan sama ada pihak UMNO sememangnya mendapat restu daripada PDRM ataupun PDRM sebenarnya dikuasai oleh UMNO.


Pasca PRU13 kita dapat lihat beberapa usaha UMNO untuk menghasut orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan kuasa Melayu cuba dilakukan secara sistematik dengan bantuan media cetak seperti Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3. Kempen menghasut secara terang-terangan ini nampaknya dibiarkan sahaja oleh PDRM walaupun terdapatnya Akta Hasutan. Alasan yang diberikan adalah seperti kononnya tiada pihak yang telah membuat laporan Polis berkaitan perkara ini. Jika tiada laporan maknanya tiada tindakan boleh diambil. Malah Mahathir Mohamed sebagai bekas Perdana Menteri juga terlibat dalam usaha menghasut isu perkauman setiap kali sesi ceramah politiknya.

Kini setelah hampir seminggu PRU13 selesai, saya dapati kempen menghasut isu perkauman ini semakin rancak dan ianya adalah satu perkara yang bahaya. Ianya ditambah lagi dengan adanya peperangan dalaman dalam setiap parti politik kerana masing-masing mahukan jawatan dan kuasa dalam Parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.

Dan biasanya jika ada peperangan didalam parti, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat marhaen. Rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kadangkala kais pagi langsung tidak mendapat apa-apa hasil..

Rakyat marhaen ini mengundi calon-calon yang menjadi kaya dan senang atas pangkat dan jawatan yang mereka dapat, namun akhirnya melupakan nasib rakyat marhaen ini...

Apa yang pastu PRU13 telah menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamed sudah tidak relevan dalam dunia politik hari ini, dimana setiap hujah dan komennya tidak lagi berpaksi kepada Malaysia Moden. Idea-ideanya ketinggalan zaman. Malah kempen yang dilakukan oleh Mahathir Mohamed sebagai membantu Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam dan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas telah ditolak oleh masyarakat setempat.

Adalah wajar seorang negarawan ulung negara seperti Mahathir Mohammed berhenti dari berpolitik dan menghabiskan masa-masa akhir hidupnya dengan berbakti dan beribadat kepada Allah Taala.

Fikirlah dengan akal yang matang dan bersih.
Sekian Terima kasih,

Hahaha.... amacam.... ader gaya tak gua punya artikel dalam bahasa skema SPM dan STPM nih.... hahaha... kalu ader salah nahu atau tatabahasa... sila bagitau..... hahaha

09 May 2013

Nasihat Dari Agensi : Jangan Terikut Mainan UMNO

Bhai.... nih gua mewakili suara-suara operatif dari dalam Agensi yang mintak sangat gua publishkan benda nih untuk perhatian Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua penyokong serta pendokong Pakatan Rakyat.....

Harapnyer akan ader la yang boleh tulung sampaikan kat pimpinan atasan dalam Pakatan Rakyat.... gua dan operatif lain maleh aaa nak sound direct...

Camnie..... '

Tolong jangan terikut mainan UMNO sehinggakan akan ader beberapa siri perhimpunan aman berskala besar di Selangor, Kuala Lumpur mahupun di Putrajaya... bukan aper.... bukan kitorang nih takmo nak tengok dan saksikan himpunan aman pelbagai rakyat berbilang kaum macam nih..... kitorang suker rakyat tanpa mengira kaum berhimpun secara aman....

Cumanyer...

Takut nanti tetiba ader anasir UMNO/BN yang buat provokasi dalam perhimpunan tue... sampaikan silap-silap boleh "trigger something so called" kekecohan... yang akhirnya akan menyebabkan Operasi Lalang diaktifkan semula.... Kitorang takmo benda camnie jadi.....

Jadi... sama ader lu orang sumer dapat kawal supaya takder provokasi dari agen anasir UMNO/BN masa berhimpun nih... atau lu orang tak payah la berhimpun beramai-ramai... cukup jer edarkan tandatangan ramai-ramai petisyen... kalu dapat tandatangan 1/3 rakyat Malaysia.... senang skit nak bawak usul supaya perkara penipuan dan sebagainya dalam PRU13 dalam disiasat dan diambil tindakan.

Ader paham ka??....

Bacaan Tambahan : Gua Dah Bagi Hint


05 May 2013

#PRU13 : Masa Sudah Tamat

Bhai.... Masa pengundian sudah tamat.... sori... sudah pukul 5 ... kalu ader lagi pusat mengundi yang dibuka dan masih menerima pengundian lagi... itu dah kira salah.... tapi kalu pintu pagar dah tutup.. tapi barisan panjang masih tak solosai lagi mengundi... itu kira lain....  Saper suruh pegawai pusat mengundi buat kerja lambat... hahaha

Okeh la.... skrang masanyer yang ditunggu-tunggu.... masa pengiraan undi...

Seperti yang gua tegaskan banyak kali dah.... Kalu PR menang di Putrajaya atau di Gelang Patah... alamatnyer keputusan dan pengumuman tue la paling lewat skali akan diumumkan dan disahkan oleh SPR..... hahahaha...

Kalu mana-mana kerusi yang BN menang.... sure paling cepat akan diumumkan..... hahaha... Itulah perangai SPR yang gua dah kenal... dan gua dah ikut proses pilihanraya nih dari tahun 1985 lagie.... hahaha...

Aper-aper pon.. ini ader satu nasihat dari gua dan kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman serta operatif di Agensi.... Tolong aaa... Tolong jangan adakan perarakan untuk menyambut kemenangan antara malam ini sampai esok petang... relaks dulu... jangan cari pasai...

Nanti ader yang akan amik peluang nak kasi perangat dan buat sabotaj... yang nama busuk nanti bukannyer orang BN yang buat perangat tue... tapi... penyokong PR....  so... jangan aderkan alasan untuk penyokong BN buat sabotaj kat lu orang....

Lagi satu.... jangan... jangan cari pasai dengan menyambut kemenangan PR dengan memasang mercun ker aper ker.... nanti tak pasai-pasai jer ader masalah....

Bhai...

Semoga PR menang ini kali lah.....

25 March 2013

TERKINI : Analisis Keputusan PRU13 - Risikan Agensi

Bhai..... starting hari nih... sampai Jumaat... gua ader kat KL... ader urusan training .... biasa la... training kalu ader makan-makan... mesti gua takkan lepaskan peluang punya.... Hahaha..... kalu sempat.. gua akan panjat Bukit Aman jumpa kengkawan dan jugak pi HQ Agensi gua ....

So.... maybe gua tak sempat nak update aper barang dalam blog nih... jadik... ini gua bekalkan kat lu orang analisis keputusan PRU13 berdasarkan sentimen akar umbi seperti yang dibuat kajiannya oleh agensi gua.... Hahaha... ini berdasarkan situasi sepanjang September sampai Februari.... maybe akan berubah biler lagi hampir dengan PRU13.... tapi tak banyak jauh beza....

Melainkan ader magik dan tangan ajaib singh (no pun intended).... hahahaha.... Oh yer.. lu pernah dengar tak nama Yang Arif Dato' Ajaib Singh (seorang Hakim Mahkamah Tinggi satu masa dulu).....

Jadik... ini dier analisa tue... buat tatapan semua rakyat Malaysia....

Analisis Keputusan PRU13 Bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Analisis Keputusan PRU13 Bagi Kerusi Parlimen

Aper pandangan lu orang..... hahahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1