Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label ini Kali Lah. Show all posts
Showing posts with label ini Kali Lah. Show all posts

28 October 2022

Mampukah Perubahan Berlaku

Bhai/DeeDee semua..

Parlimen Pasir Salak adalah kawasan solid Melayu.. terakam banyak insiden yang menjadikan Orang Melayu disini menjadi kuat dan menjadi pejuang... Ada dua DUN disini... satunya di DUN Sungai Manik dan satu lagi di DUN Kampung Gajah..

Ikut sejarah... Jepun dan Komunis diserang besar di Sungai Manik... Manakala British pula banyak yang hilang nyawa di Kampung Gajah .... 

Kini pada PRU15 ... Anak Almarhum Nik Abdul Aziz (mantan Menteri Besar Kelantan) pula akan bertanding di Parlimen Pasir Salak... Nik Omar Nik Abdul Aziz dari Parti Amanah yang membawa logo Pakatan Harapan nampaknya berkemungkinan besar akan berlawan dengan Tajuddin Abd Rahman dari UMNO yang akan membawa bendera Barisan Nasional.

Itupun kalu Tajuddin Abd Rahman kekal bertanding pada PRU15 kali ini... susah nak cakap percaturan UMNO/BN kali ini sebab Tajuddin Abd Rahman telah digantung keahliannya dalam Parti... 

Tapi kalu orang lain yang dinamakan oleh UMNO/BN sebagai calon PRU15... rasanya mungkin akan ader sedikit peluang bagi Nik Omar Nik Abdul Aziz nih...

Persoalannya... Mampukan perubahan berlaku di Parlimen Pasir Salak atau pun para pengundi kekal mahukan UMNO/BN menerajui politik di Pasir Salak. 

Pengundi bukan tak tahu betapa kroniknya masalah rasuah yang membelenggun UMNO/BN dimana tidak ada seorang pemimpin dalam UMNO/BN yang tidak terpalit dengan salahlaku ini... Tapi pengundi biasanya sekadar menutup mata, telingan dan mulut... Sekadar menolak dalam hati tapi tangan tetap memangkah calon korup dalam UMNO/BN seperti biasa....

Huhuhu



10 May 2013

Pasca PRU13 (Satu Analisis)

Bhai.... sekali lagi gua terpaksa untuk menulis dalam ayat skema SPM dan STPM.... hahaha... hampeh betul lar... hahaha... ini bagi memudahkan sesiapa yang nak buat assignment .... hahaha okeh...

PRU13 adalah merupakan satu pertembungan kuasa poitik yang berlingkar dari golongan tua dan golongan muda. Golongan tua seakan sudah mangli dengan keselesaan pentadbiran kerajaan yang sedia ada walaupun mereka tahu budaya rasuah dan salahguna kuasa amatlah meruncing serta sukar dibendung. Ini kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa ini bukan sahaja melibatkan pegawai kecil tetapi ianya juga melibatkan pucuk pimpinan negara.

Bagi golongan muda, mereka melihat bahawa sudah sampai masanya semua ini diubah jika ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berjaya dan boleh bersaing diperingkat global. Dalam usaha mendepani masa depan yang agak sengit persaingannya, Malaysia perlulah membuang budaya rasuah, ugut dan salahguna kuasa.

Peratusan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi juga telah meningkat dengan banyaknya semenjak letusan akademik di Malaysia bermula pada tahun 1970'an. Masyarakat di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi sebuah masyarakat yang moden dan berdaya saing. Isu berkaitan dengan perkauman seakan cuba dilupakan demi untuk memastikan bahawa konsep "Anak Bangsa Malaysia" diterima dan digunapakai.

Pada kemuncak kempen PRU13, ujud beberapa gerakan yang cuba mencetuskan sentimen perkauman yang agak kritikal disana sini yang diusahakan oleh UMNO sama ada secara terus mahupun melalui unit siber yang mereka miliki. Gerakan menghasut isu perkauman ini tidak dapat bergerak jauh kerana disekat oleh satu gelombang anak-anak muda berbilang kaum yang sama-sama menunjukkan kecenderungan untuk menghapuskan isu perkauman.

Pihak keselamatan terutamanya PDRM seakan membiarkan sahaja isu perkauman ini dicanang dan disuarakan oleh UMNO tanpa ada sekatan mahupun halangan. Ianya telah menimbulkan persoalan sama ada pihak UMNO sememangnya mendapat restu daripada PDRM ataupun PDRM sebenarnya dikuasai oleh UMNO.


Pasca PRU13 kita dapat lihat beberapa usaha UMNO untuk menghasut orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan kuasa Melayu cuba dilakukan secara sistematik dengan bantuan media cetak seperti Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3. Kempen menghasut secara terang-terangan ini nampaknya dibiarkan sahaja oleh PDRM walaupun terdapatnya Akta Hasutan. Alasan yang diberikan adalah seperti kononnya tiada pihak yang telah membuat laporan Polis berkaitan perkara ini. Jika tiada laporan maknanya tiada tindakan boleh diambil. Malah Mahathir Mohamed sebagai bekas Perdana Menteri juga terlibat dalam usaha menghasut isu perkauman setiap kali sesi ceramah politiknya.

Kini setelah hampir seminggu PRU13 selesai, saya dapati kempen menghasut isu perkauman ini semakin rancak dan ianya adalah satu perkara yang bahaya. Ianya ditambah lagi dengan adanya peperangan dalaman dalam setiap parti politik kerana masing-masing mahukan jawatan dan kuasa dalam Parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.

Dan biasanya jika ada peperangan didalam parti, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat marhaen. Rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kadangkala kais pagi langsung tidak mendapat apa-apa hasil..

Rakyat marhaen ini mengundi calon-calon yang menjadi kaya dan senang atas pangkat dan jawatan yang mereka dapat, namun akhirnya melupakan nasib rakyat marhaen ini...

Apa yang pastu PRU13 telah menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamed sudah tidak relevan dalam dunia politik hari ini, dimana setiap hujah dan komennya tidak lagi berpaksi kepada Malaysia Moden. Idea-ideanya ketinggalan zaman. Malah kempen yang dilakukan oleh Mahathir Mohamed sebagai membantu Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam dan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas telah ditolak oleh masyarakat setempat.

Adalah wajar seorang negarawan ulung negara seperti Mahathir Mohammed berhenti dari berpolitik dan menghabiskan masa-masa akhir hidupnya dengan berbakti dan beribadat kepada Allah Taala.

Fikirlah dengan akal yang matang dan bersih.
Sekian Terima kasih,

Hahaha.... amacam.... ader gaya tak gua punya artikel dalam bahasa skema SPM dan STPM nih.... hahaha... kalu ader salah nahu atau tatabahasa... sila bagitau..... hahaha

05 May 2013

Ini Kali Lah...

Bhai... Kiter cuma ader peluang kali nih jer untuk menukar kerajaan yang korup, kerajaan yang zalim, kerajaan yang tidak tahu membezakan antara fungsi kerajaan dan parti politik...

Kalu kita tidak membuat apa-apa tindakan la nih... Bermakna kita sengaja melepaskan peluang sekali seumur hidup untuk membuat perubahan... membuat tindakan .... membuat perhitungan...

Gua takmo nak berkempen pasai waktu berkempen telah tamat... Cuma gua nak peringatkan lu orang....

Ini Kali Lah....

Jangan jadikan ianya menjadi "Lain Kali Lah".... Tolong sesangat... Kita mahukan semua yang mengkhianati amanah rakyat selama ini disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman...

Kiter mahu siapa yang terlibat dalam kes BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD, PERWAJA HOLDING, BAKUN dan lain-lainnya dikenakan tindakan..

04 May 2013

Keluarlah Mengundi

Bhai.... Pakatan Rakyat perlukan undi lu orang... Barisan Nasional juga perlukan undi lu orang... dan gua seperti biasa... memang menggalakkan lu orang sumer keluarlah mengundi... Jangan lupa undi lu orang aderlah penting... penting untuk menentukan hala tuju negara ini... Jadi.. aderlah lebih baik dan lebih utama lu orang keluarlah mengundi...

Tapi... ingat... Sebelum lu orang nak mengundi tue... sila perhatikan perkara ini... Barisan Nasional telah memerintah selama 56 tahun... dah diorang tengah berharap untuk dapat mandat untuk lima tahun lagi... sepenggal..... Selama 56 tahun yang dah berlalu nih... terlalu banyak perompakan... perembatan... salahguna kuasa yang dilakukan oleh BN..... sampaikan ramai orang yang terlibat dengan BN tidak tahu membezakan antara institusi Kerajaan dengan institusi Politik Kepartian..

Alhamdulillah.... Pakatan Rakyat walaupun baru dapat memerintah 10 bulan bagi negeri Perak Darul Ridzuan, sepenggal bagi Pulau Pinang dan Kedah....  kita telah nampak beberapa perubahan dalam ketelusan pemerintahan... Memang ader yang masih janggal dan kekok... tapi takper... Pakatan Rakyat boleh berubah dan memperbaikinya... Malah rakyat dengan mudah boleh menegur Pakatan Rakyat pada bila-bila masa...

Adakah lu orang mau Kerajaan yang memerintah secara autokratik dan besar kapla .... atau lu orang magu Kerajaan yang memerintah secara telus dan mudah untuk ditegur serta mendengar pandangan rakyat....

Pilihan ditangan lu orang... dan gua harap lu orang boleh menggunakan akal lu orang dengan sebaiknyer.... Jangan pilih kerajaan yang membenarkan dan menggalakkan pasukan keselamatan bersekongkol dengan media lucah dan porno... Jangan pilih kerajaan yang memperkudakan dan membaruakan agensi kerajaan demi kepentingan parti politik diorang...

Gua dan kengkawan di "agensi" memang cukup menentang ke'korup'an agensi kerajaan yang diperkudakan oleh politik kepartian Barisan Nasional

Jangan Undi Barisan Nasional..... Undilah Pakatan Rakyat....
Lu orang mampu membuat perubahan....

Ini Kali Lah...


03 May 2013

Pergh... Macam Hari Raya

Bhai... Ini malam skali lagi gua pegi tempat client semalam... System storage masih error lagi... Macam haram betul lar... Aper-aper pon... Yang gua nak citer bukan pasai Storage Server nih.. Tapi perjalanan merempit gua hari nih memang best... 125km....

Ini Kali Lah...

Best pasai nampak sepanjang jalan dua belah hala atas highway LPT macam hari raya... Pergh... Hebat ... Semua orang berpusu-pusu balik kampung nak mengundi... Hahaha..... Bagoosh...

Ini Kali Lah.....

Hahaha... Solosai urusan nih gua akan balik Kemaman ... Dan pagi esok gua sebelum Subuh gua akan gerak balik mengundi di Perak... Hahaha

Ini Kali Lah....

Bhai... Tadi gua ader baca komen yang kata mungkin gua nih SB... Hahaha.... Mari sini gua bagi penerangan..

Gua bukan SB ... Tapi gua ader ramai member SB... Dan ramai kengkawan kat Jabatan "E" Bukit Aman dan selalu turun naik Bukit Aman...... Hahaha... Dan gua "dulu" semasa "berkhidmat sebagai operatif dalam agensi" pernah dilatih bersama dengan puak-puak nih di Markas VAT 69 Hulu Kinta... Dan skrang walaupun sudah "pencen" tapi slalu gak dipanggil bertugas macam yang terbaru dalam Ops Alpha Two-Zero di Patikul dan Zamboanga.... Pernah terlibat sebagai signalman dan beberapa tour sepanjang berkhidmat..

Yang pasti... Gua bukan SB.... Hahaha.... Jangan mare... Mare nanti kena jual.... Hahaha

Ini Kali Lah....

UPDATE (1.45am) : Highway LPT jem Gombak ke Temerloh perjalanan mengambil masa lebih 4 jam lebih.... Hahaha... Ader chan PR menang besar kali nih.... Ini Kali Lah...



28 April 2013

Rakyat Nasihat Mahathir Mohamed 'Balik India'

Bhai..... Kalu tanya 10 orang golongan muda yang berjiwa merdeka dan berfikiran terbuka di Malaysia la nih.... golongan muda yang warganegara.... golongan muda yang celik patriotismanya... golongan muda yang faham apa kepentingan politik dan siasah di Malaysia.... pastinya 9 daripada mereka akan memberikan nasihat begini...

Rakyat nasihat Mahathir Mohamed 'Balik India' .... hahahaha .... ataupun 'Balik Kerala' lar...

Betul... semua orang akan nasihat Mahathir Mohamed... sebelum lagi banyak lawak merapu yang Mahathir Mohamed buat... sebelum lagi banyak nyanyuk Mahathir Mohamed buat.... sebelum Mahathir Mohamed memalukan diri dier.... rakyat nasihatkan Mahathir Mohamed sila 'balik india' ....

Hahahaha...... amacam... ader stuju???

Dan ini nasihat baek punya dari gua buat cybertroopers UMNO/BN ..... hahaha...

Ceramah Kempen PRU13 oleh Husam Musa di Putrajaya (26 April 2013)


Mahathir nasihat Husam 'balik Kelantan'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, yang juga anggota exco dalam kerajaan sementara PAS di Kelantan, sepatutnya menyelesaikan masalah negeri berkenaan sebelum menjadi calon di pusat pentadbiran negara itu.

"Sehingga itu, duduk diam-diam di Kelantan. Itu tempat anda. Perbaiki tempat anda dan contohi presint Putrajaha. Bina pejabat yang baik dan rumah untuk orang tempatan yang bekerja dalam sektor awam,” kata Mahathir.

Selepas itu, barulah Husam boleh memohon untuk bekerja di Putrajaya dan naik pangkat sedikit demi sedikit, kata Mahathir lagi dalam satu ceramah ketika berkempen untuk penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,734 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Pada masa itu, Putrajaya menjadi kawasan parlimen paling kecil dengan hanya 6,608 voters. Ia amat ketara berbanding kawasan Kapar yang merupakan kawasan parlimen terbesar dengan 144,369 pengundi. Pengundi Putrajaya kini berjumlah 15, 798 orang, meningkat kepada hampir 140 peratus yang kebanyakannya merupakan penjawat awam.

Oleh yang demikian, golongan berkenaan, dan juga kawasan Putrajaya secara umumnya dianggap sebagai kawasan penyokong BN.

Dalam ceramah di Putrajaya itu, Mahathir juga membandingkan negeri Kelantan, yang diberi nama jolokan Serambi Mekah, dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang menurutnya dicemburui masyarakat Islam dunia. Mahathir seterusnya mempersoalkan sama ada Kelantan layak digelar negeri Serambi Mekah sedangkan bekalan air di negeri tersebut “tidak boleh diminum”.

Dalam ucapannya kepada 1,000 orang itu, Mahathir juga menggesa agar pengundi memastikan Husam tewas dalam pilihan raya umum 5 Mei. Majlis itu berlangsung susulan kehadiran lebih 6,000 orang di ceramah yang turut disertai Husam dan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Jumaat malam lalu.

23 April 2013

Logo Terkini Barisan Nasional

Bhai/DeeDee sekalian.... sekarang nih zaman millenium.... zaman moden... zaman digital... zaman internet.... zaman teknologi..... zaman dimana semuanya guna sistem metrik.... walaupun sistem imperial masih jugak digunakan sebagai akademik (cuma disesetengah negara sahaja digunakan secara undang-undang)...

Jadi... penggunaan KATI @ DACING sudah tidak releven... sebab banyak unsur menipu padanya... mudah sangat peniaga menipu sukatan dan timbangan.... jadi memang wajarlah DACING ini ditukarkan.. tambah pulak dengan implementasi sistem metrik...

Susah la nak jumpa timbang KATI @ DACING nih... banyak mengarut jer pakai benda nih... so... aper tunggu lagi.... berubahlah..... ubahlah.... jangan ketinggalan dan diperbodohkan oleh golongan kapitalis dan bangsat nih .... cukup lah selama 56 tahun guna timbang KATI @ DACING nih.... buang semuanyer.... campakkan ketepi... jangan memalukan negara Malaysia yang nak jadi negara maju nih....

Berubahlah.... Ubahlah.... Ini Kali lah....


Jangan buat malu anak cucu..... hahahaha

18 April 2013

To All Indian Voters

Bhai/DeeDee ... I (CipanTapirTenuk @ C++) really know that you do give your support for HINDRAF cause, but in the case of these coming 13th General Election. I do hope that you gives your votes to Anything But UMNO/BN (also known as ABU).

For the sake of Indian community et large, for the right to get all the privileged based on our Malaysian Constitution, for the future of our nation, We (you and me) shall votes the people choice (which is Pakatan Rakyat).

You (the Indian community) has been neglected for almost 56 years after Malaysia got his independence from British, mostly because your voice has been slowed down by your own people (the Malaysian Indian Congress - MIC) which you have given your votes all these years.

So please, I really mean please do not gives your votes to Barisan Nasional (BN) in this 13th General Election.

Please beware that some HINDRAF leaders has been secretly shaking their hands behind you with Barisan Nasional (BN). These kind of leaders is the same breed as previously MIC leaders. Shaking hands and make secret deals mostly for their benefits.

Please don't get cheated this time. You (the Indian Community) has been cheated many times for almost 56 years. Do open your eyes and look into your community problems.Do these leaders know what the Indian Community being treated all these years? Nope... Even though they said that they know, I really sure it's all bluff as why did they secretly deals with UMNO/BN this election time.

Open your mind, heart and eyes .... do look into your future....

VOTE FOR PAKATAN RAKYAT

VOTE FOR CHANGE
VOTE FOR THE FUTURE OF INDIAN COMMUNITIES
VOTE FOR THE RIGHT TO BE A CITIZEN

INI KALI LAH !!!




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1