Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

15 September 2018

Cukup Kontradik

Bhai/DeeDee semua...

Kepada Macai-Macai Anwar Ibrahim.... nih gua nak suruh lu orang open sikit kapla otak tue... Hahaha...

Sebelum Anwar dibebaskan... katanya dier akan bersara dari politik... Selepas dibebaskan... dier kata nak jadi Fellow kat IPT di Turkey ... Malah katanya juga nak relaks layan cucu...

Tapi... tak sampai 6 bulan dah mengelejat nak suruh orang kosongkan kerusi Parlimen untuk dier bertanding...  Kalu lu orang kata ini bukan idea Anwar Ibrahim tapi ini idea Rafizi Ramli... jadi kenapa Anwar Ibrahim tak bantah pon... Hahaha... nampak sangat kemaruk nak cepat amik alih jadi PM...

Alasan kata nanti kalu Mahathir Mohamed kojol kiok... pasai umur dier dah masuk masa kecederaan lebih 90 minit kalu dalam bola.... abis tue aper guna Wan Azizah yang sekarang jadi TPM... takkan tak boleh handel memangku jawatan TPM?? Takkan tak boleh nak tadbir dan urus... Takkan la sekadar jadi kipas lipas ja????

Kalu Wan Azizah memangku jawatan PM... macam la Anwar Ibrahim tak boleh nak remote control dier... Hahaha ..  Adoi.... kalu bini pon tak boleh nak remote kontrol.... masak la ... hahaha

Bab gelojoh... hahaha.... memang gelojoh tak nyempat-nyempat... nampak sangat la kebuloq jawatan... dan cuak... hahaha....

Lagi satu... soalan yang Anwar Ibrahim dan keluarga dier takkan berani nak jawab terus terang sampai bila-biler aderlah kenapa Wan Azizah atau Nurul Izzah taknak kosongkan kerusi mereka kepada Anwar Ibrahim.... yabg itu ramai orang persoalkan...

Kalu ader yang kata... anak beranak Karpal Singh dan Lim Kit Siang pon ader dalam Parlimen.... satu ja gua nak tanya... ader tak diorang ni suruh mana-mana Ahli Parlimen yang takder kena mengena ngan keluarga diorang lepaskan dan kosongkan kerusi.... macam yang Anwar Ibrahim dan keluarga dier buat di Kajang dan Port Dickson.... hahaha

Aper-aper pon.... Anwar Ibrahim sudah tempah nahas sendiri... sebab dier sudah createkan persepsi kepada orang ramai... bahawa dier kelihatan kebuloq jawatan, pangkat dan kerusi...... yang persepsi ini sure susah orang nak lupakan dan maafkan.... dan ini semua sebab Anwar Ibrahim percaya sangat kat orang sekelilingnya terutama si Rafizi Ramli....

Hahaha.... padan muka Anwar Ibrahim.. ini jalan yang dier pilih sendiri... cakap tak serupa bikin... dah banyak kali dah buat camni... dulu okeh la lagi orang boleh tak kisah... tapi sori la kali ni...

Tolong bagitau Anwar Ibrahim... ini bukan citer Hindustan atau Tamil.... Ini bukan filem... dan ini bukan kat India.... cukup-cukup lah berlakon.... Hahahaha....

19 comments:

  1. Tamak haloba gelojoh kuasa kalau gamble dengan undi Rakyat itu ambil risiko. Ini kira masuk ikut pintu depan bro. Bila-bila masa boleh kena halau kalau kena cara. Tapi.... Tamak haloba gelojoh dan main pintu belakang nak ambil kuasa itu baru tak ada tamadun. Nak halau pun kasihan sebab sudah masuk rumah ikut pintu belakang. Hahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Harimau tempatnya di hutan, singa tempatnya di padang luas. Harimau gaya pemangsa yang serang hendap mangsanya tapi singa gaya pemangsa yang mengejar mangsanya. Sama juga dunia politik Melayu. Dah lama tak berlaku pertembungan dua pemangsa dalam dunia politik Melayu macam 1990-an. Kalau berulang semula alangkah bahagianya. Macam Tuah dan Jebat pun ada. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Anwar ini bijak bercakap tapi ditakdirnya juga kurang akal. Zaman dulu budak MCKK andai tersangkut di Local, rare lah. Bilamana akal kurang, manusia akan jadi gelojoh. Umpama babi, dia sondol apa saja didepan hatta batang pokok. Takdirnya juga Anwar ini panjang umur dan terselamat dari nahas, heli terjunam di Sg Petani, Volvo dilibas angin lintang di Changkat Jering malah kena arsenik pun masih boleh hidup, yang ini memang lakonan terbaik dalam sejarah. PRK PD lebih kepada terdesak untuk bersaing dengan Azmin. Apa perlu jadi Presiden klu tak ada sebarang jawatan dalam kerajaan ? Sama ada Anwar menang atau kalah di PD, bukan laluan mudah untuk beliau, zaman berlakon sakit sudah tidak sesuai hari ini. Orang sudah tidak simpati. Politik Azmin iras iras DS Najib bijak menunggu buah gugur, jangan sekali kali di jolok, tersilap galah, tebuan yang jatuh. Dan saya tidak fikir Anwar akan PM, langkah Anwar biasanya sumbang dan akhirnya tumbang. ( UK )

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkah pemuka politik memang dh sumbang bila biarkan anwar jadi presiden pkr. dan anwar akan terus mara kedepan sampai jadi pm..semua org tau bila takde jawatan dlm kerajaan you are no body..sama mcm pemimpin pas/umno yg kalah tempoh hari..kentut pun dah tak berbunyi..

      Delete
    2. Bro, yg membuat Najib prnjarakan Anwar yalah Anwar berjaya kemudikan Pakatan Rakyat menang 53% undi popular PRU13.

      Itu sebab Mahathir kautim Anwar tubuh pulak Pakatan Harapan (PH) PRU14 dan berjaya tumbang kan Klepto, rejim dia dan rakan taawun dia yg dah dibela utk keluar dari PR lepas PRU13.

      Kalau anda savvy dan tahu erti political realism yg diamalkan Mahathir dan Anwar, langkah pertama tubuhkan PH berjaya sekali.

      Sekarang langkah kedua utk consolidasi PH bantu Mahathir, kuatkan barisan Parlimen PH yg diserang hendap tak berenti Najib n Geng, cover kesihatan yg tidak mengizinkan seorang senior lagi Mahyudin dan succession plan Mahathir dlm PH.

      What's the big fuss? Kecuali anda Klepto atau Geng Klepto atau PAS atau during dlm daging PKR/PH.

      Pakai ayat pembela No. 1 Najib Klepto lah, bermuwazanah je atas apa2 maslahat. PRK PD yalah mudharat ringan sedikit kos 3 juta utk bantu kuat kan Mahathir dan PH, mudharat berat yalah Klepto Najib rampas balik kuasa atas kelemahan PH dan kembali jadi PM dan tambah lagi hutang negara bertrillion pulak kerana makin kuat mencuri.

      Ini namanya politik matang dari Mahathir-Anwar utk matikan langkah Klepto Najib dan sisa2 lawan nya.

      Anda semua kononnya bloggers PH spt C++, Syed OTB, Tukar Tube, Shahbudin baik cepat2 matangkan diri kpd real politik ini. Takut ketinggalan bas, lambat mengenali mana musuh dan mana kawan.

      Selamat Bermuwazanah, saudara UK dan Bhai.

      Delete
    3. Ya betul, tepat sekali! Azmin IS najib 2.0. AWAS

      Delete
  4. Apa kelebihan persefahaman longgar taawun kepada Pas? Mengapa masih takut dan segan nak buat tahaluf siyasi terbuka dengan BN? Ada lagi hati sesiapa yang perlu dijaga ker? Lu orang dalam mesti tengok Muktamar Pas. Cer komen sikit.

    ReplyDelete
  5. Dalam sibuk mengatur langkah sana, langkah sini. Takut Abang Non pula kena PANGKAH. KAH....KAH....KAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya bang non ni

      Hajat tak kesampaian tengok cara nya

      Akhirnya melopong

      Delete
  6. Cakap je boleh la korang semua nih. Cuba try 20 tahun dulu kuar masuk penjara... lepas tu baru komen pasal anwar... bangang..

    ReplyDelete
  7. First time tengok semua gigil macam ketagih bila politiking ala Langkah Kajang berlaku lagi. Dulu sailang guna court case, kali ini sailang cara gentle okay kut. Kalau sailang style tak ada telur macam Mat Kepit Najib Razak boring gaban. Tak boleh nak makan pop corn. Hahahaha.

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn Tapir. Politik kat Malaysia ni politik persepsi. Bagi la apa alasan pun tapi apa yg rakyat nampak dan fikir itu lebih utama. Persepsi yang ditunjukkam sekarang ni anwar gelojoh macam beruk jumpa pop corn. Cakap tak serupa bikin. Kalau menang pun persepai rakyat kat PKR n PH da rabak.gelojoh gaban.Bosan dan meluat pengundi. Hanat tol laaaa...

    ReplyDelete
  9. Klu betul dia tamak dan gelojoh masakan dia sggup masuk penjara yg tak ketahuan nasib dan masa depan..sedangkan dia berpeluang utk dduk dimana2 negara yg tawarkn perlindungan utk elak dari dipenjara...yg post artikel ni pun blm tentu sggup...

    ReplyDelete
  10. sembang lebat...kata vsr 80-90% betul, kelaut dalam perginya...kata ada projek beli membeli mp, bukti tak bagi...agensi la sangat...kata hebat sangat agama, tengok gaya bahasa nampak sangat jahil...kata ahli pas seumur hidup, bangang apa dok dalam tu kalau dah tau kapal lu bawak lu jalan sesat pon masih dok situ (tinggi sangatlah ilmu agama kalau gini)...

    agensi? agent kartel mungkin la, sebab tu gedik sangat kat geng kartel...nak kasi naik azmin, senang buat onar dengan pas...

    konon kutuk orang ikut detawaraya katanya...kononnya dia & agensi dok bawah dewataraya, kalau kena suruh ikut jugak arahan dewataraya...menurut perintah katanya...

    betul bro...lu cukup kontradik...ukur baju badan sendiri la...

    errrr bro taknak bagi vsr untuk PD pulak? ehh, lu kan AGENSI power punya...kahkahkah...

    jadi agent takaful je lah bro...

    ReplyDelete
  11. Aku tetap dgn pendapat aku, anwar sepatutnya minta bini atau anak dia kosongkan kerusi. Ramai sgt dah yg berkorban utk anak beranak ni so giliran dorang plak korbankan kerusi utk suami/ayah dorang. C'mon la..hancing sgt anak beranak duk berkumpul dlm parlimen. Macam dah xde org lain yg layak jadi ahli parlimen selain anak beranak dia. Jgn cerita perjuangan keluar masuk penjara sbb yg berjuang tanpa mengharapkan apa2 balasan pun ramai jugak. Hero yg tidak di dendang. Berjuang utk kebebasan dia, utk keluarga dia utk kesejahteraan malaysia. Jgn nafikan pengorbanan marhaen selama ini. Tolonglah...hancing meyengat.

    ReplyDelete
  12. Anwar lebih kenal Tun M dan Daim daripada orang lain.. Itu yang orang biasa tak dapat nak hadam.Soal gelojoh ke tak gelojoh itu soal persepsi orang sebab sudah 4 bulan anwar keluar penjara dan ahli politik hati sanubarinya nak berpolitik dan menyumbang kepada rakyat bkn nak jadi fellow di Turki .Jadi biarkanlah dia jadi ahli parlimen.
    Ketiga soal Rafizi tukang nasihat yang gopoh .satu tuduhan yang separuh masak.Anwar tak sebodoh yang disangka orang hanya ikut nasihat rafizi.Anwar tak sempurna kepandaianya tapi tidaklah bodoh juga ..
    Sepatutnya takde masalah sebab dengan Anwar jadi PM ke 8 dalam 2 tahun .saya percaya melayu islam akan bertambah kuat dengan diplomasi anwar kepada PAS dan UMNO mungkin akan mengurangkan perpecahan melayu islam.
    Yang banyak membangkang anwar ni nampaknya golongan liberal siti kassim hishamudin rais ambiga mereka takut dengan jiwa islam dalam diri anwar .
    Tapi pelik C++ pun bangkang juga Anwar kalau cuma sbb gelojoh xpe la .tapi takut sbb yang sama macam sbb siti kasim.itu yang saya risau

    ReplyDelete
  13. Yang keliling Anwar tu bukan semua pendokong. Ingat satu gambar viral pemuda tukang demo UMNO yang bocor masuk dan rapat famili Anwar sampai ke dalam dapor rumah Anwar. Jangan kata abam tak payung derr. Hahaha.

    ReplyDelete
  14. Yg lu meroyan tu apa pasal..aku duk phati je..bab nuar nak masuk parlimen balik lu paling kuat meroyan..ap hal ea??cer cite skit..

    ReplyDelete
  15. bai, lu yg gelojoh dok kata org gelojoh.. apa kata lu pegi check sikit hati busuk lu tu kasi cuci bg wangi.

    lu marah lu cakap org lain pendapat kasi nama macai anwar. lu hati banyak susah apa pasal? itu anwar ada kasi lu susah ka? lu ada kena kempen kasi anwar menang ka? ada kena pegi keluar mengundi sama dia ka? itu politician memang ramai kotor, tapi itu dia punya kerja. mau kasi kuat parti, kasi kuat diri, kuat akar umbi itu mcm la.

    lu konon ex-agensi, tapi bg info byk longkang la. konon pakar IT, tapi kerja buat server/network sikit2 ja. konon bisnes juta2, tapi smua poyo saja.

    lu baik angkat kaki, kasi lambung cari kerja

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1