Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

27 June 2013

Ahli Silap Mata Diundang Membuat Persembahan Di London

KUALA LUMPUR - Ahli silap mata Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf akan mengadakan persembahan di London atas undangan The Magic Circle, kelab yang dianggotai ahli dan peminat silap mata terkenal di dunia sejak 1905.

Ini Bukan Gambar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, 63, akan mengadakan persembahannya bulan depan. Pemergiannya ke seberang laut itu ditaja beberapa syarikat dan organisasi tempatan termasuk Pembekal Dakwat Kekal, UMNO dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, ahli silap mata kelahiran Sabak Bernam ini berkata beliau akan menyelitkan identiti Malaysia dalam aksi yang akan dilakukan kelak untuk mempromosi Malaysia di London.

"Setiap kali saya mengadakan persembahan, penonton bertanya tentang Malaysia kerana mereka tidak percaya kita ada orang macam David Copperfield. Mereka juga cukup teruja bagaimana ahli silap mata kita di Malaysia boleh melakukan silap mata secara terang-terangan kepada 28 juta orang.

"Walaupun persembahan saya nanti sama saja, tapi saya boleh beri jaminan bahawa kualitinya tetap sama dengan persembahan yang telah saya kendalikan di Malaysia pada 5 Mei 2013," katanya.

Tan Sir Abdul Aziz Mohd Yusuf pernah terlibat mengadakan persembahan didalam beberapa Pilihanraya Kecil bermula pada 2008 atas status Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau sebenarnya tidak pernah menuntut di McBride School of Magic and Mystery, Las Vegas, dan bukanlah bekas pelajar dalam bidang Manual Dexterity and Prestidigitation, Chaves Studio of Magic, Los Angeles.

Mengimbas kembali pembabitannya dalam bidang permainan silap mata, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ini berkata beliau mula meminati bidang itu ketika berusia tiga puluh enam tahun selepas menonton persembahan ahli silap mata terkenal dunia David Copperfield pada 1980-an.

Beliau mula melakukan aksi itu ketika terlibat dengan SPR dengan mengadakan persembahan terbaik pada beberapa Pilihanraya Kecil (PRK).

Sejajar dengan hasratnya untuk melihat lebih ramai belia Malaysia melibatkan diri dalam bidang ini, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf merancang untuk membuka kelas silap mata untuk berkongsi pengetahuannya dengan mereka. - NONAMA NEWS NETWORK (NNN)

Berita Asal - No Pun Intended

2 comments:

  1. hahahaha... baik punya berita. mengalahkan utusan.

    ReplyDelete
  2. nelayanbimbang.blogspot.comJune 28, 2013 at 2:34 PM

    Kah.kah.kah..mcm sial lh lawak lu bro..kah.kah.kah..bhai agensi mcmane?ade bubuh ko ke sbb PR bngkus itu ari..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1