Inilah masalahnya.... dulu lagi gua dah kata... nak lantik Menteri/Timbalan Menteri Pendidikan... mestilah dari orang yang cabangnya adalah Pendidikan.... bukan lantik anak kroni ka... atau adik geng sendiri ka.... yang takder kena mengena dengan pendidikan...
Fadhlina Sidek adalah seorang Peguam.... apa yang dier tau tentang pendidikan... proses dan sistemnya... tapi pasai dier anak kawan (kroni Anwar Ibrahim) tue yang dier dilantik jadi Menteri Pendidikan...
Lim Hui Ying pulak adalah seorang Akauntan.... apa yang dier tahu tentang pendidikan.... proses dan sistemnya.... tapi pasai dier adalah adik kepada kawan Anwar Ibrahim (Lim Guan Eng) tue yang dier dilantik jadi Timbalan Menteri Pendidikan...
Tu yang makin jahanam aaaa jadinya....
Benda simple macam nih... 10 hari dah diberikan masa.... takder boleh nak bagi jawapan... aper ke bangang la....
Kabinet pinggan mangkuk ayun betul la... huhuhu
Lemah Sungguh La |
Timbalan Menteri Pendidikan - sekali gus kerajaan - ditegur oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor hari ini kerana gagal bersedia seperti sepatutnya.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila Lim Hui Ying tidak dapat memberikan jawaban kepada soalan yang dikemukakan ahli parlimen.
Lim sepatutnya menjawab pertanyaan Ahmad Marzuk Shaary (PN - Pengkalan Chepa) yang meminta Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan peruntukan untuk program rancangan makanan tambahan (RMT) dan mekanisme pemantauan untuk memastikan pelajar mendapat makanan yang berkhasiat.
Lim (PH-Tanjung) sepatutnya menjawab pertanyaan tersebut kerana menteri, Fadhlina Sidek, tidak hadir pada ketika itu.
Bagaimanapun Lim terdiam untuk beberapa ketika sebelum Ramli bertanya sama ada timbalan menteri terbabit bersedia dengan jawaban sepatutnya atau tidak.
"Yang berhormat menteri, saya rasa soalan ni ditanya sejak awal... Ada jawapan atau tidak?" tanya Ramli.
"Minta maaf tuan yang dipertua, sebab jawaban saya tak sediakan. Bolehkah saya berikan secara bertulis (kemudian)?" jawab Lim.
Kenyataan Lim itu mengundang rasa tidak senang ahli parlimen pembangkang termasuk Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang berpendapat kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.
Ronald yang pernah menjadi timbalan speaker Dewan Rakyat menjelaskan soalan yang ditanyakan itu diberi kepada pihak yang berkenaan lebih awal.
"Menteri sepatutnya menyediakan jawaban dari awal," katanya.
Ramli yang sependapat dengan Ronald kemudian berkata, kejadian seperti itu tidak wajar berlaku.
"Saya harap pihak kerajaan, ketua majlis ambil maklum perkara ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???