PAS nih memang Parti yang hanya memikirkan tentang survival partinya semata-mata... PAS akan cuba berbuat apa sahaja demi untuk memastikan parti mereka mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu yang pro kepada Agama...
PAS akan sentiasa membawa isu Agama yang disekalikan dengan isu Bangsa demi untuk kekal relevan. Inilah PAS yang ramai mengatakan bahawa PAS hanyalah sekadar "Penunggang Agama".
Itu sebabnya bila PAS rasa mereka telah mendapat sedikit peluang... mereka akan mempergunakan sebaiknya apa sahaja.... sebagai contoh... isu Hudud... isu RUU355 .... isu ICERD ... apa sahaja isu... yang penting... PAS dapat liputan media...
Sebagai contoh... isu Muafakat pada bangsa Melayu seperti yang diperbuat dalam Muafakat Nasional tue cuma sekadar untuk memastikan PAS berada dalam circle kuasa yang betul... tambah lagi bila sekarang ini PAS dah berada dalam Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional lebih dari 18 bulan....
Dan dalam Muafakat Nasional nih... korang takkan nampak PAS memperjuangkan nasib marhaen mustad'afin... macam golongan setinggan... golongan miskin bandar.... golongan pekerja... golongan susah.... Mereka dah tau menjuarai suara-suarah B40 dan M40 ... Malah PAS dilihat langsung tak bersuara dalam kejadian banjir yang melanda rakyat...
Dulu biasanya PAS akan membawa isu kronisma, nepotisma dan rasuah.. Kini semuanya sunyi sepi..
Jadi tak terkejutlah bilamana ramai pemimpin UMNO yang perasan akan keadaan dan perangai PAS itu sendiri... Diharapkan pemimpin UMNO takkan ditipu berkali-kali dengan PAS... PAS ini boleh diibaratkan seperti "Melepaskan Anjing Tersepit"
