Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pembalakan. Show all posts
Showing posts with label Pembalakan. Show all posts

15 July 2022

Proaktif Sungguh La Jabatan Perhutanan Kelantan

Bhai/DeeDee semua...

Betul la peribahasa orang tua-tua dahulu... Gajah depan mata tak nampak, nyamuk seberang laut boleh nampak.

Betul-betul proaktif sungguh la Jabatan Perhutanan Kelantan.... Hahaha


TANAH MERAH - Jabatan Perhutanan Negeri menyita 10 tan sisa dan tunggul kayu, termasuk tual kayu bulat pelbagai spesis tanpa pas pemindah yang sah dalam tiga operasi berasingan, sejak Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan tersebut dilakukan pihaknya berdasarkan maklumat dan aduan awam.

Menurutnya, kes pertama melibatkan serbuan pada 29 April lalu di sebuah kilang kayu getah di Jalan Machang-Tanah Merah dengan penahanan seorang warga tempatan dalam lingkungan 40 tahun.

“Hasil serbuan mendapati terdapat beberapa longgokan tual kayu bulat pelbagai spesis di lokasi berkenaan dan pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan beliau memiliki hasil hutan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 69(1) Akta Perhutanan Negara 1984: Operator Loji Penukaran Dikehendaki Mempunyai Pas Pemindah dan Rekod Ukuran," katanya ketika ditemui di Pejabat Perhutanan Tanah Merah di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Abdul Khalim berkata, serbuan bagi kes kedua pula dilakukan pada 30 April di sebuah premis perniagaan kayu sisa di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang turut menahan seorang suspek bagi membantu siasatan.

“Kami menemui longgokan sisa kayu iaitu tunggul kayu, kulit kayu dan bongkah kayu pelbagai spesis seberat sembilan tan tanpa pas pemindah yang sah.

“Suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 84(1), Akta Perhutanan Negara 1984: Memiliki Hasil Hutan Secara Menyalahi Undang-undang,” katanya.




 

07 March 2022

Banjir kilat landa Lembah Klang - Hukuman atau Peringatan?

Bhai/DeeDee semua...

Lembah Klang dilanda banjir kilat lagi. Dalam tahun ini je dah berapa kali Lembah Klang dilanda banjir kilat. Sebelum PKP dan sampai sekarang dah berapa kali Malaysia dilanda banjir kilat dan banjir besar.

Boleh kata semua negeri kena banjir kilat dan banjir besar kebelakangan ini... Timbul persoalan... adakah ianya hukuman atau sekadar peringatan buat kita manusia yang sering lalai dan leka.

Kitalah juga yang merosakkan alam ini... ditangan kitalah semua keputusan... ditangan kita ini jugalah kita lalai dan leka ... berbangga dengan pembangunan yang tidak sekata.

Adakah kita mahu sedar?

#BanjirKilat #LembahKlang #Bala #BencanaAlam #Pembangunan #Lestari #Mapan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

06 January 2022

Batik Pahang Tenun DiRaja

Bhai/DeeDee semua...

Mungkin ada yang tak tahu bahawa ujudnya satu perusahan Tenun DiRaja yang terletak di Pekan Pahang... Kalu tak silap gua tak jauh dari Kampung Mekasar di Pekan... Disini bukan sahaja mereka menenuh Songket... tapi juga ada yang membuat kraftangan Batik.

Industri ini telah ujud zaman berzaman dan dikekalkan secara ekslusif oleh beberapa individu yang membuatnya secara berkelompok.. Namun terdapat juga satu organisasi yang telah ditubuhkan untuk mengekalkan industri kreatif ini.

Industri Batik dan Songket ini telah dinaiktaraf dan disokong oleh Istana Pahang lalu diberikan gelaran Tenun DiRaja.

Semoga Batik dan Songket Tenun DiRaja akan kekal di warisi zaman berzaman...

Bukan macam yang kat bawah nih.... Hahaha







02 January 2022

Mana Ada Pembalakan

Bhai/DeeDee semua...

Best biler dengar hujah dan laporan (report) daripada Jabatan Perhutanan.... berkenaan isu pembalakan yang menyebabkan banjir teruk dan banjir balak .....adoilah... sebab jawapan mereka agak kelakar dan lawak...

Aper pun... memang kelakar... Sabor jer la...

Nak bekap Kayangan pun takkan la sampai tak beragak bagi jawapan bodoh dan macam tak berotak... Huhuhu... Citer jer la yang benda betul... Huhuhu ... kita tau la sapa yang empunya lesen, permit dan compartment balak.... huhuhu... jahanam hutan .. jahanam forest kita nih...






31 December 2021

Ini Contoh "Kepala Air"

Bhai/DeeDee semua...

Untuk makluman rakyat Malaysia … Ini adalah salah satu contoh “Kepala Air” yang menyebabkan bencana alam selama ini.

Tak percaya?

Sila “jangan” tanya ngan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Walaun dan Machai pun “jangan” ditanya.

*** P/S : Tengok tagline pada gambar paling bawah "Evil wears many faces"... Ayat tu lejen... Hahaha




29 December 2021

Sebab Apa Pembalakan Di Kanada Mesra Alam

Kanada jugak adalah negara yang punyai luas kawasan hutan yang agak besar. Hampir 70% kot kawasannya dilitupi hutan. Kayu balaknya pun besar. Kayu maple ader, kayu birch ader, kayu spruce ader… macam-macam ada..

Diorang pun agresif gak dalam bab pembalakan. Tapi menariknya, alam sekitar tak terjejas pun. Air sungai tetap mengalir bersih dan jernih.

Udara toksah kata la… nyaman… Flora dan fauna disana nampak lebih melata tak diusik. Mereka ader musim memburu. Ramai yang ader lesen senjata dan ianya jugak agak mudah dilesenkan. Memburu tu boleh dan dibenarkan. Tapi ikut permit dan limit yang ditetapkan. Sebab itu haiwan tak pupus.

Kanada jugak ada hutan simpan (forest reserve) … dan ianya juga memang solid berstatus hutan simpan. Mereka betul-betul jaga status itu. Mereka kekalkan ianya tersimpan.. mana-mana orang yang menceroboh akan diambil tindakan tanpa prejudis.

Sebab utama pembalakan disana tak cemarkan alam sekitar, tak rosakkan flora dan fauna, tak menyebabkan pencemaran air mentah dan sungai, takder menyebabkan sungai bertukar warna.. semua ini adalah satu sebab jer…

Sebab mereka tiada Raja atau Sultan. Prince Philips dah meninggal dunia. Queen Elizabeth pulak duduk di England…

Queen Elizabeth takder memiliki slot compartment balak. Queen Elizabeth takder memiliki konsesi balak tambah lagi di kawasan Hutan Simpan atau Hutan Simpan Kekal.

Malah kalu pun Queen Elizabeth ader konsesi balak, baginda tabley sesuka hati membalak tanpa mengambil kira kesan terhadap alam. Queen Elizabet pun boleh disaman atau didakwa.

Itu ja sebabnya pembalakan di Kanada kita panggil sustainable deforestation.



18 July 2021

Siapa Jual 17767 Hektar Hutan Simpan Kekal Dengan Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Siapa jual 17767 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) dengan Singapura? Siapa punya kerja juga keluasan tanah sebesar 3.62 kali ganda keluasan Putrajaya?

Berapa banyak pulak kayu balak yang akan dapat dikeluarkan dari Hutan Simpan Kekal Gunung Arong nih? Siapa punya kerja ni? Semua pasai nak mengaut hasil dari perlombongan emas.

Dapat cuma one-off RM3 juta... dan pegangan dalam syarikat sebanyak 15% jer... dan pembayaran keuntungan hanya 30% sahaja...

Pergh.... adoilah... cakap banyak karang kena report la pulak... adoyailah... rosak alam sekitar...

#HSKGunungArong #SelamatkanGunungArong #SouthernAlliance #Mersing #Tenggaroh #GunongArong #LombongEmas #Pembalakan #HutanSimpanKekal

23 June 2021

Jahanam Alam Sekitar Kita Akibat Tangan Ghaib

Bhai/DeeDee semua....

Habis segala hutan banat diteroka untuk perladangan, perlombongan dan pembalakan. Habitat semulajadi haiwan (terutamanya spesis terancam) dikacau ganggu. Bukan sahaja kawasan tapak garam semulajadi untuk haiwan, tetapi sumber air untuk haiwan pun terjejas.

Kawasan untuk Orang Asal/Orang Asli pun lama dah dikacau ganggu, malah ada kes para kontraktor melakukan tindakan tak sewajarnya kepada komuniti Orang Asal/Asli terutamanya kepada anak-anak perempuan mereka.

Rezab air juga tercemar sama ada dari aktiviti pembalakan mahupun perlombongan. Tambah lagi kalau perlombongan yang menggunakan bahan kimia tertentu semacam Cynide dan Mercury.

Tangan-tangan yang terlibat pulak bukan kecik-kecik anak.... sampai ke paling atas. Nak salahkan pegawai yang meluluskan pun tak berapa adil kalu yang khianat nih adalah orang yang punya kuasa tidak terbanding... Kuasa yang maha dewa... Kuasa yang tidak boleh dicabar sama ada disegi undang-undang mahupun tindakan.. Siapa yang berani?

Akhirnya... yang jadi mangsa adalah alam sekitar itu sendiri (termasuklah haiwan, flora fauna dan Orang Asal/Asli) ..... ekosistem berubah... kestabilan biodiversiti juga terganggu...

Kitalah yang merosakkan warisan untuk anak cucu cicit kita.... kononnya demi pembangunan, ekonomi dan kekayaan... walhal itu semua bukan boleh semudahnya diganti kembali.... jahanam...

Semoga Allah Taala membalas semua kerja celaka yang dibuat oleh mereka-mereka ini sebaiknya.... tidak kisah lah siapa mereka ini. Aamin Ya Rabb

20 March 2021

Membalak Di Hutan Simpan

Bhai/DeeDee semua...

Kalu perkara camnie berlaku di Pahang... gua sangat tak terkejut... sama dengan kalu perkara camnie berlaku di Kelantan.... hahaha.... dimana banyak hutan simpan dijadikan kawasan pembalakan.... ntah la aper fungsi nama Hutan Simpan kalu pembalakan masih boleh dilakukan.... hahaha

Dan gua cukup tak terkejut kalu suara syarikat balak nih jadi cukup kuat... dan sampaikan Mahkamah pon jadi cuak dengan depa... tambah lagi kalu nak kira lagi cuak la pegawai Jabatan Perhutanan Negeri... hahahaha

Sebab yang biasa bekap dibelakang syarikat balak dan pemilik konsesi balak nih... lu pon tau siapa... Hahaha... open secret... Hahaha.... surat kaler kuning biasanya bhai...

Hahaha...

So... dalam kes pembalakan di Hutan Simpan Jerantut Tambahan nih.. hahaha... kita dah boleh agak dah outcome perhakiman dier nanti.... Hahaha

Layan jer la...



03 April 2020

MEWA

Bhai/DeeDee semua...

Kementerian Alam Sekitar semalam mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju bahawa nama Kementerian Alam Sekitar ditukarkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air...atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah Ministry of Environment and Water ....

Mereka mengambil nama singkatan sebagai MEWA ....

Jadi....pada gua... langkah ini tidak bertepatan pada masa dan ketika ini.... Ini kerana ada dua perkara...


  1. Ianya melibatkan kos yang agak besar .. untuk menukar logo... papantanda Kementerian... segala macam kepala surat serta alatulis yang berlogo serta segala chop getah kakitangan dan sebagainya...
  2. Ianya menggunakan Bahasa Inggeris ... satu tindakan yang tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu diperingkat Persekutuan.... Malah ini adalah tindakan yang paling memalukan dikala mana Bahasa Melayu nampaknya semakin dipinggirkan...
Tindakan tidak proaktif ini memperlihatkan bahawa Menteri Alam Sekitar (Tuan Ibrahim Tuan Man) sebenarnya tidak tahu memilih kepentingan dalam keadaaan ekonomi dan Negara yang agak sukar ini...

Apakah rasionalnya serta pentingnya penukaran nama Kementerian ini dikala Alam Sekitar dan Sumber Air bersih masih menjadi bahan lelucon oleh rakyat... dimana Alam Sekitar dan Sumber Air dilacurkan oleh pihak tertentu demi kepentingan poket para kapitalis dan kepimpinan...

Apakah tidak ada inisiatif yang lebih berkesan untuk menunjukkan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air mempunyai taring dalam menjuarai isu berkepentingan ini....

29 January 2012

Hak Orang Asal Dikesampingkan Di Gua Musang

Bhai.. gua dari dulu lagi tarak suka biler dengar citer yang hak orang asal dikesampingkan ... dibuat main-main.. diperlekehkan macam la diorang nih pendatang tanpa izin... Gua cukup menyampah biler kerajaan (tak kira la negeri ker Persekutuan ker) yang amik ringan jer pasai hak-hak orang asal nih...

Orang Asal nih ramai yang takder pendidikan tinggi.. sebab itu la ramai diorang nih takder kad pengenalan.. malah.. geran tanah pon takder... sebabnyer.. pada diorang.. takder maknernyer kertas-kertas nih... bukannyer diorang nih pandai baca pon...

Malah sistem pendidikan kiter pon tak berapa nak layan orang asal nih.. aper salahnyer kalu ader sekolah khas untuk orang asal ker... kan lebih bagoosh... ini kiter ader sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil... tapi sekolah jenis kebangsaan untuk Orang Asal takder....

Nih timbul citer yang Orang Asal ditangkap dan dinafikan hak diorang atas tanah yang memang diorang tinggal dah lama di Gua Musang nih... memang la diorang takder geran tanah.. tapi tanah tue diorang dah lama duduk menetap... tapi Kerajaan Negeri Kelantan tanpa budi bicara.. terus sabitkan isu tanah tue aderlah tanah Kerajaan Negeri.. pasai tidak diwartakan kepada tanah adat Orang Asal...

Err... ngaper tak boleh guna budi bicara.. ngaper tak boleh berbincang cara baik.. ngaper kebulur sangat hasil balak sampaikan masa tue tertutup nak bincang cara baik dan budi bicara ngan penduduk setempat... Ingat kalu buat cara nih orang lagi respek ker... cheiyy... tak kira la Ustaz ker.. Ulama ker.. tapi kalu susah nak berbudi bicara... pada gua la.. tarak layak jadi pemimpin...

Aper salahnyer kalu kiter dengar keluhan Orang Asal... aper salahnyer bawak Orang Asal nih berbincang cara baik... aper salahnyer kalu ditangguhkan dulu urusan pembalakan sampai semua urusan berbincang selesai... aper salahnyer bagi pampasan sikit kat Orang Asal... aper salahnyer bagi geran kat Orang Asal...

Isu Orang Asal di Gua Musang nih gua rasakan akan menyebabkan Orang Asal akan menyamakan Kerajaan Pakatan Rakyat samer perangai macam Kerajaan Barisan Nasional.... Gua nak ingatkan Nik Aziz... Jangan pandang kecik dengan sentimen Orang Asal... jangan pandang takder mata dengan Orang Asal... Jangan perlecehkan Orang Asal...

Orang Asal pon ader hak diorang.. dan diorang nih jenis akan ingat jasa-jasa orang pada diorang... dan kalu diorang kata benci.. sampai biler biler diorang akan kata benci...

Sori aa... gua bukan agen UMNO.. gua bukan cybertrooper UMNO...

kalu Pakatan Rakyat (PAS) tarak betul jalan ... gua tegur... samer gak kalu Barisan Nasional (UMNO) tarak betul jalan... gua tegur gak...

Tolong aaa... jangan ikut perangai UMNO/BN .... tolong aaa...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1