Kementerian Alam Sekitar semalam mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju bahawa nama Kementerian Alam Sekitar ditukarkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air...atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah Ministry of Environment and Water ....
Mereka mengambil nama singkatan sebagai MEWA ....
Jadi....pada gua... langkah ini tidak bertepatan pada masa dan ketika ini.... Ini kerana ada dua perkara...
- Ianya melibatkan kos yang agak besar .. untuk menukar logo... papantanda Kementerian... segala macam kepala surat serta alatulis yang berlogo serta segala chop getah kakitangan dan sebagainya...
- Ianya menggunakan Bahasa Inggeris ... satu tindakan yang tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu diperingkat Persekutuan.... Malah ini adalah tindakan yang paling memalukan dikala mana Bahasa Melayu nampaknya semakin dipinggirkan...
Tindakan tidak proaktif ini memperlihatkan bahawa Menteri Alam Sekitar (Tuan Ibrahim Tuan Man) sebenarnya tidak tahu memilih kepentingan dalam keadaaan ekonomi dan Negara yang agak sukar ini...
Apakah rasionalnya serta pentingnya penukaran nama Kementerian ini dikala Alam Sekitar dan Sumber Air bersih masih menjadi bahan lelucon oleh rakyat... dimana Alam Sekitar dan Sumber Air dilacurkan oleh pihak tertentu demi kepentingan poket para kapitalis dan kepimpinan...

Apakah tidak ada inisiatif yang lebih berkesan untuk menunjukkan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air mempunyai taring dalam menjuarai isu berkepentingan ini....