Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Banjir Kilat. Show all posts
Showing posts with label Banjir Kilat. Show all posts

03 August 2022

Banjir. Apa Jalan Penyelesaiannya?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dapati semenjak dua menjak nih... negara Malaysia kita nih kerap mengalami kejadian banjir yang agak kronik.. Hampir semua kejadian banjir yang berlaku di Malaysia melibatkan banjir lumpur. Air yang berkeladak dan penuh dengan selut. 

Tambah lagi dengan banjir yang membawa sekali kayu-kayu balak dan pelbagai kayu hutan.

Apa yang sebenarnya telah berlaku nih? Adakah semuanya akibat dari kerosakan dan penerokaan hutan yang tidak terkawal? Adakah semuanya hasil dari penanaman Durian Musang King??? Tak mungkin semuanya terjadi akibat dari sebab yang sama...

Apa yang gua nampak adalah kita sebenarnya gagal untuk menguruskan hutan dan kawasan persekitaran kita... Aliran sungai yang sebelumnya ada kita telah ubahnya... aliran sungai yang lurus kita belok-belokkannya... Kawasan yang sepatutnya lembah dan menjadi span bagi menyerap air lebihan dari hujan.. kita tambak dengan tanah... kita buat bangunan.... kita buat longkang yang kecil...

Jadi kemana air itu hendak pergi... Dalam banyak kes...  kita tutup kawasan yang sepatutnya menjadi aliran air ke sungai atau laut ... dan kita buat longkang yang kecil...

Berapa banyakkah kawasan yang mempunyai "monsoon drain" yang berskala sesuai seperti 6 kaki lebar x 6 kaki dalam??? Berapa banyakkah longkang besar yang selebar 4 kaki x 6 kaki dalam?

Tak banyak kan... Malah di kawasan bandar pun susah kita nak tengok adanya "monsoon drain" nih macam di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur..... Payah...

Jadi kemana air itu nak pergi... lebihan air yang melimpah semua tu nak pergi mana... kawasan tadahan hujan yang sepatutnya berskala besar pun kita sudah tidak sediakan... bagaimana semua air itu nak dialihkan?? Pening kepala...

Perancang bandar @ Township Planner?? Apa kerja mereka? Sepatutnya merekalah yang berusaha untuk merancang sesuatu perbandaran agar aliran trafik massa dan aliran air dapat disusunatur dan dikawalselia serta dirancang... Jangan sampai satu malapetaka besar berlaku mengakibatkan nyawa yang ramai barulah kita nak amik tindakan... jangan sampai ianya mengakibatkan kerugian besar dari segi ekonomi dan perniagaan.

Jangan jadi bangang... Model perancangan bandar sebenarnya boleh dibuatkan simulasi dalam komputer dan dapat dinilai untuk rancangan 5 atau 10 tahun... Benda mudah sebenarnya... Jangan berlawan dengan alam... sebab dalam banyak keadaan... Alam yang akan menang....



08 March 2022

Shahidan Kassim Melarikan Diri? Satu KL orang cari dia.

Bhai/DeeDee semua...

Semalam Lembah Klang dilanda banjir akibat dari hujan berterusan selama 2 jam. Memang teruk Kuala Lumpur.. Lumpuh .... Hotel dan Pejabat semua kena banjir. Jalanraya dan terowong semua penuh air. Smart Tunnel pun tak mampu nak cover semua air banjir.

Dan semua orang cari Menteri Wilayah Persekutuan.. semua warga KL cari Shahidan Kassim.. Kemana dia pergi... Sehingga lewat petang nih pun takder apa-apa kenyataan dari Shahidan Kassim tentang apa yang berlaku semalam? Menteri MEWA Tuan Ibrahim Tuan Man hanya mampu menyalahkan hujan jer...

Kronik la... Apa nak jadi Malaysia nih... ader Menteri bangang dan lembab... ader Perdana Menteri lemau.... ader pimpinan lagi atas yang bisu... adoilah...

Mana Menteri Wilayah Persekutuan ketika KL dilanda banjir kilat

#BanjirKilat #LembahKlang #ShahidanKassim #Bala #BencanaAlam #Pembangunan #Lestari #Mapan #MenteriWilayah #AlamSekitar #MEWA #CipanTapirTenuk #SocialCritics

07 March 2022

Banjir kilat landa Lembah Klang - Hukuman atau Peringatan?

Bhai/DeeDee semua...

Lembah Klang dilanda banjir kilat lagi. Dalam tahun ini je dah berapa kali Lembah Klang dilanda banjir kilat. Sebelum PKP dan sampai sekarang dah berapa kali Malaysia dilanda banjir kilat dan banjir besar.

Boleh kata semua negeri kena banjir kilat dan banjir besar kebelakangan ini... Timbul persoalan... adakah ianya hukuman atau sekadar peringatan buat kita manusia yang sering lalai dan leka.

Kitalah juga yang merosakkan alam ini... ditangan kitalah semua keputusan... ditangan kita ini jugalah kita lalai dan leka ... berbangga dengan pembangunan yang tidak sekata.

Adakah kita mahu sedar?

#BanjirKilat #LembahKlang #Bala #BencanaAlam #Pembangunan #Lestari #Mapan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

24 December 2012

BANJIR : Diskaun Harga Murah Al Ikhsan Kuantan

Bhai..... banjir besar dah melanda Kuantan... dan banyak kedai dah dimasuki air... dan banyak jugak jualan yang dah kena air banjir...  Contoh paling teruk kalu berniaga alat tulis... hancuss... rosak... kertas dan peralatan banyak jahanam... Bagi yang berniaga bahan yang takder masalah dengan air ... contohnyer kain baju ker... peralatan sukan ker... masih lagi boleh diselamatkan...

Cuma.... bagi kedai yang dah kena masuk air tue dan barangan dah terendam dalam air banjir kilat yang kotor tue.... hehehe... seeloknya jual la stok tue pada harga diskaun.... Macam kedai alatan sukan Al Ikhsan di Kuantan tue la... ala... yang kena banjir kat kawasan Megamall tue.... aper salahnyer kasi jual barangan tue pada harga diskaun...

Sebab barang dah kena air banjir... takkan la nak jual pada harga stendet lagie... kasi chan la ... lagipon lu orang boleh claim insuran pasai banjir kan... errr... ker bencana alam tak termasuk dalam coverage insuran... itu macam kalu... baik tak payah amik insuran... bayar mahal... tapi tak cover... aper daa...

Kalu lu orang nak tau... industri insuran dan takaful la yang paling parasit dan kapitalis.... premium kena bayar... lambat kena potong atau void... tapi... biler mau claim... sama ader buat-buat lambat.. atau kasi kurang boleh claim... atau cari jalan tak bagi pelanggan claim.... ini modus operandi semua syarikat Insuran dan Takaful.... samer jer...

So.... aderkah Al Ikhsan Kuantan akan bagi diskaun harga murah akibat banjir di Kuantan? Ini kita kena pi tanya la .... hahaha


Zon Disko Di Kuantan Dilanda. Banjir

Pergh... Gua cukup suka dan teruja biler dapat tau yang zon disko di Kuantan dilanda banjir kilat hari nih.. Moga banyak lagi banjir kilat melanda kawasan nih...

Aper pon.. Gua ucapkan takziah kat sesiapa yang rugi banyak pasai banjir kilat nih. Selagi lu orang redho kat takdir dan ketentuan Allah nih, selagi itulah ader ganjaran daripada Allah dalam bentuk yang lain...

Moga lepas nih biler Pakatan Rakyat amik alih Pahang... Maka takder lagi banjir kilat kat Kuantan. Ameen....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1