Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

16 June 2020

TNB Nak Cover Kerugian

Bhai/DeeDee semua...

Korang kena paham ... dalam isu kenaikan mendadak bil elektrik nih semua.... bukan sebab aper... semuanya sebab TNB perlu untuk nak cover kerugian mereka...

RM403 juta lebih TNB dah rugi akibat urusan tukaran wang asing.... Yang ini kita semua kena paham... bila dah rugi kena la cari jalan nak cover balik... kalu tidak susah la TNB nak bagi khidmat CSR.. bagi biasiswa.. bagi bantuan kepada fakir miskin,...

Hahaha....

Ader paham ka???


8 comments:

  1. Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed mendedahkan bagaimana beliau menghadapi gangguan semasa memegang jawatan sebagai CEO dan presiden kumpulan PNB.

    Tun Mahathir Gelar Melayu "Uneducated" Tetapi Cucu Sendiri Tipu Sijil. Apabila Tun Mahathir ditanya tentang perlantikan cucu saudaranya, jawapan Tun Mahathir adalah "saya tak tahu".

    Apabila ditanya bagaimana Pengerusi YPB tidak tahu tentang perlantikan CEO PNB, Tun Mahathir jawab Tan Sri Zeti tidak maklumkan kepadanya. Sedangkan Zeti sudah beritahu tun.

    Menurut cucu saudara Tun Dr Mahathir Mohamad itu, keadaan tersebut membuatkannya semakin bimbang tentang keselamatan keluarga.

    Alasan disebabkan 'keselamatan keluarga' itu hanya auta cucu mamak saja. Untuk pengetahuan cucu atok kesayangan dan walaun unta sekelian , atok dah 95 tahun elok jer selamat hidup kat Malaysia ni...!!

    Klu rugi buisness bole bailout lagi...celah mana yang tak selamatnya..!?

    Yang tak selamat ialah rakyat, kes pembunuhan Syuhada Jalil Ibrahim dalam kes BMf pembunuhnya masih bebas hingga kini..

    Pada anak cucu kesayangan atok lu bole reka beratus alasan... hidup anakcucu tetap kaya raya...

    ... nak sembang kari bole naik lori weiii..

    ReplyDelete
  2. macam biasa, blogger paling bijak bestari dalam sejarah Malaysia, serba serbi arif.

    ReplyDelete
  3. FOREX senjata Fitnah dajjal Singapura, DAP dan Brother dalam mencaturkan politik di Malaysia.

    Suka atau tak aku kena tulis dan sebarkan

    Awas isu FOREX dulu dilupakan puak PH ini tetiba hari ini disungkit oleh puak PH semula, Brother, DAP dan Singapura pusat fitnah Malaysia sudah mulakan serangan serentak.

    Akhirnya Tun tenggelam punca akibat angkara nya sendiri.

    Badan penyelia bursa S'pura siasat syarikat berkaitan Mirzan Mahathir : Apa kaitan kes ini dengan DAP..!?

    SBI Offshore, yang mana pengerusi eksekutifnya ialah Mirzan Mahathir iaitu anak kepada Dr Mahathir Mohamad, kini disiasat badan penyelia Bursa Saham Singapura SGX RegCo atas dakwaan kemungkinan pelanggaran peraturan penyenaraian dan tugas fidusiari pengarah.

    Kita Rakyat Malaysia kena faham Singapura adalah pusat fitnah Malaysia di Asia Tenggara.

    Apa kaitan dengan kes ini.. Ia sangat mudah difahami dan dianalisa kenapa Singapura bongkar kes ini sekarang..
    Sebab politik Malaysia tidak stabil dan jarum halus adu domba Singapura melalui DAP kian mengancam di Malaysia

    Singapura abang pada parti DAP masih mahu campur tangan hal hal di Malaysia. Melalui DAP jarum halus Singapura tetap mahu campurtangan hal ehwal di Malaysia.

    Singapura keluarkan audit khas terhadap syarikat milik anak Tun Mahathir yang dibuat RSM Corporate Advisory.

    Menurut laporan The Edge Singapura, SGX RegCo telah memantau SBI Offshore selama beberapa tahun.

    Singapura saja mengeluarkan syarikat anak Mahathir supaya Tun tunduk dengan kemahuan politik DAP supaya bergabung dengan Anwar untuk jatuhkan PN. Chin Tong dari DAP dapat didikan dan dana dari kerajaan Singapura.

    Nampak tak game Singapura nak fitnah dan adu dombakan puak PH vs PN di Malaysia..!?

    Perancangan DAP gunakan abang besarnya di Singapura untuk membantu rancangan DAP sambil membatu apikan dan mengucar kacirkan politik di negara ini...

    Dalam masa yang sama di Malaysia Skandal Forex dimainkan oleh Anwar sambil memalitkan nama Najib.

    Anwar Sambut Baik Gesaan Najib skandal forex dibuka semula.

    Semalam Najib berkata, disebabkan terdapat pihak yang tidak suka pengguguran kes Riza Aziz dan Musa Aman, maka beliau meminta kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Tommy Thomas menjadi peguam negara sebelum ini juga diteruskan oleh Jabatan Peguam Negara sekarang.

    Seperti biasa Brother kita saja usik isu Forex supaya menyokong pendirianya supaya Tun sokong Brother sebagai PM Malaysia..

    Serangan dari Singapork@DAP dan barua nya Brother Anwar Bin Ibrahim serentak makin hebat.

    Nampak tak camner Tun kena main kali ini. Padan muko kau atok kali ini.

    Brother berkata, antaranya ialah “skandal forex” yang sehingga kini tidak menyaksikan mana-mana individu didakwa atau didapati bertanggungjjawab ke atas kehilangan dana yang begitu besar.

    Wahai Atok. kau nak lari ke mana sekarang ini..!? Kiri kanan atas bawah mahu telanjangkan kau dan legacy kau dengan harapan agar kembali bersama Brother, PAN PH supaya perancangan DAP jadi kenyataan.

    Akhirnya atok jadi kuda tunggangan DAP dan kunco kunconya sampai habis nyawa.

    Akhirnya Melayu Bacol Mudah Lupa hasil adu domba dari Singapura melalui parti DAP. Inilah karma dari perbuatan khianat Tun sendiri terhadap negara.

    Inilah karma akibat perbuatan sabotaj dan khianatnya pada negara dibumi bertuah ini.

    Pada rakyat Malaysia sekelian biar kan mereka berperang sesama sendiri, kita teruskan Mufakat Nasional PAS UMNO serpihan Bersatu serpihan PKR supaya Melayu Islam bersatu dalam PRU 15 ini.

    ReplyDelete
  4. hidup TNB.mampoih pi la rakyat

    ReplyDelete
  5. Ya betul tu. Kita kena angkat pakar strategi, fraud pemimpin najib ku nan isa samad zahid dll sbg peneraju pemerintahan org melayu. Mrk sgt cekap. Takkisah la nak sapu duit, janji mrk melayu islam.
    Angkat semula datin ros sbg first lady semula. Ingat.. Mrk mmpunyai kerusi parlimen. Kalau masuk ke dalam.. Habisla MN..
    Lagipun kami pas ada dalilnya utk bantu melayu islam disrlamatkan wlupun mrk penjenayah rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kes sedang dibicarakan jangan mendahului mahkamah... buang sikap prajudis...

      kes banglo lajak murah tokong pun patut dibicarakan semula

      Delete
  6. adat berniaga ada rugi tapi jnagan cari pasai ngan pelanggan
    hujan pun bukan turun selalu

    Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil pelajaran (daripadanya); maka kebanyakan manusia itu tidak mau kecuali mengingkari (nikmat).

    umat islam bersatu lebih penting dari melayu bersatu

    umat islam tak kira bangsa
    80% umat Islam bukan bangsa Arab

    Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan,
    maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara;

    bersatu kerna Allah bukan nak rebut habuan
    dah ada kuasa jalankan siasah islam bukan macam kapir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah impian umat Islam sejati...namun semakin di harap
      semakin mengecewakan..mungkin hingga hadirnya Al Mahdi

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1