Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label 2021. Show all posts
Showing posts with label 2021. Show all posts

14 January 2021

Mana Satu Nak Guna Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Rakyat Malaysia secara umumnya agak keliru dengan dua perisytiharan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini....

Dua perisytiharan itu adalah;
  1. Perisytiharan PKP 2.0
  2. Perisytiharan Darurat 2021
Persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah yang mana satu lebih utama (prominent) di antara kedua-dua ini... Yang mana satu lebih patut rakyat ikut... PKP 2.0 atau Darurat 2021?

Sebab... PKP 2.0 hanyalah satu perisytiharan yang sebenarnya agak biasa untuk rakyat ikut dan laksanakan... tetapi Darurat 2021 pula sepatutnya adalah mempunyai kesan impak (significant) terhadap urusan seharian rakyat...

Setakat sekarang ini... yang nampak perlaksaan PKP 2.0 adalah lebih kedepan... jadi apa wajarnya Darurat 2021 dilaksanakan jika Darurat 2021 itu hanya sekadar untuk lengahkan serta gantung urusan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sahaja... 

Rakyat Malaysia nampak jelas yang urusan Darurat 2021 sebenarnya lebih kepada nak mengekang kuasa politik yang semakin lemah yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yasin atas kurangnya sokongan majoriti.

Kita pon maklum sangat la kenapa YDP Agong membenarkan Darurat 2021 nih berlaku... Malaslah nak huraikan lebih sebab nanti ada yang kat ianya satu penghinaan kepada kuasa YDP Agong untuk melaksanakan perintah Darurat...

Aper pon... rakyat Malaysia bukan bodoh... rakyat Malaysia sudah memerhatikan... dan akan terus memerhatikan.... sepertimana kecohnya gambar-gambar konsesi pembalakan yang tersebar di media sosial yang diyakini menjadi antara penyebab utama banjir di Malaysia baru-baru ini.

Ader paham ka??





01 January 2021

2021 - Malaysia Zombie Land

Bhai/DeeDee semua....

Satu perkara yang kita tak boleh nak nafikan adalah betapa teruknya sistem politik dan siasah di Malaysia nih. Ini semua kerana ketaksuban kita warga Malaysia sama ada terhadap jalur politik yang kita pilih atau terhadap kaum/bangsa/agama yang kita memang dilahirkan sebegitu.



Malah ketaksuban terhadap kaum bangsawan juga adalah sebahagian dari masalah.

Jadi... bila gua bagi tajuk 2021 - Malaysia Zombie Land... ini bukan bermaksud rakyat Malaysia telah terkena dengan gangguan penyakit Zombie (menjadi mayat hidup) atau penyakit Covid-19 ... akan tetapi Zombie memang tak mengikut akal fikiran yang waras... Zombie akan ikut apa yang telah diprogramkan dalam sistem dier..

Inilah maksud gua...

Kalu ketaksuban terhadap jalur politik... maka apa sahaja yang dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.

Kalu ketaksuban terhadap kaum/bangsa/agama .... maka apa sahaja yang diprogramkan dan dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.. Malah dalam banyak keadaan... yang selain dari jalur ini dianggap sesat, kafir dan lekeh.

Itu belum lagi kalu ketaksuban terhadap para dewa dan dewi kayangan... memang susah nak dinasihatkan dan dibentuk... dan ini memang antara yang paling teruk... segala apa yang dibuat oleh dewa dan dewi dianggap bayangan Tuhan di muka bumi.... dan tidak boleh langsung dipertikaikan....

Memang bangang... tapi itulah.... 

Dan memang itulah Malaysia waima tahun 2020 atau 2021 dan seterusnya... susah nak berubah dah... dah kronik... 

Cuma satu ja yang gua harapkan.... 25 tahun lagi harapnya yang celaka semua nih dapat di MUZIUM kan.

Aamin Ya Rabb.





Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1