Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Autonomi. Show all posts
Showing posts with label Autonomi. Show all posts

22 December 2022

Semoga MA63 Diselesaikan Dengan Baik

Bhai/DeeDee semua..

Gua dari dulu lagi tekankan bahawa isu MA63 perlu diselesaikan dengan cepat, kemas dan baik... Ianya sebab perjanjian yang dah lama di tuntut untuk dilaksanakan... Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia atas dasar sebuah negara... bukannya negeri.. jadi mereka ada autonomi sendiri... 

Mereka berhak menentukan apa sahaja berkaitan dengan negara mereka berdasarkan autonomi yang telah dipersetujui dalam Perjanjian MA63..

Jadi tindakan Anwar Ibrahim memberikan kembali kuasa mengawal selia gas kepada Sabah adalah satu usaha terpuji... sama seperti sebelum ini Sarawak telah mendapat hak mereka.... Dan harapnya Sabah dapat memanfaatkan perkara ini untuk kebaikan dan kelestarian Sabah itu sendiri... Janganlah tiris di mana-mana dalam pengurusan kewangan yang agak besar ni...

Terima kasih buat YDP Agong yang memperkenankan perkara ini berlaku...


Kerajaan Persekutuan membuat keputusan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah seperti yang diberikan kepada Sarawak sebelum ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh pelaksanaan kawal selia oleh kerajaan negeri Sabah itu akan ditentukan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dahulunya di peringkat Petronas Persekutuan kepada Sabah dan ini juga berlaku untuk Sarawak.

“Kuasa peletakan harga dan perjanjian baharu dahulunya diputuskan di pusat, tetapi dengan pemindahan ini, ia menetapkan kuasa kepada Sabah,” katanya di Perdana Putra di sini tadi.

06 December 2021

5 Orang Pemimpin Ja Boleh Hadir

Bhai/DeeDee semua...

Itulah powernya kuasa autonomi yang adalah dalam Sabah dan Sarawak... Kuasa yang termaktub dalam MA63 ... Kuasa yang menghadkan apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat... Kena paham semua ini... sebab Sabah dan Sarawak join Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia dulu adalah sebagai Negara... bukannya sebagai Negeri.

Kena ingat itu semua...

Jangan nak lebih-lebih... kena respek MA63... walaupun kita tahu... Kerajaan Persekutuan Malaysia agak culas nak ikut MA63... setelah 60 tahun nih dok asik dolak-dalik dan tak ikut MA63...

Jadi.. bila ditetapkan hanya 5 orang pemimpin ja boleh hadir PRN Sarawak... so semua kena ikut.... jangan nak memandai..



02 June 2013

Ini Kena Tanya Musa Aman La

Bhai... hahahaha.... gua takmo nak citer banyak.... tengok sajer la gambar nih.... dan baca citer berkaitan kat  sini..... hahahaha .... Ini kena tanya Musa Aman la.... hahahaha... mampuih... aper daaa...



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1