Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Geran Tanah. Show all posts
Showing posts with label Geran Tanah. Show all posts

20 December 2022

Pejabat Tanah Memang Lubuk Rasuah

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi gua selalu bercerita tentang benda nih... Tentang bagaimana Pejabat Tanah memang menjadi lubuk rasuah sejak dari dulu lagi... Keluarga gua ader pengalaman ini... begitu juga dengan beberapa keluarga lain yang gua pernah kenal dan bertanya...

Majoriti pekerja di Pejabat Tanah adalah orang Melayu... dan orang Melayu dikatakan beragama Islam... 

Tapi... di Pejabat Tanah la lubuk utama rasuah.... dari pembantu am rendah (PAR) sampailah ke jawatan paling tinggi... ramai yang terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah.... nak cari fail pun kalu tak hulur alamatnya berjanggut la berulang alik ke Pejabat Tanah...

Karut... 

Bab tetiba ader geran tanah yang berubah pemilikan tue dah biasa.... paling gua terkejut tengok adalah... ada yang sengaja hilangkan (atau tak hantar) surat bayaran cukai tanah kepada pemilik (tambah lagi bilamana pemilik ada yang buta huruf)... last-last tanah tu di batalkan pemilikan hanya kerana tak bayar tunggakan cukai tanah....  dan banyak lagi kes-kes pelik dan ajaib berlaku di pejabat tanah...

Dalam satu kes yang keluarga gua alami... permohonan tanah secara berkelompok oleh orang kampung yang telah dibuat lebih 40 tahun (siap diteroka untuk tanaman kontan) tidak dikira langsung... tetapi didahulukan permohonan dari sebuah syarikat komersial yang ada kaitan dengan orang politik (masa tu dari UMNO) walaupun permohonan ini hanya dibuat tak sampai 1 tahun lamanya ... terhadap satu tanah yang sama....

Macam sial jer kan... huhuhu ... pegawai pejabat tanah hampir kesemuanya Melayu... tapi rasuah paling teruk berlaku di pejabat tanah... 




Selama kira-kira 50 tahun, Sandramadi Adaikan berkali-kali naik turun tangga di pejabat tanah Raub dan mahkamah demi mendapatkan 0.2 hektar tanah pusaka bapanya.

Kini di usia 91 tahun dia percaya penat jerih itu akan berakhir tidak lama lagi.

Dia akhirnya dapat menyaman pentadbir Tanah Daerah Raub dan pengarah tanah dan galian atas dakwaan menceroboh dan membenarkan pencerobohan terhadap tanahnya.

Dia menuntut pengisytiharan sebagai pemilik yang sah hartanah itu.

Dia mendakwa sebahagian tanahnya diceroboh pihak ketiga, walaupun Sandramadi terus menetap di situ.

“Saya tidak akan mati sebelum status tanah yang diberikan kepada bapa saya ini selesai,” katanya.

Dia menyatakan kegembiraannya kepada panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengundi supaya kes itu dibicarakan.

“Saya bukan tunggu sehari dua tetapi 50 tahun bersama anak-anak saya untuk dapatkan balik tanah ini,” katanya.

01 December 2022

Tak Beragak Punya Permintaan

Bhai/DeeDee semua...

Sebijik perangai macam Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS/PN) yang demand macam-macam masa deal ngan Wan Rosdy (UMNO/BN) berkenaan dengan penggabungan untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Pahang. Adoilah... Demanding betul.

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang menyatakan bahawa dia ditinggalkan tunangnya tiga hari sebelum pernikahan mereka berlangsung, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Menurut wanita dikenali sebagai Yessy itu, semua persiapan perkahwinan sudah disempurnakan bahkan, undangan perkahwinan juga telah selesai diberikan kepada tetamu.

“Gambar buku nikah, baju kahwin, gambar praperkahwinan, wang belanja, pakaian pengiring serta undangan ke majlis,” kata Yessy.

Menurut wanita itu, rakan-rakannya juga telah menganjurkan majlis ‘bridal shower’ seminggu sebelum majlis sepatutnya berlangsung.

Namun kata Yessy, tunangnya memilih untuk membatalkan perkahwinan tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka.

“Berbahagialah agar hancurnya hati saya tidak sia-sia. Terima kasih November. 2021 datang membawa bahagia, 2022 pergi meninggalkan duka,” kata Yessy.

Video tersebut menjadi tular namun, bekas tunang Yessy tampil menjelaskan keadaan sebenar yang membawa kepada terputusnya ikatan pertunangan tersebut.

Dia menerusi akaun TikTok @hokcay22 berkata, perkahwinan mereka dibatalkan kerana Yessy berubah fikiran dan meminta mas kahwin berupa geran rumah.

“Pihak perempuan yang membatalkan perkahwinan, bukannya pihak lelaki. Katanya, kalau mahu kahwin dengannya perlu ada geran rumah. Jika tiada (geran rumah), lebih baik batalkan sahaja perkahwinan,” ujar lelaki berkenaan.

Tambah @hokcay22, dia akhirnya akur untuk melepaskan Yessy kerana memilih ibu bapanya berbanding wanita itu.

Dia juga meminta netizen agar tidak salah faham mengenai kisah antara dia dan Yessy



07 January 2013

30 Tahun

Bhai.... nih ader satu berita yang pada pandangan gua memang sadis... Sadis pasai aper... sadis pasai terpaksa menunggu 30 tahun untuk dapat pembelaan... 30 tahun hidup dalam ketidaktentuan... 30 tahun hidup dalam gundah gulana... 30 tahun menjadi bola.... dihumban kesana sini.... semata-mata memohon untuk mendapatkan hak yang sah...

30 tahun lamanya penduduk nih memohon untuk mendapat geran tanah... Mereka bukannya warga asing... Mereka aderlah warga Malaysia... yang memang berhak untuk memohon dan mendapatkan sebidang tanah untuk membangunkan rumah... Kalau nak kata mereka dapat percuma .. tak logik la... pasai diorang kena bayar premium...

Cuma yang tak bestnyer... kenapa diberi geran sementara ... geran yang kena renew setiap 10 tahun atau semaksima 60 tahun... kenapa tak bagi geran pajakan 99 tahun... takkan sesama warga Malaysia dan orang Melayu pon tabley nak bagi ker....  pajakan 99 tue kalu taknak bagi geran kekal....

Takkan la Johor yang dikuasai oleh Melayu UMNO tabley nak bagi geran pajakan 99 tahun atau geran kekal kat Orang Melayu kot... takkan la kot... Kata UMNO nih aderlah perjuang orang Melayu... hahaha... lawak aaa...

Hahaha.. sebab kalu ikut statement "Pengerusi Pusat Daerah Mengundi Masai Tengah, Utara dan Selatan, Normala Abd Samad" iaitu “Kita berharap perkara ini boleh diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13" .... nampak sangat la pemberian geran sementara nih semata-mata kerana sentimen nak PRU13... hahaha... nampak sesangat lar...


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1