Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jaringan Melayu Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Jaringan Melayu Malaysia. Show all posts

29 December 2020

Lancang Benar Mulutnya

Bhai/DeeDee semua...

Jaringan Melayu Malaysia adalah salah sebuah NGO paling haprak yang ader dalam Malaysia nih... NGO paling out sekali kenegaraannya .... NGO yang paling banyak keluarkan kenyataan mengarut, separuh matang dan menghasut...

Tapi disebabkan ader bekap politik dan kayangan... tetap selamat sampai hari nih..

Kalu gua bos besar... gua dah buat "operasi senyap" untuk puak-puak nih... hilang kena kutip sekor dua... sure senyap yang lain menikus...

Jadi... bab Kartel Daging Haram nih JMM nak sabitkan ngan Parti Politik la pulak... hehehe... macam la kita tatau... depa nak sabitkan ngan sapa... ngan PKR leteww... Hahaha...  marah betul JMM nih pasai kantoi keluarga Sharizat Jalil yang terlibat projek NFC lembu kondo tue....

Bekap giler babi aaa .... walhal dah terbukti yang NFC tu tak lebih dari nak cekau duit dan bukannya nak buat ladang lembut pun.... Ladang ternakan lembu semua tu aderlah gimik ja.... diversion... Hahaha... Macam la industri RM250 juta tue boleh setelkan permintaan lembu kat Malaysia... hahaha...

Walhal projek Ladang Lembu Felda dengan kerjasama IffcoAllana (India) yang bernilai RM688 juta (Tahun 2010) pon jugak lingkup...  nih takder sapa pon dari PKR yang tibai... tapi tetap gagal gak... lagi mahal dari projek NFC (Tahun 2006) yang bernilai RM250 juta

Hahaha.... bodo punya JMM....



30 May 2013

Azwan Din Hamzah Buat Lawak Seram

Bhai..... Katakanlah Kerajaan Malaysia setuju dengan cadangan Azwan Din Hamzah (Presiden JMM) supaya laman web perlu dilesenkan dan dibon .... errr... agak-agaknyer aaa... blogger macam PapaGomo dan sekalian pencacai UMNO/BN tue boleh selamat ker dari dikenakan tindakan lesen ditarik balik dan bon dirampas???

Sebab .... bukan ker kalu ader 10 artikel dalam blog pencacai tue.... 15 daripadanyer memang menyalahi lesen dan bon tue nanti.... hahahaha... artikel penuh lucah... artikel menghasut... dan macam-macam lagi.... Hahaha... kalu yer pon Azwan Din Hamzah nak buat lawak seram pon .... agak-agak lar yer.... hahaha... jangan lar buat malu komuniti Internet dan media sosial nih....

Aper daaa..... hahaha... kali nih pandai plak nak contohi idea Singapura... hahahaha..... lawak aaa.....

So... tolong aaaa... Azwan Din Hamzah... tolong jangan memalukan diri lu sendiri... tolong aaa... kalu lu nak bodoh... bodoh la sengsorang... jangan nak ajak orang lain pon samer bodoh.... hahahaha ....


KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwan Din Hamzah berkata Malaysia perlu mengambil iktibar inisiatif kerajaan Singapura yang akan mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi mengelakkan berlaku 'gangguan' keharmonian kaum dan agama.

Menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik menjaga sensitiviti semua kaum, beliau berkata pemberian lesen itu akan memudahkan kerajaan untuk memantau berita yang disebarkan seterusnya mengambil tindakan terhadap mana-mana artikel yang berbaur hasutan.

"Sesiapa sahaja termasuk agensi yang mahu menulis berita boleh berbuat demikian namun perlu memohon lesen dan kerajaan pula tidak perlu tegas semasa mengeluarkan lesen agar ia tidak menyekat kebebasan bersuara.

"Ia pastinya tidak akan menyekat kebebasan bersuara kerana lesen dikeluarkan secara mudah sebagai hak mereka maka kerajaan pula ada hak untuk menegur jika berlaku ketidaksesuaian dalam mana-mana penghasilan berita," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Azwan Din berkata dalam hal itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu memainkan peranan yang lebih efektif dengan mengesan mana-mana 'IP address' antarabangsa yang diguna untuk menyebarkan sebarang artikel berbaur hasutan terhadap rakyat di negara ini.

Mulai 1 Jun, laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.

Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan-bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.

Azwan Din berkata apabila semua laman web berita dilesenkan pastinya sekatan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu kesejahteraan rakyat di negara ini dapat ditangani dengan segera. - sumber

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1