Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jurulatih. Show all posts
Showing posts with label Jurulatih. Show all posts

04 January 2023

Cara Nak Majukan Sukan Di Malaysia ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... akhirnya terbocor juga cara untuk kecemerlangan dalam bidang sukan di Malaysia...
Coach patut kena amalkan belasah player kalu nak maju semua jenis sukan di Malaysia nih. Ingat tue...

Hahaha ....

Baru lah Malaysia boleh jadi "Numero Uno" dalam bidang sukan...


Pelajar yang ditampar jurulatih, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim memberitahu, semangat pasukannya terus me­lonjak selepas ditempeleng sebelum menang ke atas pasukan Johor untuk melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir. 

Mengimbau semula kejadian itu, Nur’ Saidatul Akma membe­ritahu, insiden itu berlaku selepas pasukannya terlepas beberapa peluang sehingga ke­tinggalan lima mata kepada pihak lawan dalam kejohanan Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

27 March 2013

TERKINI : FAM Buat Keputusan Drastik

Kuala Lumpur 27 March 2013:

Presiden FAM hari ini telah mengarahkan Ketua Jurulatih skuad bolasepak Harimau Malaya iaitu K. Rajagobal untuk menyediakan satu senarai pemain yang akan dihantar berlatih secara intensif selama setahun di Israel bermula pada 22 April 2013.

Presiden dan Ahli Jawatankuasa FAM sedang menyampaikan cek hadiah RM50 ribu kepada K. Rajagobal

Tindakan ini bertujuan untuk memperkuatkan skuad bolasepak kebangsaan dalam usaha untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang. Tindakan ini diambil setelah Presiden FAM menganalisa hasil dari pertembungan perlawanan persahabatan skuad bolasepak Harimau Malaya dengan skuad bolasepak Palestin malam tadi yang berakhir dengan kemenangan skuad bolasepak Palestin sebanyak 2 gol tidak berbalas.

Pihak Israel telah bersetuju untuk menyediakan satu padang khas bolasepak yang penuh jerangkap samar (personel mines) dan dipasang IED demi untuk memastikan para pemain skuad bolasepak Harimau Malaya boleh mengelecek bola dicelah-celah jerangkap samar.

Ini adalah cara latihan terbaik yang telah diterima oleh skuad bolasepak Palestin selama ini dan pada pandangan Presiden FAM, latihan intensif ini amat sesuai juga diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Latihan intensif ini tidak hanya akan diambil oleh para pemain dalam skuad bolasepak Harimau Malaya tetapi ianya juga akan diambil oleh kesemua anggota AJK FAM termasuk Presiden FAM itu sendiri.

Kos untuk latihan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah dana SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) Kementerian Belia dan Sukan yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Puan Seri Rosmah Mansor.

(c) 2013 Nonama News Network (NNN)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1