Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts

20 December 2022

Terkono Hamzah Zainudin

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... terkono balik kat Hamzah Zainudin... hehehe... mesti dier takder baca buku Qazaf  tulisan Abdul Hadi Awang... Hahahaha

Tak beragak nak tuduh sama pun.... benda kalu tatau ... buat senyap sudah la... kasik authority setelkan kes... Kalu ader bukti baru... sila kemukakan... huhuhu


Anwar Ibrahim hari ini menganggap Hamzah Zanudin belum mendapat tarbiah daripada rakan pembangkang apabila membangkitkan isu homoseksual semasa berbahas semalam.

Untuk rekod sebelum ini Abdul Hadi pernah menulis buku berkenaan hukuman yang perlu dikenakan ke atas seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina atau liwat.

Buku Qazaf Mangsa Fitnah itu dihasilkan Abdul Hadi tidak lama selepas Anwar didakwa di mahkamah atas pelbagai tuduhan pada akhir 1990-an lalu.

10 December 2022

Kenapa Bukan Abdul Hadi Awang?

Bhai/DeeDee semua...

PAS menang 40 buah kerusi Parlimen pada PRU15 ... dikalangan parti Pembangkang... PAS adalah satu parti yang mendapat kerusi paling banyak pada PRU15..

Namun Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) nampaknya tidak layak untuk menempatkan dirinya sebagai Ketua Pembangkang.. Pelik bila mana calon dari BERSATU iaitu Hamzah Zainudin dilantik menjadi Ketua Pembangkang...

Walhal dia bukan berjawatan Presiden Parti BERSATU??

Pelikkan... 

Lemah kan PAS dimata BERSATU dan lain-lainnya... Hahaha... nampak sangat lemahnya... Walaun semua tak bising ka?? Lemau sangat la.... Hahaha ... Parti AMANAH pulak yang berani mencadangkan Abdul Hadi Awang jadi Ketua Pembangkang bertaraf Menteri..



Perikatan Nasional (PN) sepakat menamakan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli parlimen PN telah dibentuk dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai ketua ahli parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang


04 December 2022

Cadangan Ditutup

Bhai/DeeDee semua...

Antara banyak-banyak cadangan selepas PRU15... ini adalah cadangan paling mantop dan terbaek... Sewajarnya takder lagi cadangan nama yang berbeza... kira macam cadangan ini ditutup untuk ada saingan nama yang lain... 

Jawatan Ketua Pembangkan bertaraf Menteri ini cukup wajar diberikan kepada Abdul Hadi Awang... Dia memang layak... lebih layak dari Muhyiddin Yasin... Dialah ketua sebenar dalam Perikatan Nasional... Dialah yang menguasai keadaan.. Dialah yang menyusun strategi...

Dialah ketua yang paling layak...



Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketuanya Zamir Ghazali berkata perkara itu wajar memandangkan PAS memenangi kerusi parlimen paling banyak pada PRU ke-15.

"Sudah pastinya, presiden PAS merupakan sosok terbaik untuk menjawat jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat bertaraf menteri lengkap dengan segala elaun dan kemudahan yang sewajarnya diperolehi.

"Abdul Hadi juga memiliki pengalaman sebagai ketua pembangkang yang cukup berkesan iaitu pada tahun 2002 sehingga 2004.

"Kebijaksanaan presiden PAS sebagai ketua pembangkang pasti menjadi cerminan wibawa menyeluruh PAS itu sendiri sebagai parti yang mewakili suara orang Melayu dan Islam terbanyak di Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada PRU ke-15 lalu, PAS memenangi 49 parlimen sekali gus muncul sebagai parti paling ramai ahli Dewan Rakyat.

PAS antaranya berjaya menyapu bersih 25 parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dan 13 kerusi parlimen di Kedah.

26 January 2018

Kenapa Abdul Hadi Awang Marah Sangat Kepada DAP?

Bhai/DeeDee semua...

Ader satu persoalan yang ditanya oleh pengunjung blog ini .... Persoalan yang berkisar kepada "Kenapa Abdul Hadi Awang Marah Sangat Kepada DAP? .....

nak tau jugak, kenapa hadi awang marah sgt kat DAP? ada yg dia ngecek tapi tak dapat ker??... on Unity Government Dan Abdul Hadi Awang Berpisah Tiada Remove content | Delete | Spam sade

Huhuhu... sori aaa... gua tatau aper yang terselit dalam hati dan otak Abdul Hadi Awang..... tapi daripada cakap, tindakan dan senario semasa.... ader beberapa point yang gua simpulkan....

1. Kalu nak katakan Abdul Hadi Awang marahkan DAP sebab isu berkaitan Agama Islam..... rasanya isu nih dah banyak kali diperjelaskan dari awal lagi... masa Mendiang Karpal Singh masih hidup pun dah ader beberapa perbincangan empat mata dan berpuluh-puluh mata.... Dan Nik Abdul Aziz Nik Mat pun ader sama.... dan ianya sudah clear.... so sebenarnya takder isu bab ni.... lagi pun DAP bukan nak pertikaikan perkara yang dah ader dalam Perlembagaan...

2. Kalu nak katakan Abdul Hadi Awang marahkan DAP sebab isu berkaitan dengan orang Melayu pun tak kena gak.... Kat Terengganu mana ader DAP ader kerusi pun... Kalu di peringkat Persekutuan... biasa la... mana ader parti yang dominan.... Dan dalam DAP pun ader ramai orang Melayu.... bukan perkara baru pun... dari tahun 70'an lagi dah ader ramai orang Melayu dalam DAP.....  lagipun mana berani DAP nak cabar sentimen dan hak Melayu yang ader dalam Perlembagaan Malaysia..... kalu DAP buat benda tu... dah lama DAP diharamkan.... hahahaha... Ingat PDRM, MIO dan Kerajaan bodoh ker????

3. Kalu nak katakan Abdul Hadi Awang marahkan DAP sebab isu berkaitan RUU355..... ini lagilah lawak... pasai Abdul Hadi Awang dah bengang lama dengan DAP walaupun belum pun ader kertas cadangan nak buat perubahan RUU355....... Lagipun... kalu Abdul Hadi Awang nak marah kepada yang tak sokong RUU355.... patut dier marah MCA, MIC dan GERAKAN sekali..... Hahahaa... pasai aper yang itu Abdul Hadi Awang tak mengamuk dan marah pun....

4. Kalu nak katakan Abdul Hadi Awang marahkan DAP sebab isu berkaitan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.... wei... agak-agak la nak jadikan ini sebagai point.... Abdul Hadi Awang marahkan DAP dah lama dah....... terlalu lama..... Hahaha

Tapi.....

Tapi ader satu ja yang gua tahu dan yakin pasai apa Abdul Hadi Awang marah sangat kepada DAP...... hahahaha........ Semuanya sebab ader satu perkara jer..... memang satu dan takder lebih dari itu..... Jawapannya aderlah.....

Jeng Jeng Jeng,,,,,,,,

DAP tak pernah pun nak sokong atau mencalonkan Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang pun selama ni..... DAP pernah bagi sokongan kepada Fadhil Noor sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dulu.... yer betul.... Karpal Singh, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pimpinan DAP masa tu bagi sokongan sepenuhnya kepada Fadhil Noor untuk jadi Ketua Pembangkang....

Tapi biler tiba ader peluang kepada Abdul Hadi Awang jadi Ketua Pembangkang.... langsung takder sokongan diberikan .... tapi sokongan diberikan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang.... walaupun Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ader pengalaman jadi Ketua Pembangkang....

Kalu hal sekecil perlantikan sebagau Ketua Pembangkang pun DAP takder nak bagi muka kat Abdul Hadi Awang.... aper lu ingat DAP akan bagi muka ka kat Abdul Hadi Awang kalu Pembangkang menang PRU12, PRU13 dan PRU14 serta PRU15 .... mimpilah wei... walaupun PAS menang Majority kerusi Parlimen.... gua rasa DAP takkan bagi sokongan kepada Abdul Hadi Awang.... tapi kalu pimpinan lain dalam PAS maybe la.... contoh macam Ahmad Yaakob ka.... Syed Azman ka.... maybe ader peluang...

Jadi gua berani saspek yang inilah isu yang sebenarnya yang menyebabkan kenapa Abdul Hadi Awang marah sangat kepada DAP ...... hahahahaha...... point-point yang lain dari ini pada gua semua "lanzhow" la..... hahahaha.... Wei.... Abdul Hadi Awang dah bagi statement baru ni yang dier nak jadi Kerajaan... dan takmo dah jadi Pembangkang..... so agak-agaklar.... berapa kekuatan yang PAS ader...

Kalu setakat hanya semua penyokong PAS sajer yang undi PAS.... takkan PAS dapat memerintan satu negeri pon..... Tengok contoh Terengganu la.... Dalam keadaan berapa sangat lag kaum bukan Melayu.... majoriti Melayu... tapi takkan ader chan la PAS nak perintah Terengganu balik..... Kelantan pon akan jatuh kalu PAS hanya dapat undi dari penyokong PAS semata-mata.....

Hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1