Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ketua UMNO. Show all posts
Showing posts with label Ketua UMNO. Show all posts

15 May 2013

5 Tahun Ahmad Maslan Buat Apa?

Bhai.... Sori... gua takder masa nak semak berapa lama dah Ahmad Maslan jadi Wakil Rakyat kat Pontian....  Tapi paling cikai pon... kurang-kurang 5 tahun.... Jadi ... dalam 5 tahun tue Ahmad Maslan buat apa?....

Takkan la takder sorang pon JKKK yang dok mengadu kepada dier pasai benda nih... Takkan la masa berkempen itu hari takder sorang pon dok citer kat dier... takkan la dier tak pergi turun padang dalam kawasan dier... Gua tau masa tue sibuk... tapi 15 hari bhai.. 15 hari... takkan la...

Nih gua salahkan JKKK... Ketua UMNO Cawangan.. Ketua UMNO Bahagian... yang dok tak amik pot pasai rakyat.... tau nak undi jer... tapi tak tau masalah... Takkan la takder saper yang repot kat TNB ker... takkan lar.... pelik sungguh...

Takkan la TNB tak tau..... lagi pelik....

So... biler benda nih dah kuar media... Ahmad Maslan kena amik pot la... Ahmad Maslan kena prihatin la... Ahmad Maslan kena amik tindakan la... bantu mana yang boleh... push sikit ker TNB ker... aper daaaa...


PONTIAN – Enam keluarga dari Parit Lapis Haji Mohammad, di sini mendakwa hidup dalam kebimbangan kerana bekalan elektrik yang disalurkan ke kawasan rumah mereka bukan daripada tiang yang disediakan.

Sebaliknya, bekalan utiliti itu ‘ditarik’ dari kampung berhampiran untuk disambung ke setiap rumah di kawasan itu.

Lebih membimbangkan, sambungan kabel elektrik dari kampung berdekatan terletak kira-kira 500 meter dan merentasi kebun kelapa sawit.

Penduduk, Hisham Salandrak, 33, mendakwa, sambungan kabel secara tidak sah itu sudah berlanjutan hampir selama hampir 20 tahun.

“Ketika kampung ini dibuka dahulu, hanya buah keluarga yang tinggal di sini. Ketika itu bekalan elektrik sudah ditarik dari kampung sebelah.

“Namun, masa terus berlalu menyaksikan bilangan penduduk di sini bertambah sehingga kepada enam keluarga dan keperluan bekalan elektrik juga bertambah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hisham berkata, penyambungan bekalan elektrik dari kampung lain itu dirasakan sudah tidak sesuai kerana keperluan utiliti itu amat diperlukan penduduk.

“Kami juga bimbang jika berlaku kejadian yang tidak diduga seperti pokok kelapa sawit tumbang ia akan menghempap kabel elektrik menyebabkan bekalan elektrik terputus,” katanya.

Bagi, Mohd Salleh Ali, 66, meminta tindakan segera diambil oleh pihak berkaitan bagi mengatasi masalah berkenaan yang pernah diajukan kepada pemimpin peringkat kampung.

“Hanya enam buah keluarga tinggal di sini. Kami berharap penyambungan bekalan elektrik dapat dilakukan lebih baik untuk keselesaan penduduk di sini” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Parit Lapis Haji Mohammad, Mohd Faizal Tali @ Ghazali berkata, masalah itu akan dibawa kepada pihak bertanggungjawab bagi mencari penyelesaian

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1