Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Langat 2. Show all posts
Showing posts with label Langat 2. Show all posts

14 January 2013

Perintah Mahkamah Untuk Akses Kepada Infrastruktur Syabas

Bhai.... nih gua ader dapat info... terkini lagi latest... hahaha.. iaitu..... jeng... jeng... jeng....hahaha

Pihak Kerajaan Negeri Selangor kini sedang menimbangkan bagi mendapatkan satu perintah mahkamah untuk akses kepada semua infrastruktur milik Syabas terutamanya Rumah Pam Wangsa Maju.

Tujuan perintah mahkamah ini diusahakan adalah untuk mencari titik punca permasalahan yang berlaku di premis Syabas terutamanya di Rumah Pam Wangsa Maju yang masih tidak dapat beroperasi sekian lama untuk membekalkan air bersih yang telah terawat kepada penduduk dan sekaligus menyelesaikan belenggu yang membelit isu Krisis Air Selangor/Wilayah Persekutuan.

Buat masa ini, unit undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri sedang meneliti semua perkara yang berkaitan dengannya. Jika semuanya berjalan lancar, perintah mahkamah ini akan dapat dipohon seawal yang mungkin.

Dalam pada itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan mana-mana pelanggan bekalan air yang terjejas dengan masalah ini untuk bergabung tenaga menyaman Syabas atas kapasiti pelanggan Syabas dan pihak Kerajaan Selangor boleh/akan membantu menyediakan panel peguam untuk memastikan para rakyat Selangor mampu untuk menyaman Syabas.

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.

08 January 2013

Air : CEO Syabas Kena Maki

Bhai.... nasib baik gua dah pindah ke Pantai Timur nih dah lebih 7 tahun... kalu gua masih lagi menetap di Shah Alam.... rasanyer ader chan la CEO Syabas nih kena maki.... hahaha.... nasib baik lar.... hahaha... Bukan aper.... lu bayangkan la..... lu bayangkan sambil tutup mata aaaa.... hahaha

Lu bayangkan la macam mana CEO Syabas nih.... ala si Rozali Ismail nih..... buat kerja... gaji udah ler besar gedabak... dengar citer ratusan ribu sebulan... tapi Syabas yang dier lead pon tabley nak manage dan selenggara semua infra ..... Kutip duit bulanan dari orang awam pandai plak... tapi maintenance.... out... hancuss...

Alasan paling lawak yang gua dengar dari jurucakap Syabas aderlah katanyer... kemudahan yang rosak tersebut tidak dapat dibaik pulih walaupun dah lama atas sebab tidak cukup peruntukan (dana @ duit la tue) dan alat ganti tiada....

Wei.. giler aper lu nak jalankan bisnes begini besar tapi tak sediakan peruntukan untuk maintenance.... giler aper wei... dan satu lagi... takkan la takder workshop internal yang buat maintenance dan repair itu semua... Takkan la jalankan syarikat utiliti... tapi takder alat ganti... bodoh aper .... Even kedai beskal pon sentiasa ader spare part... itu tak masuk lagi Pusat Servis Proton....

Hahaha... Proton yang dikutuk dek ramai orang tue pon ader spare alat ganti... paling lambat pon sebulan... ini tidak... Syarikat Syabas yang CEOnyer Rozali Ismail tue kendalikan pon tak pandai nak ader buat stok spare part ker... hahahaha... maknanyer... Syabas aderlah kompeni paling teruk la dalam Malaysia nih.... hahaha

Maybe la kot... semua nih jadi sebab nih pasai Rozali Ismail tue bukannyer pandai mengurus maner pon... gempak jer lebih... usahkan Syabas dier nak manage kelam kelibut.... tahun 2010 pon Rozali Ismail nih dah kantoi bini kedua mintak cerai.... aper daaa... satu pon tabley nak handle... gatai mau dua... hahaha

Aper-aper pon.... kemelut air di Selangor dan KL yang terbaru nih yang memperlihatkan sisi sebenar pengurusan Syabas dan Puncak Niaga dalam proses perkhidmatan air... hancuss... dan membukan mata kiter semua untuk lihat bagaimana Syabas dan Puncak Niaga mengendalikan kerja-kerja senggaraan prasarana... Sampaikan takder peruntukan dan alat ganti... macam mana la kerja camnie...

Gua rasa aaa.. Krishnan (jiran gua kat kampung) yang jaga panggung wayang kat Ipoh dulu tue pon pandai nak handle syarikat Syabas dan Puncak Niaga nih.... dier tak pernah stop lama projektor panggung wayang walaupun cuma ader satu jer projektor.... semua alatganti dier ader... hahaha


Alasan camnie memang nak bagi chan kena maki sesia jer... hahaha ... Wei orang Selangor, KL dan Putrajaya... lu orang taknak maki ker Rozali Ismail nih... Oh yer... Ketua Agama Islam yang pagi dier nih pingat ... tak rasa malu ker bagi pingat kebesaran kat orang bangang macam nih ker??? hahaha ... Seeloknyer tarik balik jer pingat tue... pasai Rozali Ismail nih dah sabotaj negeri....  hahaha

12 September 2012

Perbadanan Aset Air Berhad Mengambil Deposit Tanpa Izin.

Bhai.... cuba lu semak dan baca balik berita nih...

"Perbadanan Aset Air Berhad berjaya menjual sebanyak 15 naskhah dokumen tender untuk pembinaan loji rawatan air Langat 2 walau projek itu mungkin tidak mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

Ketua pegawai esekutif PAAB Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, dokumen tender yang setiap satunya berharga RM10,000 itu dijual kepada kontraktor terbabit ketika sesi taklimat dengan perbadanan itu hari ini.

Taklimat itu dihadiri oleh 65 syarikat yang berminat untuk membida bagi projek berkenaan. Ahmad Faizal berkata PAAB juga akan meneruskan proses tender terbabit seperti diarahkan kerajaan persekutuan.  

Satu-satunya masalah perundangan yang kita jangka adalah (masalah mendapatkan) kebenaran merancang, tapi ini hanya timbul apabila kontraktor ingin memasuki tapak projek itu, 10 bulan lagi," katanya. 

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berharap perkara itu akan dapat diselesaikan kelak." - -sumber

Okeh.... dah faham???? maknanya total dah dapat diambil "deposit" berasaskan penjualan dokumen tender nih aderlah bernilai RM150,000.00 (seratus lima puluh ribu).... tapi takkan la 15 penender jer akan masuk... paling kurang pon 20 syarikat... maknanyer dah dapat RM200,000.00 (dua ratus ribu)

Mmmm... gua takmo nak kira dier punya dividen ker aper ker selama 10 bulan nih... yang memang pasti dah ader... hahaha... tapi gua nak citer pasai penjualan tender nih... yang dikendalikan oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB)...

Errr.... Bhai.. gua nak tanya lu nih..... setahu lu aaa....boleh ker lu jual tender untuk membangunkan satu bangunan rumah banglo 2 tingkat diatas satu tanah yang belum pun lu beli atau punyai... (ini contoh jer bhai)...

Okeh.. gua bagi lu clear skit... sebelah rumah lu ader tanah kosong seluas 2 ekar milik JKKK kampung lu.... tetiba jer.. lu bukak tender kepada sesapa yang berminat untuk mengusahakan tanah tue untuk buat kebun ker... kolam ikan ker.... dan lu amik deposit atas tender tue... sedangkan tanah tue bukanpun milik lu.... aper ke jadahnyer .... mestilah tindakan lu nih boleh disaman... bukan atas sebab menipu bakal penender jer tapi lu menggunapakai tanah orang lain yang bukan hak lu tanpa kebenaran...

Giler aper nih.... Macam mana Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional nih buat kerja haram camnie... giler... boleh kena saman nih... boleh kena dakwa nih.... ini bercanggah dengan Akta Kanun Tanah Negara 1965 (Pindaan 2008) .... Ini boleh dikenakan tindakan dibawah fasal penerokaan tanah tidak sah...iaitu:

Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang tanpa wibawa yang sah: 

a) menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah Kerajaan, tanah rezab atau perlombongan: 

b) membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; atau 

c) memotong atau mengalih apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian adalah melakukan kesalahan dan boleh jika disabitkan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau pemenjaraan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1