Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Langkah Tropicana. Show all posts
Showing posts with label Langkah Tropicana. Show all posts

19 December 2022

Ada Yang Mengelat Tak Nak Undi?

Bhai/DeeDee semua...

Ada yang mengelat tak nak berikan undi terhadap calon Timbalan Speaker dari PH tue... hehehe.... Kalau yang macam nih pon ader yang masih taknak berikan undi... Agak-agak korang la... apa akan berlaku dengan Usul Undi Percaya?




Bajet Mini : Mampukah Anwar Ibrahim Mendapat Majoriti Undi Percaya?

Bhai/DeeDee semua...

Setelah 26 hari Pilihanraya Umum ke 15 berlangsung... hari ini adalah hari pertama Anwar Ibrahin akan diuji keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen... di Dewan Rakyat...

Salah satu dari tentatif utama urutan Sidang Dewan Rakyat hari ini adalah untuk membentangkan Usul Percaya terhadap Anwar Ibrahim... Mampukah Anwar Ibrahim mendapat majoriti undi percaya??

Ntah la... macam-macam benda boleh terjadi di Sidang Dewan Rakyat hari nih... semua ada option...

Dan tak terkejut kalu Anwar Ibrahim gagal mendapat undi majoriti walaupun ramai Ahli Parlimen telah menandatangani MOU dengannya... MOU memang takder makna... ianya sekadar satu perjanjian atas kertas yang sebenarnya tak valid dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia...

Kalu mana-mana Ahli Parlimen nak membelakangi perjanjian MOU tersebut.. ianya tidak menjadi masalah pun... sebab ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan seseorang berhak untuk berasosiasi (berpersatuan) mengikut pendapat dan tanggapannya...  dan ianya dijamin secara penuh didalam Perlembagaan Persekutuan...

Contoh lar... kalu  Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan penuh dalam mengusulkan bajet mini bagi pembayaran gaji, emolumen dan pengurusan perkhidmatan awam... maka ini memungkinkan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak mendapat sokongan Majoriti... dan YDP Agong terpaksa melantik orang lain yang boleh mendapat sokongan Majoriti di Dewan Negara...

Bayangkanlah.... kemelut perundangan dan perlembagaan yang tak abis-abis macam nih.... benda dah pernah berlaku... dan besar kemungkinan akan berlaku lagi... Huhuhu.... Ingat Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin Yasin serta Hishamuddin Hussein nak bagi chan ker?? Hahaha



04 December 2022

19 November

Bhai/DeeDee semua...

Kalu diikutkan Anwar Ibrahim bukanlah mendapat satu mandat yang benar-benar kukuh... Sebab kesepakatan yang terhasil sehingga menubuhkan Kerajaan Perpaduan ikut saranan YDP Agong itu pun bukanlah solid... 

Sebab bila-bila masa jer akan ada pihak yang boleh berubah fikiran...

Contoh pada sesi sidang Parlimen pada 19 November 2022 nih... Katakan lah calon yang Anwar Ibrahim kemukakan untuk menjadi Speaker Dewan Rakyat tiba-tiba mendapat saingan dari satu calon lain... dan calon lain ini akhirnya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen...

Itu menunjukkan Anwar Ibrahim tidak mendapat cukup sokongan bagi Undi Percaya...

Dan ini akan menyebabkan Anwar Ibrahim tidak mendapat mandat secukupnya pada undi Percaya yang akhirnya menyebabkan kedudukannya dipertikaikan ... dan YDP Agong berhak untuk melantik calon lain untuk menjadi Perdana Menteri yang mendapat sokongan mutlak majoriti dari Ahli Parlimen.

Jadi.... ini realiti sebenarnya... sama ada kita suka atau tidak...

Apa pun... senarai Kabinet yang Anwar Ibrahim senaraikan tue pon tidak mendapat sokongan besar dari rakyat keseluruhannya.... terutamanya dengan kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Memang naya wei.... tak percaya ka??? tengok apa Shahidan Kassim ni kata... hahaha ... dan ini mungkin didasari oleh Langkah Tropicana... hehehe..



30 November 2022

Tukar Kerajaan?

Bhai/DeeDee semua...

Allah Taala tu Maha Mengetahui ... jadi hasrat nak tukar kerajaan sekali lagi tue menunjukkan sikap sebenar PAS yang menjadi dalang utama dalam mentidak stabilkan kerajaan.

Dulu ... setelah lama ... akhirnya PAS mengaku yang merekalah dalang utama bagi Langkah Sheraton.

Kini nampaknya rancangan yang sama (Langkah Tropicana) sedang diatur untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim..

Tak apa yang mampu kita buat untuk menyekat hasrat PAS ini... melainkan bermohon kepada Allah Taala untuk memberikan jalan keluar yang lebih baik dari apa yang ada.

Kepada Allah Taala kita berserah.



28 November 2022

Betulkah Anwar Ibrahim Berani?

Bhai/DeeDee semua...

Ini apa yang Malaysiakini dedahkan... dan apa yang Anwar Ibrahim sendiri katakan kepada semua wartawan.... Nampaknya Anwar Ibrahim mungkin seorang yang berani... Jadi tak timbul persoalan betulkah Anwar Ibrahim berani??

Apa pun kita tengok jer la nasib Anwar Ibrahim...

Sebab dalam Barisan Nasionak pun ader yang sekarang nih sedang buat langkah sumbang... ader yang kata Langkah Tropicana.... untuk menumbangkan Anwar Ibrahim semasa Undi Percaya di sidang Parlimen pada 19 Disember ini...




Bila Kena Kat Dia

Bhai/DeeDee semua...

Adoilah... Hahaha.... Bila kena kat dia.... bukan main dier guna ayat pengadil alihkan tiang gol.... Hahahaha.... walhal masa Langkah Sheraton... bukan main dier puji pengadil sebab berlaku adil.... Hahahaha

Wei.... tak cukup nombor ker tue?? Hahahaha

Lawak siot... Hahaha

Bagaimanapun, dia bertanya bagaimana jika masa kecederaan diberikan bukan kerana kecederaan atau seri.

“Walaupun keputusan ada kemenangan untuk satu pihak, ada mata dan gol, tiba-tiba pengadil menambah (kecederaan) masa untuk memberi peluang kepada mereka yang jelas kalah supaya boleh menang dengan apa cara sekalipun, itulah masa yang ada - telah dicederakan oleh pengadil.

Aik.... takkan marah kat pengadil kot?? Hahaha
Jangan marah-marah... nanti kena jual.... hahaha

By the way... 

Lobai kan selalu bagitau dalam ceramah yang bola nih agenda Yahudi.... hahaha .... tapi macam mana Lobai boleh pandai bab bola sekarang nih?? Lobai dah join Yahudi yer?? HAHAHA





Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1