Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Parlimen Bachok. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Bachok. Show all posts

03 November 2022

Betul Ke Nik Abduh Sukarela Lepaskan Peluang Bertanding PRU15?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua pon tahu yang Nik Abduh ader upload kan gambar bumi berwarna biru dalam akaun social media dier... Hehehehe... dan kita boleh agak apa Nik Abduh Nik Abdul Aziz nih bagi hint...

Tetiba jer... PAS Kelantan melalui Menteri Besar nya.. Ahmad Yaakob mengatakan Nik Abduh telah sukarela lepaskan peluang bertanding PRU15 kepada muka baru... Hahahaha...

Macam pelik kan... Sukarela ke apa nih?? Hahaha.... ker ader citer lain disebaliknya... hahaha



30 January 2013

Nasharuddin Mat Isa - Satu Analisa

Bhai... ramai yang tak menyempat-nyempat contact dan push gua untuk bagi skit analisa gua tentang isu  terkeluarnya (AFUNDI) Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama PAS... sabor la wei... gua lima enam hari nih sibuk memanjang ngan presentation dan kerja... hahaha... tengok TV pon tak sempat... baca news dan approve comment kat blog pon pakai tepon... Tambah plak esok... esok pagi ader pembentangan di Bukit Aman... hahaha....

Bhai.... Nasharuddin Mat Isa memang patut dikeluarkan dari Majlis Syura Ulama PAS sebab...

  • Selalu tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat (lajnah/pusat/syura)
  • Selalu tidak menghadirkan diri dalam aktiviti parti sama ada di peringkat kawasan/pusat
  • Selalu tidak menghadirkan diri untuk berdepan masalah rakyat di kawasan Parlimen Bachok
  • Tidak memberikan surat tunjuk sebab atas ketidakhadiran dalam mana-mana aktiviti
  • Gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Bachok
  • Membuat tindakan/kenyataan media tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama PAS terlebih dulu
  • Gagal memahami aspirasi dan kehendak jamaah PAS
  • Gagal menunjukkan contoh tauladan yang baik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS
Ini semua aper yang diberitakan kepada semua orang... Yer betul... semua ini adalah masalah yang melingkari Nasharuddin Mat Isa .... setelah usaha dan pekong Kerajaan Perpaduan (UG) yang dia sama terlibat terdedah... maka Nasharuddin Mat Isa telah menjadi tidak ketahuan... Banyak sangat yang dibuatnya terbukti salah dan menjelikkan pada pandangan akar umbi PAS yang masih kuat berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO/BN memang jauh dari syariat Islamiyah.

Kiter semua sedia maklum... bukan Nasharuddin Mat Isa seorang sahaja yang menganggotai satu perkumpulan underground dalam PAS yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan (UG) ... tapi sebenarnya terlalu ramai yang terlibat sebagai anggota.... hehehe...  dari sekecik-kecik ahli dalam PAS... sampailah yang sebesar-besarnya... dari ahli biasa... sampailah kepada pemimpin... ramai bhai... cukup ramai.... hahaha

So... gua nak tanya lu orang lar..... lu orang pernah main catur (chess) tak? Kalu pernah main .... dan mahir dalam permainan ini.... tentu tau tentang strategi dalam chess nih... Pencatur biasanya akan membuat beberapa strategi utama dan beberapa strategi sampingan... demi untuk menjayakan dan memenangi perlawanan...

Jadi... bergantung kepada skil sesorang dalam chess... ader yang suka mempergunakan bidak askar untuk mengucarkacir dan mengelirukan musuh... pencatur ini tidak kisah kalu ramai bidak askar yang mati dan terkorban.... asalkan matlamat kemenangan tercapai.... hahahaha

Ader juga yang guna kuda (horse).... paderi (bishop)...  ader jugak yang gunakan Istana (Castle) sebagai umpan ...... hahaha.... dan ader yang tahap terra giler main chess nih akan berani mempergunakan Permaisuri (Queen) sebagai umpan untuk mengkucarkacirkan dan mengelirukan musuh.... pencatur tahap ini tak kisah pon jika Queen mati... janji matlamat dier untuk Shah-Mat (Check Mate) musuh dapat dilakukan...

Gua biler main chess... biasa akan gunakan Kuda dan Paderi.... sebagai umpan keliru... dan Queen sebagai umpan utama.... hahaha.... dan gua pastikan askar bidak gua mesti ramai yang terselamat... supaya gua boleh exchange nanti biler bidak askar dah sampai petak utama musuh... hahahaha

Oleh itu... dalam kes Nasharuddin Mat Isa..... dier nih seumpama bidak Paderi jer.... sebagai umpan... kalu mati dalam percaturan pon takper... janji... keseluruhan team Kerajaan Perpaduan (UG) masih kukuh... kalu menang nanti... boleh request bidak Paderi nih masuk balik.... hahahaha ... ader paham ka gua punya metafora.... hahahaha.... kalu tak paham... pi hantuk kapla kat dinding... hahahaha


16 December 2012

Nasharuddin Mat Isa Kekal Calon Parlimen Bachok

Bhai.... nih berita yang masih boleh diklasifikasikan sebagai "khabar angin" walaupun yang empunya cerita nih bukan calang-calang anak dalam PAS.... hehehe... Dari aper yang disurahkan... Nasharuddin Mat Isa kekal menjadi calon PRU13 bagi Parlimen Bachok....

Nama dier "katanya" dah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama PAS dan ader dalam senarai calon yang disahkan....

Persoalannya sekarang nih.... adakah para pengundi di Parlimen Bachok akan memberikan undi mereka kepada Nasharuddin Mat Isa? Adakah jentera parti PAS di Parlimen Bachok akan berkerja dan berkempen untuk memastikan Nasharuddin Mat Isa ini menang di kerusi Parlimen Bachok nih...

Rata-rata yang gua dengar... para pengundi terutamanya yang berlatar belakangkan parti PAS agak kecewa dengan tindakan pimpinan PAS memberikan peluang sekali lagi kepada Nasharuddin Mat Isa bertanding di Parlimen Bachok. Terdengar juga beberapa pihak yang berhajat memboikot calon ini pada PRU13.

Sori aaa... gua tak nampak jasa Nasharuddin Mat Isa di Parlimen Bachok sepanjang penggal parlimen yang masih berbaki sedikit lagi nih.... sori... memang tak nampak... walaupun gua jarang pi Bachok... tak bermakna maklumat tak sampai kat gua....

Oh yer... ader satu lagi maklumat tentang calon yang memang gua tunggu-tunggu... takper... gua akan citerkan dalam artikel yang akan datang.... Tunggu.... hehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1