Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Perang Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Perang Dalaman. Show all posts

02 November 2022

Adakah Kekal Atau Ada Perubahan Senarai Calon?

Bhai/DeeDee semua...

Gau nak tulis pendek jer... Apa yang jelas sekarang nih... perang dalaman dalam banyak parti gabungan memang berlaku... sama ada jelas terpampang atau tidak... itu jer bezanya..

Selain dari itu... adakah kekal atau ada perubahan senarai calon menjelang hari penamaan calon Sabtu ini? Nampak macam kekal... tapi mungkin ada satu dua perubahan kot... ntah la...

Dalam UMNO/BN... nampaknya proses sailang / cah keting / sabotaj nampaknya tidak dapat dielakkan.. Memang akan terjadi... dan memang dah terjadi.. banyak penyandang kerusi yang lama tidak mendapat tempat dan pencalonan... jadi memang akan menyebabkan perang dalaman...

Kita tengok jer la sambil layan pop corn dan air kola....

Hahahaha



22 February 2022

Perang Dalam Muafakat Nasional Pahang

Bhai/DeeDee semua...

Kulit ja okeh, yang lain kelaut. Muafakat Nasional diperingkat pemimpin atasan (Persekutuan) ja nampak okey didepan mata... tapi sebenarnya bertelagah berperang sesama sendiri.

Bukan kita tak tahu apa yang berlaku diperingkat akar umbi... diperingkat bawahan... terutama berkaitan tentang kawasan yang diperkatakan kubu kuat masing-masing dan juga kawasan tradisi dipertandingkan.

Kita tengok nanti bagaimana mereka berebut kerusi pada PRU15 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Masa itu semua tembelang dan kerenah mereka (UMNO dan PAS) akan kita dapat lihat terbentang depan mata.

Yeah... kita sedia je la pop-corn dan air kola... Hahaha

13 March 2020

Perang Dalaman Sudah Bermula

Bhai/DeeDee semua...

Semalam... mesyuarat MT UMNO telah berlaku.... dah diorang dah tukar SU Agung dan Ketua Penerangan UMNO .... dan nampaknya Anuar Musa sudah dipinggirkan... diorang naikkan Ahmad Maslan...

Ini menunjukkan bahawa .... ader krisis dalam UMNO itu sendiri... mungkin sebab kegagalan Anuar Musa mencaturkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Perikatan Nasional bersama dengan Muhyiddin Yassin...

Gua nampak... ini bunga-bunga perang dalaman sudah bermula...

Mana tak geng UMNO bengang.... yang tiada jawatan dalam parti... yang meminggirkan diri semasa parti jatuh.... orang yang itu pulak dapat jawatan penting dalam kabinet Perikatan Nasional..... orang macam Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin...... pada orang UMNO... dua-dua orang ini adalah celaka....

Hahaha... itu belum lagi langsung takder jawatan bagi geng Wanita UMNO dan UMNO Sabah...... mana tak mengamuk depa.... Hahaha.... jadi gua rasa.... Perikatan Nasional nih umpama retak menanti belah... tunggu masa ja kiok... tunggu masa ja akan ader perang besar... yer la... sesama UMNO pon la nih perang dalaman sudah bermula....

Kita tunggu dan lihat....

Oh yer lupa.... jangan ingat dalam PAS pon takder perang dalaman... gua dah dengar soseh-soseh yang mengatakan ader puak dalam PAS yang tak puas hati ketua diorang tak dapat jawatan Menteri.... huhuhuh....

Yeah...... sediakan popcorn dan air cola yer..... hahahaha

28 December 2012

Muhyiddin Mula Memasang Perangkap

Bhai.. Kalu lu ader masa... Cuba baca artikel yang tersiar di SinarHarian yang gua screencapture kan kat sini... Cuba baca the other way around.. Jangan baca straight jer...

Dari situe lu mesti boleh nampak... Camana Muhyiddin sedang mula memasang perangkap untuk Najib Razak... Disini la bestnyer strategi dan agenda yang Muhyiddin ader.. Dier tau dengan menekan Najib Razak untuk membuat keputusan.. Sebenarnya memberikan peluang yang besar untuk Muhyiddin beroleh keuntungan...

Aper pon... Muhyiddin tahu stakat manan kemampuan Najib Razak... Sebab tue la kalu lu perasan... Muhyiddin la nih dok pi buat perjumpaan dengan akar umbi... Dengan kakitangan kerajaan... Tengok camana dier mempergunakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam agenda dier..

Abis la Najib... Najib kena cepat amik tindakan counter attack kalu nak menang psywar dengan Muhyiddin Yassin nih... Najib kena amik tindakan proaktif... Kalu lambat alamat tinggal la... Hahaha

Muhyiddin vs Najib

Bhai... Kalu diberi pilihan antara dua pemimpin UMNO nih untuk terus menjadi PM sampai selesai PRU13... Aper pilihan lu orang.. Gua tanya nih pasai la nih kem Muhyiddin sedang mempersiapkan semua kerja untuk menobatkan Muhyiddin sebagai PM sebelum Parlimen dibubarkan..

Tambah lagi skrang nih Muhyiddin sedang berkempen ke seluruh negara... Dan nampaknyer dah makin ramai orang BN dibelakang Muhyiddin Yassin nih... Beberapa Menteri Besar dan Ketua 'enteri telah berbaiah untuk menyokong Muhyiddin Yassin sebagai PM dan akan mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya..

Tambah lagi semua dana untuk kerja kempen Muhyiddin Yassin nih dibiayaai oleh para kroni Mahathir Mohamed... Dan Mahathir Mohamed sediri dah mula kempen untuk Muhyiddin Yassin... Beberapa siri makan malam, private talk dan meja bulat dah mula dibuat untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin... Malah gua dikhabarkan bahawa beberapa individu jutawan dan hartawan bertaraf VVIP yang telah bersedia memberikan bantuan...

Nampaknya Najib Razak makin tersepit... Setakat berharapkan beberapa fail SPRM dan PDRM bagi beberapa individu tidaklah berapa mencukupi dan kuat... Malah kedua-dua agensi penguatkuasaan tersebut telah kurang taringnya disebabkan oleh pengaruh wang dan politik...

Setakat gua dimaklumkan... Kem Muhyiddin Yassin cuma masih belum dapat persetujuan dari Sultan dan Raja-Raja Melayu sahaja... Jika dah dapat perkenan... Maybe sebelum hujung Januari Najib Razak sudah dipaksa meletakkan jawatan..

So.. Kita tunggu permainan apa yang akan dibuat oleh Najib Razak untuk terus mengekalkan kuasa....

Oh yer... Kengkawan gua di "E" bagitau bahawa Deepak dan Musa Hassan tue semua aderlah agenda Mahathir Mohamed untuk menjatuhkan Najib Razak... Tapi ntah la... Gua setakat dengar jer..

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1