Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Perhimpunan Aman. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Aman. Show all posts

02 April 2023

Err... Sekejap... Dulukan Siap Hasut Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Err.. sekejap... Bukankah dahulu semasa jadi Pembangkang.... selalu sangat puak-puak nih menghasut kakitangan awam terutamanya doktor kontrak untuk melakukan Hartal, Mogok atau Perhimpunan Haram??? 

Errr... dulu selamba jer pujuk dan hasut... atas nama freedom of expression

Tapi kenapa la nih tak boleh pulak... tak dibenarkan... diharamkan.... Hahaha.... aik... sudah tukar ka?? Hahaha....

Sudah tukar ka?

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan "haram".

Menurut KKM, berdasarkan surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam perhimpunan seumpama itu.

"Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993," menurut hantaran KKM yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu semalam.

Hantaran itu juga memaparkan infografik mengenai bentuk penyertaan perhimpunan haram termasuk "penglibatan aktif" di luar waktu bekerja, menggunakan waktu pejabat dan meninggalkan pejabat untuk memerhati dan menyertai perhimpunan selain menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.



08 June 2013

Oooo... Baru Gua Tau..

Bhai... Baru gua tau yang Padang Merbuk nih cuma boleh digunakan untuk menganjurkan pertandingan suara burung merbuk jer... Selain dari tue tabley nak guna... Alasan yang diberikan... Kawasan terlalu terbuka.. dan boleh mengganggu aliran trafik...

Err... Jadi selama nih... Yang buat macam-macam event kat Padang Merbuk tue pon salah la yer... Hahaha... Lepas nih kalu lu nampak saper-saper buat event kat Padang Merbuk... Itu mesti kena hentikan... Pasai Padang Merbuk tue terlalu terbuka dan boleh mengganggu aliran trafik....

Hahaha.... Yang kat Karnival Belia di Putrajaya baru-baru nih boleh buat plak... Lagi mengganggu aliran trafik dan dibuat dikawasan terbuka... Sampai orang nak pi ke Masjid Besi pon susah... Jalan jadi jem... Err... Yang itu tak salah la plak...  Macam haramjadah jer la ...

Statement mangkuk keturunan mamak yang perasan dier keturunan "tungku dapor" nih memang tabley blah lar...  Cukup la mengarut oooi Adnan Mansor... Macam la gua tak pernah tengok lu punya personal info yang detail tue... Yang menceritakan macam mana lu fraudkan status "tungku dapor" nih..... Hahaha ....



08 May 2013

Perhimpunan Haram, Makruh Dan Halal

Bhai..... Pakatan Rakyat khabarnyer akan mengadakan perhimpunan aman di Stadium Kelana Jaya malam nih (8 Mei 2013) sekitar pukul 8.30..... Persoalan yang timbul di kepala gua aderlah...

  1. Aderkah perhimpunan  aman ini akan diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram hanya kerana ianya tidak mendapat permit dari Polis?  Dari segi teknikal memang ianya haram jika tidak mendapat permit, tetapi jika mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhimpun didalam stadium adalah dibenarkan.
  2. Aderkah perhimpunan aman ini akan diklasifikasikan sebagai makruh?
  3. Atau aderkah perhimpunan aman ini akan diklasifikasikan sebagai halal...

Kalu halal.... aderkah JAKIM bersedia untuk memberikan pengesahan dan memberikan sijil halal..... Jika makruh pula, dimana nas hukum perkara nih.. Jika haram.... aderkah ianya kerana najis mughalazah..... Dimana dalil qa'ti perkara nih....

Hahaha.... dah jadi macam haiwan ternak la plak... hahaha

13 January 2013

Satu Cabaran Kepada Barisan Nasional

Satu Cabaran Kepada Barisan Nasional.....

Semalam (12 Januari 2013) telah berlangsung satu perhimpunan aman oleh warga Malaysia di Stadium Merdeka sebagai meraikan satu usaha untuk memerdekakan Malaysia dari penjajahan Barisan Nasional yang selama 56 tahun telah menjahanamkan Malaysia dari pelbagai segi (ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya)

Dan media arus perdana telah memperlekehkan usaha perhimpunan aman in yang dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) dengan cara melaporkan bahawa himpunan ini tidak mencapat sasaran yang dikehendaki. Kita faham apa yang cuba ditampilkan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star mahupun beberapa media lainnya termasuk media elektronik RTM dan TV3.

Oleh yang demikian, untuk berlaku adil kepada semua warga Malaysia yang membaca laporan dari media arus perdana ini, maka saya mencadangkan/memberikan cabaran kepada Barisan Nasional agar menganjurkan satu perhimpunan aman berskala besar ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh 12 Januari 2013.

Sila buat perhimpunan aman ini di Stadium Merdeka (waktu yang sama iaitu dari pukul 2 hingga 5 petang) juga dengan cara berjalan kaki (pemimpin BN perlu mengetuai perarakan ini) bermuila dari 7 tempat yang sama seperti yang dilakukan oleh massa pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah berlalu. Sila buat sama seperti yang telah HKR112 buat dan tiada kenderaan seperti bas dan sebagainya digunakan untuk mengangkut peserta perhimpunan terus ke Staidum Merdeka.

Dengan cara ini, maka dapatlah kita semua warga Malaysia menilai himpunan manakah yang lebih berjaya menarik sokongan dan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat. Adalah diharapkan cabaran ini disambut dengan tangan terbuka dan berani oleh pimpinan dan ahli Barisan Nasional.

Sekian terima kasih.
Saya Warga Malaysia Prihatin


*** Harap sesiapa yang terbaca/membaca blog ini sila panjangkan cabaran ini kepada semua media sosial/awam dan dapat cabaran ini sampai kepada Barisan Nasional serta harap dapat memberikan sedikit kredit kepada blog ini. Jazzakallah Khairan Khatiran

06 January 2012

Roadblock Merata

Ceh.... punyalah cuak UMNO/BN ... sampaikan Polis terpaksa buat roadblock merata tempat...

Semalam gua kena 3 roadblock.... hari nih ader jumper lebih dari 5 lokasi roadblock.... giler babat betul...

Gua berani jamin... Ahad nih mesti lagi banyak....mampuih la...

30 November 2011

Perhimpunan Aman

Hahaha.... bhai... lu tau dak kenaper Kerajaan Malaysia (baca: UMNO/BN) takut sangat kalu ader perhimpunan aman.... hahaha...

Sebab yang utama skali bukanlah kerana sambutan yang kureng kalu puak UMNO/BN yang buat tetapi.... hehehe.... ader benda lain la bhai... hahaha

Ini dier jawapan sebenarnya kenapa UMNO/BN takut sangat kalu ader perhimpunan aman....

Cuba la korang pikir skit... kalu la pada Bersih 2.0 dulu... kos makanan bagi setiap tahanan Bersih 2.0 adalah bernilai RM23 seorang (RM41.475 untuk 1659 tahanan)....

Fuyoo..... mewahnyer makan... hahaha.... jadi kalu la Bersih 3.0 kali nih jadi plak... kalu la Perhimpunan Aman berlaku lagi... sure lebih ramai orang tarak kisah untuk jadi tahanan.... makanan mewah bhai.... RM23 seorang tue.... ngalah makan kat Kopitiam.... hahaha... Lagi mahal dari kos Dinner Plate KFC ... hahahaha

Jadi... bagi semua bakal peserta Bersih 3.0 ... lu orang cuma perlu bawak duit tambang pergi dan balik jer... penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Polis... hahaha... guna duit Kerajaan (baca: Duit Rakyat Malaysia melalui kutipan cukai)

So.... ini macam kalu... sure lagi ramai yang nak jadi tahanan... hahaha.. kos makan ditanggung sepenuhnya... mewah tue... Cuba kalu kali nih 10000 orang plak yang berjaya menjadi tahanan.... ini bermakna RM230.000 terpaksa dibelanjakan.... hehehe...

Itu sebab la Kerajaan Malaysia (baca: UMNO/BN) cukup takut kalu ader perhimpunan aman.... hahaha... kos banyak tinggi la... itu belum masuk kos makanan untuk anggota keselamatan.... cuma depa nih dapat la nasik bungkus yang rege dier sekitar RM5 sorang... hahahaha...

Jadi... jom kiter sertai BERSIH 3.0 dengan niat untuk meramaikan lagi tahanan .... hahaha... aper der hal 10000 orang dijadikan tahanan... mari kiter kasikan kejutan kepada UMNO/BN bahawa semua orang kiter akan berbondong-bondong dengan sukarela masuk dalam trak polis (Black Maria) untuk mendaftar nama menjadi tahanan .... biar pecah la lokap yang ader... hahaha... sebab ramai sangat yang nak masuk...

Cuma gua berani jamin la... geng-geng "berbaju batik berlengan panjang" dalam PKR dan PAS sure takkan berani nak jadi tahanan.... depa lebih kepada "masuk frame" jer..... hahaha...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1