Semalam tular satu video pendek berdurasi 1 minit 53 saat di Youtube yang menunjukkan satu kegiatan samseng yang dilakukan oleh Yusof Azmi dan rakan-rakannya yang membelasah seorang warga asing berbangsa Bangladesh disebuah kaki lima kawasan perniagaan.
Dan hari ni telah dapat berita yang PDRM telah amik tindakan menangkap semua pelaku termasuk ketuanya iaitu Yusof Azmi untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
Gua cukup bersetuju dengan tindakan PDRM nih... tak perlu tunggu ada laporan daripada rakyat atau mangsa... ader sahaja yang viral teruslah amik tindakan... Ini penting.. sebab kalu tak dibendung awal... maka ianya akan menjadi lebih kronik.
Samseng taik kucing macam Yusof Azmi nih tak boleh dibiarkan bermaharajalela sebab ianya akan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mamat Yusof Azmi nih bukan sajer buat kerja gangster tapi juga kutip wang perlindungan...

