HAHAHAHA... gua gelak besar lagi...
Ini semua kerana jawatan punya pasao... sanggup la Ramesh Rao jilat ludah dier sendiri... Hahaha... siap puja puji Anwar Ibrahim.... Hahaha... dan Walanon serta Bangsa Slurpp pun redholah akan Ramesh Rao....
Pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Ramesh Rao membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim ke atas segala "keterlanjuran kata-kata dan kebiadabannya" terhadap perdana menteri itu.
"Setelah meneliti hala tuju kerajaan perpaduan ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Anwar kerana keterlanjuran kata-kata dan kebiadaban saya terhadapnya pada masa lalu.
"Saya langsung tak terfikir kebijaksanaan Anwar dalam bagaimana dia nak bina semula negara ini. Saya memang cukup terharu melihat perancangan yang dia telah sediakan untuk Malaysia.
"Terbukti sejak dia menjadi perdana menteri, ringgit semakin kukuh, pelabur mula masuk, dunia memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim,"
Ramesh malah menyifatkan Anwar sebagai "anugerah tuhan" dan berkata negara kerugian kerana dia tidak menjadi perdana menteri lebih awal.
Dia turut menggesa rakan-rakannya yang lain yang sebelum ini menentang Anwar agar mengubah pendirian mereka, serta menyalahkan Dr Mahathir Mohamad atas "kebencian" mereka terhadap Anwar dan DAP.
"Mahathirlah yang menghasut kami untuk membenci Anwar dan DAP.
