Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Satim Diman. Show all posts
Showing posts with label Satim Diman. Show all posts

28 February 2019

Makin Bangang Si Satim Diman Ni

Bhai/DeeDee semua...

Urusan ajal maut bukan urusan kita... malah takder kena mengena pun dengan murka Allah Taala.... Yang jahat macam Syaitan pun ajalnya akan sampai..,.. yang baik macam Malaikat pun ajalnya akan sampai... Tiada sesuatu makhluk pun akan terkecuali dari ajal maut...

Ajal maut itu tidak dipercepatkan dan juga tidak diperlambatkan.... Ianya telah tertulis di Luh Mahfuz lagi.... dan takder pulak kematian itu mengikut giliran tertentu.... dari puak-puak tertentu dahulu sebelum yang lain...



Jadi biler ader mangkuk ayun yang katanya ader PhD macam si Satim Diman nih bagi kenyataan macam ni dalam ceramah politik dier... memang lah makin bangang si Satim Diman ni.... adoilah... macam ini punya orang pun ada... nak disabitkan citer politik dier dengan ketentuan Allah.... Aper dier ingat Allah Taala tu kuli dier ka....  Bodoh...

Ader sebab Allah Taala menetapkan ajal seseorang itu pada ketika itu... itu bukan urusan kita nak buat perkiraan.... sebab setiap yang Allah Taala tetapkan itu sebenarnya adalah ujian bagi manusia.... dan ujian ini ader macam-macam.....

Satim Diman ni mesti tak paham kenapa Allah Taala berulang kali berfirman "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" dalam Surah ArRahmaan tu.... mesti dier tak paham ayat tu Allah Taala pointkan tentang apa.... kesian..... adoilah kesian...

13 February 2013

Masak La Lu Kalu Gua Tak Jadi Calon

Ini artikel dari wartawan Sinar Harian mengenai isu calun PRU13.... gaya macam Satim Diman tahu yang dier mungkin tidak tercalon.... Hahahaha....

PUCHONG – Pelbagai cerita-cerita panas mengenai soal siapa calon Umno bagi kerusi Dun Seri Serdang yang dulu bertiup kencang kini sudah bersuara perlahan di ‘Parlimen’ kedai-kedai kopi.

Tiga nama dikatakan sudah dihantar ke pucuk pimpinan bagi tujuan penapisan sebelum dikerah ke medan ‘peperangan’.


Daripada sumber sahih, nama-nama itu dikatakan bermula daripada hierarki orang nombor satu pimpinan bahagian sehingga kepada orang nombor tiga di dalam organisasi itu.


Meski begitu sumber yang boleh dipercayai mendakwa calon yang bergelar wakil rakyat dan memegang tampuk pemerintahan Dun sejak empat penggal lalu dikatakan akan sekali lagi mempertaruhkan nasib parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.


Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, individu berkenaan yang kini adalah Ketua Pembangkang negeri Selangor dan juga Adun Seri Serdang, Datuk Dr Mohamad Satim Diman berkata, beliau menyerahkan keputusan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan soal pemilihan calon yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang.


Menurutnya, Pengerusi BN Selangor itu lebih mengetahui siapa ‘winable candidate’ yang boleh diletakkan untuk merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat (PR).


Satim dalam kenyataannya sebelum ini berkata, namun jika diberi peluang bertanding sekali lagi, beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawab seperti biasa.


“Terpulanglah kepada Perdana Menteri... beliau lebih tahu... kalau diberi peluang kita jalankan tugas dan amanah seperti biasa,” katanya.


Ketika ditanya bagaimana perasaannya jika namanya yang dihantar tidak dipilih tetapi diberi peluang kepada muka baru, Satim dengan bersahaja berkata, beliau tidak sedikit pun kecil hati dan menerima keputusan menerusi persetujuan dan permuafakatan bersama.


Ia berikutan katanya, nama-nama dihantar adalah pilihan dibuat oleh ketua-ketua cawangan di dalam bahagian sendiri.


“Saya sudah empat penggal menjadi wakil rakyat di sini, di kala orang lain (calon Umno) kalah di tempat lain, di Seri Serdang masih menang. Apa pun jika calon lain dipilih mereka mesti lebih baik daripada saya,” katanya.


Dan ini pulak artikel berkaitan isu yang sama... Isu calon PRU13... hahaha... siap ada yang ugut nak bantai bertanding jadi Calon Bebas kalu BN mengekalkan calon lama.... hahahaha... Mampuih... pening kapla la Najib.... Tak payah susah.... letak jer Rosmah Mansor jadi calon.... hahaha

SERI SERDANG – Pengerusi Gabungan Persatuan Penternak Ruminan Malaysia, Samad Kassim menyatakan kesediaan bertanding sebagai calon Bebas sekiranya Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan calon lama di Dun Seri Serdang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Bendahari Cawangan Umno Batu 14 Puchong berkata, beliau hanya membawa suara akar umbi yang mahu perubahan calon dan transformasi dilakukan di kawasan yang menjadi antara pengundi teramai di negeri ini.

Samad berkata, tiada perubahan dan pembaharuan dilakukan wakil rakyat yang sudah 20 tahun memegang jawatan itu malah lebih dikesalkan pejabat parti bahagian masih disewa dan tidak mempunyai pejabat sendiri seperti di Umno bahagian lain.

Menurutnya, rakyat mahu wakil yang senang ditemui dan sentiasa dekat dengan mereka.

“Sekiranya menjadi calon, kebajikan rakyat semua bangsa dan parti akan dijaga dan mencari penyelesaian kepada masalah membebani mereka,” katanya.

Samad yang kini dilantik sebagai Ahli Majlis Ruminan Negara berkata, beliau akan menjadikan slogan semua parti politik termasuk Ubah, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan Memberi perkhidmatan untuk semua sebagai asas sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

20 June 2010

Awas Dengan Taktik Satim Diman

Dengar khabar Satim Diman nak letak jawatan dalam UMNO/BN... konon dah meluat dengan retorik UMNO/BN.... khabarnya lagie... orang PKR amat suka dier nih letak jawatan... senang nak ajak masuk PRK....

Emmm.... tak serik-serik... tak sedar-sedar.. dah kena tipu dua kali pon masih tak sedar lagi nih... susah la kalu macam ni...

Dulu kat Perak diorang buat perangai yang sama.... dalam kecoh konon geng UMNO/BN berpecah... belah masuk PR... alih-alih... geng PR pulak sebenarnya yang lompat dan berpecah.... .... aper citer nih...

Satim Diman buat camnie sebab sajer nak test market... hehehe... jangan la harapnya pimpinan atasan PR jadi bangang sekali lagi... ini kira macam Trojan Horse nih...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1