Hahaha.... dulu depa berkawan ngan gua... masa gua tibai kepimpinan Mahathir Mohamed, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri.....
Dan gua tetap konsisten dengan cara gua kritik semua kepimpinan negara... tak kira siapa pun.. selagi mana apa tindakan PM tu tak kosisten dengan apa yang depa cakapkan... atau yang depa janjikan dengan masyarakat sebelum depa menang... malah gua paling menyampah kepimpinan hipokrit...
Tak kira la waima Dewa Kayangan sekali pun...
Tapi pelik sekarang nih kengkawan gua dah mula serang gua... Hahaha... pasai gua tibai Anwar Ibrahim.... Hahaha.. Lawak siot... Sampai siap jadikan gua musuh depa nombor satu... numerp uno... hahahaha
Betul-betul spesis penjilat dan pentaksub depa nih.... dulu apa yang depa tak katakan dengan walaun dan macai.... semua kecaman ader... penjilat la.. pentaksub la... takder otak la.... Hahaha...
Sekarang semua berbalik kat depa pulak... tambah-tambah yang dah dapat jawatan dalam J-KOM .... hahahaha.. gaji pulak besar.... hahaha... ader sampai RM16 ribu sebulan katanya.... (pengakuan bos J-KOM lagi tue) ... hahaha
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang ada sekarang bukanlah alat politik untuk kepentingan pihak tertentu saja, kata ketua pengarahnya Mohammad Agus Yusoff.
Sebaliknya kata Mohammad Agus ia merupakan alat untuk kerajaan menyampaikan wawasan Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Sementara itu Mohammad Agus juga menyatakan bekas calon PH untuk kerusi DUN Apam Putra di Rantau Panjang, Sham Ghaz, kini menjadi timbalannya di agensi tersebut.
Tambahnya, Sham - atau nama sebenarnya Mohd Hisyamuddin Ghazali - tidak menerima gaji sehingga RM50,000 seperti dakwaan sesetengah pihak yang tidak senang dengan mereka.
"Syam Ghaz adalah timbalan saya. Gaji dan elaunnya tidak sampai pun satu per tiga daripada jumlah RM50,000 yang disebutkan," katanya.
