Hahaha.... camnie.... Mari gua tunjukkan perbezaan antara orang Melayu dan Orang Islam....
- Orang Melayu takkan pegang anjing atau babi... haram pada diorang..... tetapi Orang Islam takder masalah nak pegang anjing atau babi .... sebab sebenarnya ianya cuma najis berat .. tapi boleh diuruskan dengan menyamak/sertu
- Orang Melayu akan takder masalah berjudi (laga ayam, tikam nombor, atau main daun terup) tapi Orang Islam akan menjauhkan judi.
- Orang Melayu ramai yang minum arak dan minuman yang memabukkan tetapi Orang Islam akan menjauhkan diri dari meminum arak dan minuman yang memabukkan
- Orang Melayu takder masalah nak berkhalwat, bersekududukan, berzina dan sebagainya... dah kira jadi macam stendet la nih.... Tapi Orang Islam akan menolak melakukan maksiat ini
- Orang Melayu takder masalah membazir duit untuk bermain mercun dan sebagainya... tetapi Orang Islam sebolehnya akan mencuba untuk tidak membazir
- Orang Melayu kalu jadi polis biasanyer akan cuba tunjuk lagak dan mengepow orang lain.... tapi Orang Islam takkan buat benda macam nih walaupun dier berkuasa.
- Orang Melayu taksub dengan pemakaian baju melayu... kalu takder baju melayu tabley nak pegi solat Jumaat atau Hari Raya.... tapi Orang Islam takder masalah... janji pakaian itu bersih dan elok dier akan gunakan.
- Orang Melayu akan sujud sembah kat dewa dan dewata raya... serta percaya bahawa dewa dan dewata raya itu maksum.... tetapi Orang Islam akan hormat dewa atau dewata raya selagi mana dewa dan dewata raya itu mengikut Al Quran dan Al Hadith serta hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah Taala.
- Orang Melayu akan undi calon BN walaupun diorang tahu calon BN tue rasuah dan banyak salahguna kuasa.... tapi Orang Islam dier akan pilih calon berdasarkan usul fiqh (selalunya memilih PAS sebagai wadah politiknya)
Hahaha.... ini baru sikit jer bhai..... lain kali kalu gua ader masa gua tambah lagi list nih.... gua dah nak mengantuk nih... pukul 8 malam nih ader urusan kat tempat client untuk upgrade Storage Server diorang.... yang lagi best tue... Storage Server nih link dengan Oracle 11G Database ... live plak tue... jangan kaput sudah lar.... hahahaha....
Solosai urusan nanti gua akan rempit balik Kemaman naik motor.... pergh.... dah lama tak naik motor tengah malam jauh-jauh nih.... ader la 120km malam nih nak kena travel.... hahaha....
![]() |
| kalu bungkusan berplastik camnie... mesti orang Melayu yang baling... kalu orang kafir dier baling tak pakai plastik pon. |

