Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tiada Sandaran. Show all posts
Showing posts with label Tiada Sandaran. Show all posts

02 July 2013

Akhirnya Terbukti Benar

Bhai/DeeDee sekalian..... hahaha... dulu rasanyer gua ader pernah menulis berkenaan dengan isu nih.... isu wang kertas baru setiap kali perayaan.... hehehe... ader orang kata... semua duit yang baharu tue aderlah hasil dari kitar semula wang kertas lama..... hahahaha... tapi sebenarnya ... seperti yang gua pernah bagitau.... proses recycle wang kertas lama nih.... bukan selalu dibuat... dan bukan pada nilai dan skala yang besar..

Biasanyer kitar semula (recycle) nih dibuat 3 kali setahun... dan pada kuantiti yang kecil jer.... melainkan wang kertas baru dicetak dari kosong.... maknanya ... duit dicetak atas angin... takder sandaran aper-aper... bukan sandaran kerana proses kitar semula... hahaha ... nak kata disandarkan pada rezab emas pon bukan.... hahaha...

Lu tarak percaya... sila baca betul-betul statement dibawah nih.... terutama dibahagian yang gua warnakan dengan warna jingga.... hahahaha ....


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini.

Penolong Gabenor BNM Norzila Abdul Aziz berkata BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada perayaan Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar.

"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan."

"Bayangkan betapa banyaknya penggunaan dan pembaziran sumber negara yang telah berlaku yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain," katanya pada sidang berita selepas melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Amalan Hijau Penggunaan Wang Polimer Sesuai Untuk Edaran Semula di sini hari ini.

Norzila berkata BNM akan mencetak 70 peratus wang kertas baharu RM1 dan mengitar semula 30 peratus wang kertas RM1 manakala bagi wang kertas RM5, BNM akan mengitar semula 60 peratus wang kertas RM5 dan mencetak 40 peratus wang kertas baharu RM5.

Katanya wang polimer diperkenalkan pada 2004 bagi wang RM5 untuk meningkatkan daya tahan wang itu serta mengurangkan pembaziran dan kemudiannya diperkenalkan wang polimer RM1 pada 2012 apabila wang polimer RM5 terbukti berkesan.

"BNM telah mengeluarkan wang polimer RM1 dan RM5 di mana wang polimer ini lebih berkualiti serta tahan lama dan jangka hayatnya adalah antara dua hingga tiga kali lebih lama berbanding dengan wang kertas," katanya.

Katanya wang polimer boleh terus diedarkan lebih lama berikutan keupayaannya mengekalkan keselamatan dan kualiti estetik sepanjang hayat penggunaannya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu ragu-ragu menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "duit raya" kerana hanya wang berkualiti tinggi dikitar semula.

"BNM akan memastikan wang kertas dan polimer yang mencukupi dalam semua denominasi untuk memenuhi permintaan musim perayaan ini."

"Persatuan Bank-bank dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia akan menggalakkan dan membantu aktiviti kitar semula wang kertas dan polimer yang sesuai untuk edaran semula dengan mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin wang automatik," katanya. - Bernama

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1